Jumaat, 15 Julai 2011

#77-Mayat

Aslan dan kawan-kawan berjiran dengan keluarga Uncle Hock. Hubungan sesama jiran antara mereka memang baik. Selalu bertegur dan kadang-kadang Uncle Hock membelanja mereka semua makan.Isteri Uncle Hock dan 2 orang anak perempuan yang masih bersekolah menengah.Comel-comel putih melepak.

Cuma Aslan hairan kerana dilihat dari luar rumah,satu bilik 'master bedroom' dalam rumah Uncle Hock.Pintu tidak ditutup rapat.Suasana yang gelap dan jarang-jarang dimasuki ahli keluarga jirannya itu. Mahu ditanya tapi terasa tak sedap hati pula,maka didiamkan saja.Tambahan pula mereka cuma sekadar berbual-bual diluar rumah.

Suatu malam,Uncle Hock diserang penyakit jantung. Sebagai jiran,Aslan dan kawan-kawannya menolong menghubungi ambulan untuk menghantar Uncle Hock ke hospital.Sambil menenangkan ahli keluarga jirannya itu yang menangis-nangis,Aslan mengemas barang-barang untuk Uncle Hock ke hospital.Matanya melihat bilik yang menjadi misteri padanya itu.Terasa sesuatu yang menarik minatnya masuk ke dalam.

Peluang tiba,bila ambulan sampai dan semua ahli keluarga Uncle Hock mengikut ke hospital.Aslan mengajak seorang kawannya masuk kedalam bilik gelap tersebut.Mereka pun melangkah masuk.Tiada niat buruk,cuma sekadar menjawab kehairanan yang bersarang dalam fikiran.

Dilihat 2 lampu berwarna hijau ditengah-tengah bilik.Cahaya yang terlalu lemah untuk menerangi ruang gelap.2 lampu tersebut seperti sebahagian daripada altar pemujaan.Tapi puja apa?

Aslan terlanggar sesuatu dalam gelap.Diminta pemetik api kawannya.Lalu diunjuk kebenda yang dilanggarnya.Sebuah peti kayu dan ditutup dengan kaca.Aslan semakin bersemangat untuk tahu apa bendanya itu.

Berderau darah mereka berdua dalam gelap tersebut,bila mereka lihat dalam peti kaca tersebut mayat seorang lelaki Cina.Berpakaian kot hitam dan bertali leher.Nampak sedikit kering tapi tidaklah mereput.Mayat awet.

Mereka terus keluar dari bilik gelap tersebut.Seram rasanya mengetahui apa yang menjadi misteri selama ini adalah mayat seorang lelaki yang disimpan dalam rumah.

Beberapa minggu kemudian,diketahui jawapannya.Mayat tersebut adalah anak lelaki Uncle Hock.Mati muda kerana sakit. Uncle Hock terlalu bersedih maka dibuat keputusan agar mayat anaknya itu tidak ditanam,tapi sebaliknya dianggap masih hidup lagi dengan cara mengawetnya dan disimpan dalam rumah. Mereka juga mengetahui daripada segi undang-undang waktu itu,mayat boleh disimpan jika memperoleh lesen dari pihak berkuasa.

Namun Aslan dan kawan-kawan faham perasaan seorang ayah. Mereka terus mengambil berat kebajikan jiran mereka tersebut yang dianggap seperti keluarga sendiri,sehinggalah Aslan dan kawan-kawan berpindah beberapa tahun kemudian kerana tuntutan hidup.

p/s-Ayah penulis adalah kawan serumah Aslan sewaktu bertugas di Muar.

Tiada ulasan: