Cikgu Pi'e warden blok Bestari di Teknik Batu Pahat. Seorang yang disanjungi anak-anak jagaannya.Pada waktu itu antara orang terawal memiliki Yamaha 125Z sepanjang pengetahuan penulis. Digelar 'Papa' secara underground oleh pelajar blok Bestari.
Sepanjang menginap diasrama,penulis mempunyai hubungan yang baik dengan Cikgu Pi'e dan kalau nak kena hukuman apa-apa penulis diantara yang favourite kena dulu.Tak la sakit mana kalau kena pun.Dan seperti biasa bagi memenuhi requirement cerita hantu aimanku ini,disini dikongsi bersama satu pengalaman Cikgu Pi'e;
Suatu masa cuti penggal,hari Jumaat,pelajar Teknik akan pulang kekampung masing-masing selesai solat Jumaat.Jika lebih berani sebelum Jumaat lagi sudah cabut balik atau keluar ponteng sembahyang melepak di bus stand Batu Pahat dan kad balik kampung yang perlu ditandatangani warden bertugas akan di tolong ambil oleh kawan-kawan lain.
Jam 4 petang,asrama sudah kosong.Cikgu Pi'e melihat-lihat kawasan sekeliling blok bagi memastikan tiada lagi pelajar dalam dorm bagi tujuan mengunci pintu dorm,prosedur biasa bagi mengelakkan pencuri atau sesiapa saja menceroboh masuk memandangkan cuti penggal seminggu keatas.Ada lagi seorang dua pelajar yang menunggu keluarga menjemput pulang setelah habis waktu bekerja jam 5.Cikgu Pi'e tak kisah.
Waktu remang maghrib,Cikgu Pi'e naik lagi ke setiap level bagi membuka lampu kalimantang.Puas hati setelah diperiksa tiada pelajar lagi yang berada dalam dorm dan blok Bestari.
Selepas Isyak,Cikgu Pi'e berada di ground floor memasang lampu akuariumnya.Dijengah-jengah juga ruang prep belajar yang juga di ground floor,sah memang tiada sesiapa pun dalam blok kecuali keluarga Cikgu Pi'e.Warden-warden lain pula diblok masing-masing.Mereka juga sepertinya,berasa lebih aman setiap kali cuti penggal.Tidaklah ikan-ikan belaan warden diusik ganggu kalau pelajar tiada.
Jam 1 pagi,Cikgu Pi'e terdengar ditepi blok Bestari bahagian belakang.Bunyi orang membasuh.Kita semua dah tahu memang blok semua dah kosong,jadi siapa pula yang membasuh?Kalau nak dikatakan pekerja dewan makan yang berada berhampiran blok,memang tak logik.
Kalau nak dikatakan bakal guru dimaktab sebelah Teknik lagilah tak logik.Jadi siapa?
Cikgu Pi'e keluar menjenguk kebelakang blok.Memang ada orang membasuh.
'Siapa tu?' tanya Cikgu Pi'e menghampiri kawasan basuhan yang gelap.
Senyap tanpa jawapan.
Cikgu Pi'e menyalakan suis lampu dibalik dinding.
Dilihatnya seorang lelaki muda membasuh pakaian penuh berdarah-darah dari atas pelantar basuhan hingga ke lantai penuh dengan darah mengalir.Tekun membasuh tanpa mempedulikan Cikgu Pi'e.
Tiba-tiba basuhannya terhenti dan menoleh Cikgu Pi'e.
'Tumpang kejap' kata lelaki muda tersebut.Mukanya memang mengerikan.Kepala terbelah ditengah dan dapat dilihat punca darah yang melimpah-limpah ke atas baju basuhannya keluar dari luka besar dikepalanya.Nampak isi putih jelas.
Cikgu Pi'e buat-buat tak dengar dan berlalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan