Ahad, 10 Julai 2011

#49-Hantu air

Atuk dulunya cukup gemar menjala disungai.Sering dilihat setiap kali pulang kekampung,Atuk akan mengait jala.Sekali sekala Atuk menjual jala yang dijahitnya.Memang tangkas pergerakkannya menjahit jala didarat,setangkas tebaran jalanya disungai.

Tapi oleh kerana 1 peristiwa,Atuk bersara.Begini kisahnya;

Atuk,cucunya Medan,dan 2 orang lagi turun menjala disungai.Setelah menabur beras peram,mereka pun mulalah turun ke dalam sungai menebar jala.Nampaknya hasil kali ini cukup lumayan,banyak udang galah sepit biru yang dikaut jala-jala mereka.

Medan kemudian beralih arah ketempat lain sedikit,begitu juga yang lain.Atuk saja yang masih berada diposisi asal tempat mula-mula turun menjala tadi.Seronok melihat hasil yang dikutip,mereka semua asyik menjala.

Tidak berapa lama kemudian,Atuk naik semula ke tebing sungai.Tapak kakinya berdarah.Seperti terguris.

Yang lain-lain pun naik semula ke tebing apa kala melihat Atuk.Maklumlah Atuk mungkin ada sebab tersendiri naik ke tebing,walaupun hasil jala tengah galak.

Atuk mengemaskan jalanya dan terus pulang tanpa berkata apa-apa.Yang lain mengikut.Bagaimanapun udang yang dijala tadi tetap dibawa pulang.Biasalah.

Malam itu Medan bertanya Atuk kenapa kakinya berdarah dan kenapa terus pulang saja selepas naik ke tebing?

Atuk menjawab sebaik terasa kakinya diluka.Dia cuba mencari kalau-kalau terguris kaca atau tunggul di dasar sungai.Tiada apa-apa pun.Nak dikatakan ada binatang air seperti buaya,mustahil juga kerana mereka faham benar dimana kawasan ada buaya dan tidak.

Atuk berpendapat mungkin hantu air yang melukakannya.Tujuannya hantu itu berbuat demikian adalah untuk meminta jamuan.Biasalah syaitan.Mula-mula kasi orang sakit,kemudian menjelma dalam mimpi,bagitau nak baik sakit kena bagi jamuan la apa la.Atuk faham sangat.

Namun Atuk malas melayan,kalau ditegur karang silap-silap menjelma pula tang tu juga nak kena pula berlawan,leceh.Maka sebaiknya terus sajalah pulang kerumah.

Sejak itu Atuk terus hilang minat dalam menjala.Sikap orang tua agak sukar difahami,tetapi begitulah ceritanya.

Sekian.

Tiada ulasan: