Mahu diajak kawan kawan ke Mapley Restoran
Encik Lupe mahu melelapkan mata saja, namun asid perut bergolak ganas. Ditambah angin bertiup dalam isipadu perut dan usus besar, buat Encik Lupe bangun memakai seluar panjang, baju jersi, dicapai dompet dan diambil kunci rumah. Malas memandu kereta.
Makanan yang ada dirumah sekadar mengalas perut saja. Dalam kepala Encik Lupe ialah mee goreng basah Mapley lebih campur kacang tanah pecah pecah kecil dan bawang goreng. Teringatkan air tangan Mapley buat Encik Lupe terliur liur sedang pintu rumah pun masih belum dibuka lagi.
Dilihat koridor bilik flat sewaan beliau dan rakan rakan, gelap gelita. Lampu kalimantang koridor daripada 6 cuma 2 saja menyala. Encik Lupe tidak peduli kerana beliau tidak pernah ambil tahu bayaran penyelenggaraan flat. Itu tuan rumah sewa bertanggungjawab.
Masuklah Encik Lupe ke dalam lif. Turun daripada tingkat 15 ke bawah. Lif digunakan standard lif flat. Penuh contengan, kertas tampalan Ah Long Haram, ubat kuat, dan entah apa lagi. Encik Lupe jadikan sebagai bahan bacaan ringan beliau setiap hari sebelum pergi bekerja.
Angin menerpa masuk saat pintu lif terbuka. Encik Lupe mengeluh. Petanda ribut sebelum hujan lebat. Menggunakan kemahiran kalkulus dan skil komunikasi pembentangan depan pensyarah, Encik Lupe membuat keputusan berlari ke Mapley. Jarak 1 kilometer saja.
PUMM!!!!
Encik Lupe berlari sederas mungkin. 2 minit kemudian berhenti menarik narik nafas. Menyumpah nyumpah kepenatan. Dada terasa mahu pecah kembang kempis menyedut oksigen.
Encik Lupe berjalan terhoyong hayang. Tidak pula berpeluh lencun kerana angin kuat bertiup.
Encik Lupe duduk sebentar ditepi longkang batu. Menyambung nafas beliau yang mengeruh seperti kerbau.
'HOI' jerit Encik Lupe. Tiba tiba. Apa dilihatnya?
'Kau nak apa? Aku tak takut dengan kau!! Aku lebih mulia daripada kau!! Syaitan!!' laung lagi Encik Lupe.
Sekonyong konyong menjelmalah seekor hantu Pontianak berpakaian kusut putih kelabu bertompok tanah kering didepan Encik Lupe.
Merah matanya bulat memandang Encik Lupe yang lebih tinggi daripada hantu itu tadi. Bezanya ia terapung apung menampakkan ia lebih tinggi.
'Aku ada silat!! Kau jangan ganggu aku!! Berambus!!' marah Encik Lupe.
Merengus rengus. Makin bulat mata hantu tersebut. Encik Lupe merenung semula Pontianak tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Deyy macha, bawa kawan ka?' tanya seorang pelayan Mapley pada Encik Lupe yang mengambil sebuah meja disudut paling tepi sekali.
'Mana ada lah. Mana? Mana?' tanya Encik Lupe semula.
'Eh, tadi ada.' jawab pelayan Mapley memandang kiri kanan. 'Perempuan tau? Belakang macha tadi juga. Ada ada tadi.Sekarang tak tau mana pigi la...Ada tadi la ada..' tambah pelayan Mapley. Diteleng teleng kepala pada Encik Lupe.
'Sudahlah.... Buat saya mee goreng mamak basah. Biasa. Sos cili lebih. Fresh orange sama ais kosong. Cepat sikit.'kata Encik Lupe.
Encik Lupe menunggu sampai matahari memancar paginya sebelum balik. Tidak berani balik rumah.
p/s-Beliau tidak bekerja hari itu dengan alasan sakit perut.
Well well
Tiada ulasan:
Catat Ulasan