(Al Fatihah untuk Atuk (Hj Abdul Samad bin Abu Bakar)
Atuk dianggap orang tua yang berilmu sedikit sebanyak dikampung penulis.Pengalamannya memang banyak.Namun Atuk tidak terlalu gemar berkongsi cerita.Kebanyakkan cerita mengenai Atuk hanya didapati daripada ibu saudara penulis.
Dulu rumah kayu milik Atuk dikampung dibina 2 bahagian,dapur dan serambi yang juga menempatkan 2 bilik.Salah satunya adalah bilik tidur Atuk.Dibilik tidur inilah ruang dalam rumah itu yang dikatakan paling keras.Penulis pada waktu itu tidak berani memasuki bilik tersebut kecuali ditemani.
Cerita yang mahu dikongsi ini berkenaan Atuk semasa menjadi orang pandai berubat,bukan bomoh ataupun dukun pawang.Cuma sedikit kepandaian dalam mengubat orang pening kepala dan sakit gigi.Namun bukan kisah mengubat yang mahu dikongsi.
Pada suatu malam,Atuk terjaga.Dilihatnya dihujung katilnya satu lembaga besar berwarna hitam tinggi mencecah atap rumah.Lembaga itu adalah jin.
Atuk memberi salam.Lembaga itu menjawab dengan tenang.Atuk menyoalnya kenapa berada didalam biliknya dan apa namanya.
Lembaga tersebut menerangkan beliau suka untuk berkhadam dengan Atuk.Dan namanya Haji Mustafa oleh kerana sudah pergi menunaikan haji.
Namun Atuk menolak pelawaan berkhadam itu kerana tahu sangat perangai jin yang sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.Namun Atuk tidak menolak ukhuwah sesama seagama.Mungkin kerana itulah sejak itu bilik tidur Atuk menjadi terlalu angker dan pernah cucu sulung keluarga kami sawan sebaik tidur dibilik Atuk.Namun tidak bermakna Atuk berkhadam dengan jin.
Namun pada suatu hari,Haji Mustafa bertemu dengan Atuk dan menyatakan niatnya menetap di Mekah.Atuk tidak membantah dan juga tidak mengiyakan.Semenjak itu jin bernama Haji Mustafa tersebut tidak muncul-muncul lagi sehingga lah rumah kayu Atuk berganti batu semuanya.
Kejadian angker sudah tiada lagi sekarang,cuma kisah-kisah lama saja yang diingati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan