Sungai Petaka tidaklah sebesar mana. Namun tidak semestinya tidak besar penghuni atau penunggunyanya tidak seganas mana. Kepada Daie yang biasa dengan sungai ini, faham mana tempat yang ada hasil yang baik dan mana tempat yang sebaiknya jangan ditempuh singgah lama-lama.
Suatu masa hendak dikarang cerita, Daie ke sungai pada waktu malam. Hajat hati nak makan udang sepit biru masak lemak hijau. Dengan sampan kesayangannya Daie pun ketengah dan makin ke dalam sepanjang sungai. Sesuatu akan menantinya nanti.
Daie menabur beras peramnya ke atas air. Beberapa minit kemudian ditebar jalanya.Terdengar dehem seseorang dibunyikan depan.Ditoleh kesebelah.Entah mana datang seorang lelaki bertinggung didepan.
Daie menelan air liur. Namun lelaki misteri memberi isyarat seperti menyuruh Daie meneruskan aktiviti menjalanya. Daie tergigil-gigil. Apa geruhnya malam ini?
Lelaki tersebut memandang ke tebing sungai yang gelap di seberang sana. Perlahan-lahan kemudian berdiri. Mulutnya memanjang ke depan.Matanya bertukar merah. Perlahan-lahan membongkok. Keluar sisik-sisik kerak keras. Jari-jemari bertukar mengeras dan berkuku runcing. Kemudian menoleh ke arah Daie.
'Jangan datang ke sini lagi pada waktu begini.Aku maafkan kali ini. Waktu lain kau nahas.' kata lelaki misteri tersebut yang terus-terusan bertukar rupa.
Lelaki tersebut menjelma menjadi buaya. Hampir tenggelam hujung sampan Daie menahan berat lelaki tersebut. 'Buaya' tersebut memang tersangat besar.Lebih panjang dari sampannya dan berukur lilit 2 pemeluk, Sebelum tenggelam ke dasar sungai,sempat lagi mengocak air menggelegak membasahi Daie yang tergamam.
Daie terus pulang ke rumah dan demam sebulan.
p/s-Daie tidak jejak ke sungai lagi selepas itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan