Penulis gemar merayap ke dalam forum-forum berkaitan gitar. Salah satu kegemaran penulis ialah forum MyLesPaul. Ada banyak dibincang gaduhkan berkaitan gitar Gibson Les Paul dan lain-lain. Jika bosan cerita berkaitan gitar, penulis masuk ke bahagian ‘Back Stage’. Disini pelbagai tajuk boleh dibincangkan.
Maka sempena Halloween baru-baru ini, satu thread berkenaan paranormal/spooky dibentangkan. Salah satu cerita menarik disitu telah penulis terjemahkan dibawah. All rights reserved under their respective owner.
Saya ada sebuah cerita yang menarik. Balik pada Oktober 1996 pada masa seorang pakcik saya dalam trip bisnes di Austria( beliau membuat pam air untuk Cirque du Soleil dan lain-lain berkaitan). Pada malam yang sepatutnya beliau berlepas pulang ke Kanada, untuk sebab yang saya tak pasti, penerbangannya telah dibatalkan dan dia terpaksa bermalam semalaman lagi di sana (Austria).
Jadi bagi mengelakkan masalah lain berlaku, Pakcik terus mendapatkan teksi dan menuju ke sebuah motel murah berdekatan. Sesampai disana beliau meminta sebuah bilik dan terus mahu melelapkan mata sesampai saja nanti dalam bilik motelnya.
Sewaktu menghampiri kawasan bilik, beliau terdengar jeritan di bilik sebelah berdekatan. Enggan mempedulikan(mind your own business), Pakcik cuma mahu segera tidur.
Tidak berapa lama kemudian,Pakcik terjaga disebabkan jeritan yang sama. Kali ini beliau keluar menuju ke bilik sebelah,mengetuk daun pintu beberapa kali….tiada jawapan atau sahutan dari dalam bilik tersebut.
Beliau pun terus turun ke kaunter berjumpa pengurus motel,yang separuh tertidur. Dikejutkannya lalu diterangkan pengaduannya dan bertanya siapa yang menyewa bilik di sebelah itu?
Pengurus mengatakan cuma beliau(Pakcik) saja yang menyewa dimotel tersebut malam itu. Pakcik kemudian naik semula ke biliknya dan berfikir beliau cuma berkhayal saja tadi. Mungkin halusinasi? Mungkin…
Sebelum masuk ke dalam biliknya, Pakcik melutut di depan daun pintu bilik sebelah tersebut.Melalui lubang tombol pintu, matanya melihat seorang wanita berpakaian putih duduk disatu sudut dalam bilik tersebut
Wajahnya mengadap tepat ke daun pintu seolah mengetahui Pakcik sedang mengintai didalam. Sayu wajahnya wanita tersebut. Pakcik teringat kata-kata pengurus motel tadi…..
Bagaimanapun Pakcik tidak turun semula kekaunter melaporkan apa dilihatnya, dan berfikiran positif;- mungkin pengurus motel terlupa ada orang lain turut sama menyewa bilik malam itu. Jadi Pakcik terus menyambung lelapnya.
Pagi esoknya, waktu untuk beredar. Melintasi bilik sebelah tersebut, Pakcik tiba-tiba berhenti. Beliau mengintai lagi ke dalam bilik tersebut melalui lubang tombol pintu. Kali ini tiada apa dilihatnya, kerana lubang tombol disebelah dalam bilik seperti telah ditutup sesuatu. Merah, cuma warna merah saja dilihatnya. Merah darah. Di intai lagi. Merah.Cuma warna merah saja kelihatan. Merah darah.
Fikir Pakcik mungkin penyewa bilik tersebut yang meletakkan pelekat merah bagi menutup lubang kunci. Biarlah, fikirnya lalu bergerak turun ke kaunter.
Waktu memulangkan kunci, Pakcik memberitahu pengurus motel apa dilihatnya.
Pengurus motel menjadi panik,memberitahu isterinya yang berada bersama dibelakang kaunter. Pakcik tidak memahami butir percakapan pengurus motel dan isterinya kerana mereka bertutur dalam lingua Jerman. Jadi kemudian, pengurus mencapai sepucuk Revolver dan bergegas ke bilik tersebut yang berada dihujung motel.
Pakcik saya bertanya kepada isteri pengurus tersebut perihal yang berlaku. Dibalas isteri pengurus: ‘Tahun lepas seorang wanita dibunuh suaminya di dalam bilik sebelah bilik sewaan Encik. Setelah itu bilik tersebut tidak kami sewakan lagi pada sesiapa pun. Wanita yang dibunuh itu berada dalam keadaan yang sangat teruk’.
Isteri pengurus menambah. ‘Awak patut tengok keadaan mata wanita tersebut…ia berwarna merah, merah seperti darah.’
Habis saja isteri pengurus menerangkan, Pakcik terus meletakkan duit 200 diatas kaunter. Berlari laju melepasi beberapa blok. Menahan teksi dan terus menaiki kapalterbang berlepas pulang setengah jam saja selepas keluar dari motel.
Semenjak hari itu, Pakcik tidak pernah lagi kembali ke sana.
Pada waktu kejadian saya cuma berumur 6 tahun, dan cuma baru saja mengetahui cerita ini tahun lepas. Oh ya, Pakcik bercerai kemudiannya tak lama selepas itu. Apa punca perceraian? Pakcik bukan lagi individu yang sama selepas kejadian tersebut.
Happy reading, everybody!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan