Jumaat, 15 Julai 2011

#55-Haiwan dan misteri

#1

Pak Andak Ajis seorang peneroka di Felda dareah Kota Tinggi.Beliau ni seorang yang multi task.Buat rumah boleh,jadi tukang masak kenduri boleh,mahir dengan hutan dan kegemarannya dulu-dulu ialah menjerat ayam hutan.Suatu malam,beliau pergi menjerat ayam dikawasan hutan yang jarang-jarang dimasuki peneroka lain.Saja nak cuba nasib.Pak Andak Ajis tahu dikawasan tersebut banyak ayam hutan.Maka beliau pun memasang jerat disetengah tempat.Habis saja jerat dipasang dan ditutup dengan daun-daun hutan untuk tujuan penyamaran,beliau bersembunyi.Tidak berapa lama kemudian beliau ternampak seorang lelaki tua bersongkok dengan membawa tempurung kelapa,entah muncul dari mana.Lelaki tua tersebut menyeru-nyeru sesuatu.Sekelip mata berpuluh-puluh ayam hutan mengelilingi lelaki tua tersebut.Kemudian lelaki tuat tersebut mengambil sesuatu dari tempurung kelapa yang dibawanya.Beras.Lelaki tua tersebut menaburkan beras kepada ayam-ayam hutan tersebut.Pak Andak Ajis mengatakan lelaki tua tersebut adalah pemilik ayam-ayam hutan yang banyak dikawasan tersebut.Gembala ayam hutan.

#2

Menurut Mak Long Tik,abang iparnya mempunyai kembar ular merah.Dikatakan ular merah tersebut berbentuk seperti ular daun saja.Namun kembar abang iparnya itu kemudian hilang setelah kematian abang iparnya itu.

#3

Pantang orang-orang tua dulu kalau jenazah ditinggalkan berseorangan.Ini kerana orang-orang tua dulu risau jenazah dilangkah kucing hitam jelmaan syaitan.Dikatakan jika dilangkah mayat akan bangun dan lari.Mak Long Tik ada bercerita dulu hal ini,tapi penulis dah terlupa penamatnya.

#4

Dulu dikatakan ada seekor harimau besar yang menunggu tapak rumah Atuk penulis dikampung,bukan harimau saja-saja melintas disitu,tapi memang benar-benar menunggu tapak tersebut.Harimau saka?entahlah.Selebihnya tak dapat recall apa jadi.Lupa.

#5

Sultan Johor dulu pada zaman awal siapnya Tambak Johor kot agaknya(kes lupa) pernah menghentak kaki baginda oleh kerana seorang Mat Salih yang menjadi jurutera jambatan tersebut cakap besar mengatakan jambatan tersebut tersangat-sangat kukuh.Senget sebelah jambatan tu.Dikatakan Sultan Johor mempunyai sehelai bulu burung cenderawasih.Wallahualam.

#6

Dulu-dulu terdapat banyak babi hutan dikawasan kampung penulis dizaman sebelum merdeka.Pernah sekali seorang pemburu Cina menembak beberapa ekor babi hutan.Bila dikumpul dan diperiksa,seekor daripada babi tersebut bergigi emas sebatang.

#7

Mak Long Tik pernah bercerita tentang ular pelangi.Dikatakan ular trsebut muncul setiap kali hujan-hujan renyai untuk menumpang minum air tadahan.Jika tidak berhati-hati,ular tersebut akan membaham sesiapa saja yang melihatnya.Dikatakan arwah moyang penulis pernah terserempak ular pelangi.Dikatakan ular tersebut berwarna coklat-coklat hitam dan mempunyai gelembir sseperti layar kapal.Mujurlah tidak terjadi apa-apa.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Yang Sultan Johor dulu tu pun aku pernah dengar jugak. Ibu aku cerita. Lagi satu dia tampar orang ke apa tah, orang tu bisu / koma, aku lupa.