Dulu di Lot XYZ terdapat organisasi perniagaan persendirian yang menguruskan sebuah kolam renang awam berbayar yang menjadi tumpuan ramai orang.Namun oleh kerana masalah pengurusan,tempat tersebut ditutup.Dengan notis.
Tiada pula entiti bisnes lain yang berminat mengambil alih tidaklah diketahui.
Setelah 6 tahun,kolam tersebut yang bersaiz olimpik mula menjadi tempat jin bertendang.
Dengan pembinaan bandar baru dan peralihan ke pusat perniagaan dibandar baru,kawasan Lot XYZ mula kurang dikunjungi orang.Pihak berkuasa tempatan mula mengurangkan liabiliti cukai di kawasan Lot XYZ dan sekitarnya,maksudnya tiada lagi penyelenggaraan kerap.Lot XYZ menjadi kawasan hampir mati daripada aktiviti orang.
Namun anehnya,terdapat dakwaan daripada orang-orang luar kawasan kolam itu masih beroperasi.Malah dikatakan perkhidmatan yang ditawarkan bertaraf 5 bintang.
Orang-orang tempatan mula berasa hairan kerana setiap masa ada saja orang luar bertanya arah ke kawasan kolam renang tersebut.Bila diterangkan kawasan Lot XYZ telah menjadi tempat gelandangan dan lama telah terbiar,barulah pihak yang mencari terasa pelik dan seram.
Mengikut cerita orang yang pernah menggunakan kemudahan kolam renang tersebut,terdapat ramai orang berbangsa Cina yang mandi dalam kolam tersebut dan sebilangan orang berkulit gelap.Malahan terdapat pelayan-pelayan ekslusif melayani pengunjung.Anehnya semua tidak banyak bercakap.
Ada juga orang luar yang pernah mandi dikolam tersebut tidak percaya bahawa kolam tersebut telah ditinggalkan.Bila dijengah semula memang kolam tersebut telah lama ditinggalkan dengan air berwarna hijau memnuhi kolam sedang dakwa mereka waktu mandi kolam tersebut berair jernih dengan dasar biru.
Oleh kerana pelbagai cerita mula kedengaran,Lot XYZ telah ditutup terus.Dengarnya kawasan tersebut akan dirobohkan dan akan dibangunkan menjadi tempat medan selera.
Entahlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan