Secara rawak disenaraikan:
1-Naga tasik Chini-ada yang mendakwa ular raksaksa atau naga yang menghuni dibeberapa tempat di tasik Chini.Tak silap penulis kawasan yang paling diyakini ada ular raksaksa ialah ditempat bernama Lubuk Gumum.Ingat kes runtuhan tanah yang menyebabkan banjir kilat tiba-tiba di Gunung Pulai dulu?Penulis sebagai orang tempatan ada terdengar versi cerita arah pergerakan banjir tersebut umpama gerakan ular menyusur menuju ke sungai Pontian terus ke laut besar.
2-Bujang Senang di Batang Lupar Sarawak-buaya raksaksa yang berumur beratus-ratus tahun.Berjalur putih dibelakang.Ada yang mengatakan badannya sebesar kereta Kancil,ada yang kata seperti lori treler.Kita tahu buaya dah ada semenjak zaman dinasour lagi.Tak hairanlah.Tapi kenapa buaya saja yang selamat sampai sekarang?Ada yang mendakwa di kawasan hutan Pahang pernah ditemui tulang dinasour.
3-Toman raksaksa(mungkin besar bas ekspres)Tasik Kenyir-Penulis pernah mendengar cerita kaki pancing yang menemui sisa kepala ikan toman tanpa badan sebesar tong drum di Tasik Kenyir.Bayangkan saiz pemangsa yang membaham toman sebesar tong drum?
4-Sulur bidar-dikatakan berbentuk seperti hamparan atau tikar berwarna putih.Kekuatannya menggulung sehingga tahap 1 juta HP menyebabkan daun yang digulung boleh ditemui kering didasar air hatta boleh dibakar setelah diambil basah-basah.Anda nak kena gulung?
5-Sang Kelembai/Gedembai-kaum raksaksa yang peramah tapi mendatangkan bencana bila apa saja yang ditegur menjadi batu.Dengar-dengar ada banyak kesan sumpahan Kelembai ini.Paling tragis pasangan batu pengantin keturunan orang Asli yang ditegur Kelembai tatkala menyeberang sungai.Kesan batu ini semakin nipis dan ada kesan pahat angkara ada pihak yang mahu mengambil hiasan barang kemas pada batu ini.
Orang-orang kampung pada zaman dulu kalau tak dapat hasil air yang memuaskan akan mencari batu-batu berbentuk ikan yang dikatakan disumpah Kelembai.Setelah digoreng boleh dimakan dan rasa seperti ikan(keropok?).Penulis pernah melihat setelah ditunjuk ibu saudara penulis,batu berbentuk ikan emas yang jika diletak dalam air akan berenang-renang seperti ikan.Malangnya bahagian ekor dah patah.Mana asalnya?warisan turun temurun.
6-Kaum raksaksa yang membaham manusia di Sarawak-penulis lupa nama kaum ini.Dikatakan kaum ini tinggal disebuah kawasan bukit dalam gua.Pernah 2 orang pemasang menara telekomunikasi melihat sebuah pintu batu yang berukiran cantik didalam sebuah gua.
Kaum ini dikatakan boleh menjelma menjadi lembu.Jika ada orang yang berburu lembu pasti terpedaya kerana lembu-lembu ini hanya bermain dikawasan gua tempat kaum tersebut.
Banyak lagi,dan jika diteliti setiap kaum bumiputera dan asli di Malaysia ada legenda sendiri tentang haiwan dan makhluk misteri,terutama gergasi.Apa sebenarnya ya makhluk-makhluk ini?Jelmaan jin syaitan?Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan