Ahad, 25 Disember 2011

Kampung stories

Waktu penulis menaip cerita ini, keluarga baru usai kenduri arwah malamnya. Penulis menaip draf ini waktu tetangga terakhir bergerak pulang baru dalam setengah jam. Khas untuk pembaca setia blog ini.

Dan seperti biasa cerita seram mengisi masa luang kami. Orang orang tua berkongsi cerita seram.Narator utama ialah Pak Andak Ajis diikuti yang lain lain.

Pak Andak kami ini memang lelaki yang banyak pengetahuan. Kelakar dan berkarakter sayangkan keluarga yang amat. Alhamdulillah. Itu antara tanda orang yang beriman bila mereka baik pada perempuan (isteri dan anak anak) mereka.

Jadi dibawah ini dikongsikan bersama cerita cerita yang sempat penulis pasang telinga sambil membelek Facebook. Terasa kita semua terlalu berFB hingga tidak berapa mesra dengan 'book' yang paling utama; Quran, semoga apa yang kita lakukan Allah SWT nilaikan kebaikkan. Insya Allah.

Cerita yang penulis dengar antara yang terawal bermula daripada hobi memancing kalangan keluarga yang akhirnya menjadi rangka asas cerita cerita mistik yang mengambil latar zaman 20 an hingga ke 60 an.

Pak Andak Ajis selaku narator memang kaki memancing selain kaki menjerat ayam hutan dan landak. Jadi berbual dan berbual terkait cerita seorang ahli keluarga kami yang telah lama meninggal zaman 60 an dulu. Pak Andak Ajis baru berusia 13 ke 14 tahun waktu itu. Penulis pun masih dialam roh lagi.

Seorang ahli keluarga kami yang telah lama meninggal dalam tahun 60 an dulu, Pak One (AL- FATIHAH), nama beliau, memang ada sejenis ilmu.

1-Pak Andak yang waktu itu masih muda mentah teringin mengikuti Pak One ke laut. Pak One ini memang nelayan. Sanak saudara beliau hingga sekarang menjadi nelayan juga.

Ada yang penulis terdengar begitu hardcore nye mereka ini hingga kalau singgah ke darat pun paling lama 30 minit. Ada yang berhari hari ke laut dan lebih betah ke laut. Sekali balik ke darat memang muai (mewah) hasil tangkapan.

(Ada juga yang begitu seronok ke laut terbabas sampai ke Indonesia. Dikira masih perairan Pontian lagi. Paling parah bila minyak enjin habis. Mujurlah mereka dibantu nelayan Indonesia dan ditunda bot hingga ke negara jiran itu untuk mengisi minyak. Merasa kejap duduk oversea.

Ada seorang kaum kerabat Pak One, Long  namanya. Beliau tengok warna air laut saja sudah dapat mengagak bakal hasil tangkapan. Purata pendapatan sehari hampir RM600, RM800 dan pernah juga RM2000 lebih. Cuma tidaklah selalu. Kalau setahun, dalam 4 bulan melongo saja tak dapat apa-apa.

Begitupun hidup mereka masih tidak sesenang mana. Kenapa? Mungkin kerana ilmu panas. Wallahualam.)

Jadi suatu hari Pak Andak mengikut Pak One ke laut menaiki bot kapal dengan enjin 2 kuasa kuda. Waktu itu sudah dianggap baiklah spesifikasi enjin 2 kuda tersebut. Sampai ke tengah laut, Pak One memancing. Tidak berapa lama kemudian langit menjadi gelap bawa air. Gelap seperti waktu senja.

Pak Andak yang jarang jarang ke laut terasa sedikit cuak, namun Pak One yang tua kelihatan tenang tenang saja.

'Pak One, jom lah balik' ajak Pak Andak melihat langit yang tidak sabar sabar menurunkan beribu ribu liter air seminit.

Pak One diam saja sambil tangan mengambil bekas dapur yang dulunya dipanggil dapur koboi. Bot kapal mula teroleng oleng mengikut gelora laut.

Selamba dimasak air kopi sambil tangan memegang sudut dapur koboi yang panas. Tak melecur dan air kopi tak tumpah tumpah walau bot kapal sudah teroleng oleng rakus.

Pak Andak kemudian berkata lagi 'Menyesal ikut, tak mahu ikut lagilah lepas ni'. Dijawab Pak One 'Ikutlah'. Tak lama kemudian Pak One dijumpai meninggal.

Jasadnya ditemui separuh badan dalam sampan dan separuh badan dalam air. Wallahualam.



2- Suatu masa dikampung seorang ahli keluarga lain berehat rehat dianjung rumah. Panas. Ambil angin sedikit. Sekilas mata memandang disebelah pokok kelapa dilihat bayang hitam gergasi. Jarak dada ke dada hampir 5 seta (setengah hasta). Orang orang tua kata itu pendamping menunjuk diri.






3-Suatu malam diadakan kenduri di Sungai Bunyi, Pontian. Di kampung tersebut majoriti orang Jawa. Semua orang baik baik. Dan bergurau pun boleh tahan. Pak One ikut serta.

Entah macam mana terkeluar cabaran mencabar siapa boleh buat hantu menunjuk diri. Pak One diam saja.

Lima minit kemudian seluruh rumah kenduri kosong.

Nun dihujung tangga dibawah rumah, terjonggol Hantu Laut. (Muka macam ikan dan badan bersisik)

'Makan kenduri tak ajak...'



4-Orang zaman dulu juga kuat bersukan. Maka suatu masa di Rambah diadakan perlawanan bola sepak. Yang seronok sekali dan paling diingati oleh Pak Andak yang turun menonton ialah bola berpusing pusing sendiri ditengah padang sebelum meletup.

Kedua dua pasukan berlawan menggunakan ilmu kebatinan untuk menang.

Begitu juga perlawanan tarik tali, tali kapal yang tebal tebal itu boleh terputus ditarik dikedua pasukan bertanding.

Ada juga pertandingan gasing. Kali ini Pak One masuk bertanding. Terus peserta peserta lain tarik diri bila tahu Pak One ikut bertanding.

Dikeluarkan gasing kayu batang limau Pak One dan dibaling ke tanah. Lamanya pusingan gasing tersebut dikira dengan tanak nasi, tunggu masak dan makan. Gasing masih berpusing.

Wallahualam.



5-Ada juga cerita kelakar. Dulu dulu kebun keluarga banyak. Pak Andak yang nakal waktu itu masuk mencari durian dikebun Pawang Hamzah (arwah) bersama kawan kawan. Waktu malam.

 BERDENTUMMMMMMM!!!!!

Tak tahu bunyi apa, senapang ke mercun ke. Bunyi kuat seperti petir bergegar sekampung.

Reda sekejap menceroboh kebun Pawang Hamzah.

Tak lama kemudian Pak Andak dan kawan kawan datang lagi. Cuma teknik kali ini lain sikit. Mereka menggunakan parit yang kering disempadan kebun untuk masuk.

Waktu malam. Nasib tak baik, Pawang Hamzah lebih dulu taburkan kulit durian ke dalam parit. Merasa mereka semua kulit durian malam itu.

Al Fatihah untuk yang telah meninggal dunia.

Selasa, 20 Disember 2011

Tok

'Atuk, cerita la cerita hantu..' rayu seorang cucu daripada 7 cucu yang bergelimpang berbaring didepan ruang bacaan Tok Daka, seorang bekas veteran tentera bersara tahun 70 an.

'Karang malam kamu semua yang tak dapat tidur. Atuk yang susah. Nak ke tandas berteman, nak ke dapur minum air berteman. Tak Atuk susah Nenek kamu susah. Buat apa cerita cerita hantu ni? Kata Tun Mahathir tak elok cerita cerita ni. Kan lebih elok cerita bertanam ubi ke buat skru keretapi ke....' panjang bebelan Tok Daka.

'Atuk, cerita la cerita hantu...' rayu lagi seorang cucu. Sekarang cuti sekolah. Kampunglah tumpuan.

'Cite antu (po)cong, (ponti)yanak ke, (sun)del (bo)long ke Tok, cite arrr...' rayu lagi seorang cucunya yang pelat pelat sikit.

'Cerita Tok eh?'

'Cerita la Tok'

'Cerita la Tok'

'Te aa' sahut seorang cucu paling bongsu. Tergelak semua mendengar.

'Cucu Atuk paling kecil ni pun nak Atuk bercerita? Hah yalah. Cium sikit. Cupp. Alah comel' kata Tok Daka mengalah demi sayangkan cucu.

'Nanti malam Abang temankan budak budak ni. Saya tak larat sorang sorang ajak ke bilik air nanti.' kata tiba tiba isteri Tok Daka, Tok Dara.

Tersenyum Tok Daka memikirkan untuk buat buat tidur mati saja malam nanti.

'HAH!!' jerit sedikit Tok Daka sambil menampar papan lantai. Terperanjat cucu cucunya. Yang paling bongsu tersentak hingga hampir menangis. Dipeluk Tok Daka dibuai buai. Senyum semula.

'Atuk saja ja nak menguji kamu berani ke tidak? Itu baru Atuk sergah. Kalau....... Kalau......' terputus putus Tok Daka berkata.

'Kalau hantu sergah ke Tok?' jawab seorang cucu.

'Bukan. Kita ni kena berani. Terutama laki laki.' pintas Tok Daka melihat alang rumah.

'Cerita la Tok cepat' kata seorang cucu mewakili cucu lain. Semua menghampiri Tok Daka.

'All right' berbahasa Inggeris Tok Daka petang itu.






'Tak nak macam ni alaaa' esak seorang cucu.

'Alaaa ni ke? Alaaa'  seorang lagi cucu hampir menangis.

Yang paling bongsu melihat saja. Masih tidak memahami apa apa. Cuma terikut ikut.

Tok Daka tersenyum megah.





Diberinya buku buku tulisan Tok Awang Ngah, Siri bercakap dengan syaitan dan buku buku Tamar Jalis, Siri bercakap dengan Jin.

Biar cucu cucunya belajar membaca. Biar fasih. Cuti sekolah pun tak salah kalau belajar juga.

'Minat cerita seram kalau digunakan minat itu ke jalan betul, pasti ada hasil...' Tok Daka bercakap dalam hati.


Isnin, 19 Disember 2011

Mesra

'Leh oiii pergi kerja ke?' laung Ateh Daim kepada Saleh. Mereka berjiran telah lebih 20 tahun. Rumah sebelah menyebelah.  Jarak 2 orang lalu.

Kawasan kampung mereka berhampiran dengan Pekan Jorak Lama. Tanaman sawit adalah komoditi utama selain getah, ladang kopi, jagung dan tebu.

'Iye Bang, nak ke mana lagi pagi pagi ni? Nak ke rumah isteri muda yang tua tu pun tak terjaga saya. HAHAHAHAHAHAHA!!!!!' gelak mereka berdua kuat. Isteri Saleh bekerja shift malam, jam 8 setengah nanti baru pulang.

'Kalau teringin sangat beritahu aku. Aku ada calon untuk kamu.' tambah lagi Ateh Daim.

'Siapa Bang? Nek Meli ke? HAHAHAHAHAHA' gelak lagi mereka berdua.

'Ishhh. Besar sangat ketawanya. Saleh jangan layan Abang Ateh kamu ni. Cepat pergi kerja' pintas tiba tiba isteri Ateh Daim, Mak Rani.

'Hahaha. Abang Ateh tu nak bernikah lagi tu Kak Rani, dia malu malu.' gurau kasar Saleh.

'Biarlah dia kahwin. Dengan kencing manisnya tu. Biar dia. Tengok berapa ramai dia nak nikah.' balas Mak Rani.

'Alaa Awak ni, saya cuma ada seorang permaisuri. Indah nian istana bunian. Lemah lembut. Awaklah tu' kata Ateh Daim tersenyum. Tersenyum Mak Rani.

'Hahaha' gelak Saleh sambil menaiki motor buruknya. Kawasaki Kips. Mereka berdua bergurau lagi sebelum Saleh bergerak ke tempat kerja.

3 HARI KEMUDIAN.

'Ke mana Abang Ateh dengan Kak Rani pergi ye sayang?' tanya Saleh pada isterinya suatu pagi.

'Kereta Bang Ateh pun tak ada Bang, biasanya mereka ada beritahu kalau ke mana mana. Mungkin ada kecemasan dirumah saudara mereka di Melaka?Entahlah.' balas isteri Saleh.

MALAM ITU.

Saleh diluar rumah membetulkan fork motor beliau. Minyak fork tak payah cerita. Bertahun kering. Fork keras kejung. Sekadar diketuk ketuk biar lurus sikit. Kemudian setting tayar. Akhir sekali lap batang fork, dan rim lidi.

Dijeling ke rumah Abang Ateh. Terbuka tiba tiba tingkap kaca rumah Abang Ateh.Ateh Daim dibalik tingkap kaca.

'Eh Bang, bila balik? Kereta pun tak ada?Kenapa bergelap aja dalam rumah?' tanya Saleh bingkas bangun mahu menuju ke rumah Ateh Daim.

Tup. Ditutup tingkap kaca.

Saleh tergamam. Bertanya dalam hati- apa kena orang tua ni?

Esok pagi.

Ateh Daim dan Mak Rani pulang. Saleh bertanya ke mana mereka pergi? Mereka berdua berjalan ke Muar. Singgah dirumah saudara mara kerana ada kenduri.

Dikatanya juga Saleh yang semalam beliau ternampak Ateh Daim membuka tingkap kaca melihat lihat luar.

Tergelak besar Ateh Daim dan Mak Rani mengatakan Saleh menipu. HAHAHAHAHAHA.

Mereka dah lama berjiran. Bergurau memang kasar sikit.

Saleh terasa seram. Siapa dilihatnya malam tadi?

Khamis, 15 Disember 2011

Cerita ringkas

Keluar tiba tiba seekor anjing raksasa daripada runtuhan dinding batu rumah besar. Anjing berotot sasa setinggi pinggang saya yang kepanjangan 180 sentimeter ini.

Ia merenung saya dengan tajam. Dapat dilihat cahaya merah daripada anak matanya.

Anjing raksasa berbulu hitam ini menghidu hidu udara sekelilingnya. Menggeruh marah kemudian.

Suasana yang semakin mendekati senja. Keadaan yang sunyi sepi. Cuma dan saya anjing misteri ini saja disini.

Ia bersedia untuk menerkam saya. Gigi giginya yang besar dan tajam tajam kelihatan dibalik bibir hitam berair liur terjejeh. Bulu bulu disepanjang tulang belakangnya kelihatan berombak. Ia pasti akan menyerang saya bila bila masa.

Apa perlu saya lakukan? Saya menelan air liur yang terasa pahit tiba tiba. Cuma ada 1 cara saja.

Saya menutup televisyen.





Ahad, 11 Disember 2011

Cerita Alice

Cerita ini diceritakan seorang kawan perempuan penulis. Beliau bersama penulis semasa ijazah muda dan Sarjana di Universiti Super Malaysia dahulu. Sekarang bertugas sebagai Jurukur Bahan disebuah syarikat dikuasai Ah Beng dan Ah So yang paranoid dengan agama rasmi Malaysia di Penang.

Beliau kita panggil 'Alice'.

Ini berlaku semasa ijazah muda. Semakin tinggi tingkatan pelajaran diuniversiti maka semakin kurang kelas yang perlu kita ambil dan lulus subjeknya. jadi memandangkan ini masih dalam peringkat ijazah  muda, makanya banyaklah kelas sekaligus tugasan. Untuk menyiapkan tugasan pelajar pelajar universiti paling gemar membuat kerja sehingga pagi.

Alice tinggal di desa asrama RTS di Bukit Gambir. Bersama seorang lagi kawan sekursus, Mek Yana. Adalah satu masa mereka kawan sekursus perlu menyiapkan tugasan berkaitan pembikinan laman web. Tidaklah pasti apa yang menyukarkan tugasan dalam membina laman web tersebut. Tetapi Alice dan kawan kawan bekerja sehingga jam 5 pagi.

Alice membuat tugasan tersebut di bilik rakan kursus beliau didesa asrama Aman Ramai. Sedang mata semakin kuyu menyiapkan tugasan, telefon Alice berbunyi. Mek Yana menelefon.

Menangis-nangis Mek Yana waktu bercakap dengan Alice, meminta beliau pulang ke bilik segera. Sekarang juga. Alice kelam kabut kerana bimbang sesuatu terjadi pada Mek Yana. Maka ditinggal pesan pada rakan tadi untuk balik segera. Berjalan kakilah Alice hampir 800 meter untuk balik ke RTS.

Sesampai dibilik, dilihat lampu terang benderang termasuk lampu meja belajar semua dibuka. Mek Yana menangis-nangis diatas katil. Alice kelam kabut kerana panik, takut rakan beliau diapa-apakan orang.

Dalam sendu sedan,Mek Yana bercerita semasa ketiadaan Alice tadi, pintu bilik mereka diketuk orang. Memikirkan itu Alice, maka Mek Yana membiarkan saja kerana tahu Alice membawa kunci pintu bersama.

Ketukan bertambah tambah bila Mek Yana membiarkan. Berasa hairan, lantas Mek Yana membuka pintu. Tiada sesiapa. Dilihat bilik bilik pelajar lain telah gelap. Siapa yang mengetuk?

Mek Yana yang ketakutan terus menelefon Alice.

Alice selepas mendengar cerita tersebut menenangkan Mek Yana.Malam itu mereka berdua tidak tidur sampai ke pagi. Alice membaca Al Quran buat menenangkan diri. Takut juga walau dalam hati kecil berkata ada orang yang ketuk.

Suatu masa kemudian, Mek Yana balik ke Kelantan. Tinggal lah Alice seorang.

Dan malam itu pintu diketuk.

Alice yang berasa was was melihat dicelah pintu, tiada sesiapa.

Sabtu, 10 Disember 2011

All start well ends well

Terasa lapar Encik Lupe malam itu. Jam dengan wajah bulat dinginnya menunjukkan 2 setengah pagi. Esok hari bekerja.

Mahu diajak kawan kawan ke Mapley Restoran No Outside Food Allowed La Dey, semuanya telah tidur awal. Simptom esok hari kerja.

Encik Lupe mahu melelapkan mata saja, namun asid perut bergolak ganas. Ditambah angin bertiup dalam isipadu perut dan usus besar, buat Encik Lupe bangun memakai seluar panjang, baju jersi, dicapai dompet dan diambil kunci rumah. Malas memandu kereta.

 

Makanan yang ada dirumah sekadar mengalas perut saja. Dalam kepala Encik Lupe ialah mee goreng basah Mapley  lebih campur kacang tanah pecah pecah kecil dan bawang goreng. Teringatkan air tangan Mapley buat Encik Lupe terliur liur sedang pintu rumah pun masih belum dibuka lagi.

Dilihat koridor bilik flat sewaan beliau dan rakan rakan, gelap gelita. Lampu kalimantang koridor daripada 6 cuma 2 saja menyala. Encik Lupe tidak peduli kerana beliau tidak pernah ambil tahu bayaran penyelenggaraan flat. Itu tuan rumah sewa bertanggungjawab.

Masuklah Encik Lupe ke dalam lif. Turun daripada tingkat 15 ke bawah. Lif digunakan standard lif flat. Penuh contengan, kertas tampalan Ah Long Haram, ubat kuat, dan entah apa lagi. Encik Lupe jadikan sebagai bahan bacaan ringan beliau setiap hari sebelum pergi bekerja.

Angin menerpa masuk saat pintu lif terbuka. Encik Lupe mengeluh. Petanda ribut sebelum hujan lebat. Menggunakan kemahiran kalkulus dan skil komunikasi pembentangan depan pensyarah, Encik Lupe membuat keputusan berlari ke Mapley. Jarak 1 kilometer saja.

PUMM!!!!

Encik Lupe berlari sederas mungkin. 2 minit kemudian berhenti menarik narik nafas. Menyumpah nyumpah kepenatan. Dada terasa mahu pecah kembang kempis menyedut oksigen.

Encik Lupe berjalan terhoyong hayang. Tidak pula berpeluh lencun kerana angin kuat bertiup.

Encik Lupe duduk sebentar ditepi longkang batu. Menyambung nafas beliau yang mengeruh seperti kerbau.


'HOI' jerit Encik Lupe. Tiba tiba. Apa dilihatnya?

'Kau nak apa? Aku tak takut dengan kau!! Aku lebih mulia daripada kau!! Syaitan!!' laung lagi Encik Lupe.

Sekonyong konyong menjelmalah seekor hantu Pontianak berpakaian kusut putih kelabu bertompok tanah kering didepan Encik Lupe.

Merah matanya bulat memandang Encik Lupe yang lebih tinggi daripada hantu itu tadi. Bezanya ia terapung apung menampakkan ia lebih tinggi.

'Aku ada silat!! Kau jangan ganggu aku!! Berambus!!' marah Encik Lupe.

Merengus rengus. Makin bulat mata hantu tersebut. Encik Lupe merenung semula Pontianak tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

'Deyy macha, bawa kawan ka?' tanya seorang pelayan Mapley pada Encik Lupe yang mengambil sebuah meja disudut paling tepi sekali.

'Mana ada lah. Mana? Mana?' tanya Encik Lupe semula.

'Eh, tadi ada.' jawab pelayan Mapley memandang kiri kanan. 'Perempuan tau? Belakang macha tadi juga. Ada ada tadi.Sekarang tak tau mana pigi la...Ada tadi la ada..' tambah pelayan Mapley. Diteleng teleng kepala pada Encik Lupe.

'Sudahlah.... Buat saya mee goreng mamak basah. Biasa. Sos cili lebih. Fresh orange sama ais kosong. Cepat sikit.'kata Encik Lupe.

Encik Lupe menunggu sampai matahari memancar paginya sebelum balik. Tidak berani balik rumah.

p/s-Beliau tidak bekerja hari itu dengan alasan sakit perut.

Well well

Isnin, 5 Disember 2011

Menanti 10 setengah malam

Suasana senja yang gelapnya melebihi terang yang mula keseganan, meliputi ruang udara sebuah universiti. Disebuah fakulti kejuruteraan yang masih nampak kebaharuan bangunannya. Masih ada lagi mereka yang bertugas atau bekerja didalam bangunan.

Puan Lim melihat jam disebelah skrin PC beliau. 6.53 petang. Biasa saja.Kebiasaan beliau pulang 10 setengah ke atas. Menyiapkan pelbagai kerja. Laporan untuk progres penyelidikan kepada pemberi geran, fakulti dan pusat siswazah. Menyelia disertasi 6 pelajar ijazah muda. Membuat proposal permohonan geran. Menandatangani surat sokongan rakan sekerja dan pelajar. Membuat nota dan transperansi kuliah. Membetulkan tatabahasa Bahasa Inggeris rakan sekerja dan banyak lagi.

Puan Lim masih setia mengadap skrin PC tatkala jam sampai ke 7.45 malam.Beliau tahu beliau tidak keseorangan kerana masih kedengaran radio daripada luar bilik pensyarah. Radio kepunyaan pelajar penyelidikan.

 

Kebiasaannya memang radio akan dibuka setelah jam 5 setengah petang. Ini bagi menghormati formaliti tidak bertulis dalam universiti. Tambah lagi pelajar tidak mahu berkonfrontasi dengan pensyarah lain yang diketahui banyak 'kepelbagaian'. Mainkan saja radio hanya setelah jam 5 setengah. Mudah.

Puan Lim membelek-belek satu salinan jurnal Elsevier. Beliau mencari informasi dan membandingkan dengan jurnal-jurnal lain dibaca beliau dan pelajar disertasi beliau.Beliau mahu mereka tahu yang Penyelia mereka juga berinisiatif memahami skop kajian mereka. Puan Lim benar-benar mahu membantu pelajarnya.

Masih kedengaran bunyi radio, tanda masih ada orang dalam bangunan.

Jam menunjukkan 9.51 malam. Puan Lim membuka pula folder untuk kuliah esok. Diperiksa satu persatu slaid Power Point. Mengingati susunan slaid untuk melancarkan penyampaian esok. Puan Lim tidak mahu penyampaian ilmu terganggu jika bentuk penerangan tersekat-sekat. Tambah lagi beliau sudah peringkat hampir pencen. Kenalah usaha lebih sikit dalam mengingati fakta.

Jam 10 malam, radio masih berbunyi. Puan Lim berkira pulang jam 10 setengah nanti.

Titt titt. Berbunyi telefon sel Puan Lim. Blackberry entah model apa. Dilihatnya, Kuek Kwat, anak beliau menelefon.

'Hello Son' jawab Puan Lim.

'Hello Ma, can bank in or not for me RM2000?Next week I want to go to Thailand with my friend. USM is having semester break. Ah Pa said ask for Ma confirmation first lor'

'Your Ah Pa don't wanted to join you aaa? RM2000?Why must be only RM2000? Haisshh. Ah Ma give you RM4000 and go buy some gift for the families and your friend also. Ok? Do not forget to buy for me the Buddha amulets or pendants also. You should also have one too.' semakin panjang Puan Lim berbual.

'How come lehh? I am going to marry Jeanette Van Degrotto Pegolla later. You know lahhh my coursemate, the foreigner girl one. I am going to migrate in Europe. Live like a Land lord leyy' jawab Kuek Kwat dan entah apa lagi dibualkan mereka anak beranak.

Siap berbual, Puan Lim melihat jam 10.20 malam. Bersiap untuk pulang. Tepat jam 10 setengah, Puan Lim keluar dan mengunci bilik beliau. Turun menuju ke Honda CRV miliknya. Kemudian terus memandu pulang.

Radio masih kedengaran.

Disebuah alam yang lain. Alam makhluk halus, kelihatan seekor jin yang biasa menyamar hantu Pontianak atau Pocong dimarahi ketuanya,Afritopheles, kerana tertidur waktu bertugas.

Tidak menjalankan tugas menakutkan Puan Lim waktu di fakulti tadi.


TAMAT