Puan Lim melihat jam disebelah skrin PC beliau. 6.53 petang. Biasa saja.Kebiasaan beliau pulang 10 setengah ke atas. Menyiapkan pelbagai kerja. Laporan untuk progres penyelidikan kepada pemberi geran, fakulti dan pusat siswazah. Menyelia disertasi 6 pelajar ijazah muda. Membuat proposal permohonan geran. Menandatangani surat sokongan rakan sekerja dan pelajar. Membuat nota dan transperansi kuliah. Membetulkan tatabahasa Bahasa Inggeris rakan sekerja dan banyak lagi.
Puan Lim masih setia mengadap skrin PC tatkala jam sampai ke 7.45 malam.Beliau tahu beliau tidak keseorangan kerana masih kedengaran radio daripada luar bilik pensyarah. Radio kepunyaan pelajar penyelidikan.
Kebiasaannya memang radio akan dibuka setelah jam 5 setengah petang. Ini bagi menghormati formaliti tidak bertulis dalam universiti. Tambah lagi pelajar tidak mahu berkonfrontasi dengan pensyarah lain yang diketahui banyak 'kepelbagaian'. Mainkan saja radio hanya setelah jam 5 setengah. Mudah.
Puan Lim membelek-belek satu salinan jurnal Elsevier. Beliau mencari informasi dan membandingkan dengan jurnal-jurnal lain dibaca beliau dan pelajar disertasi beliau.Beliau mahu mereka tahu yang Penyelia mereka juga berinisiatif memahami skop kajian mereka. Puan Lim benar-benar mahu membantu pelajarnya.
Masih kedengaran bunyi radio, tanda masih ada orang dalam bangunan.
Jam menunjukkan 9.51 malam. Puan Lim membuka pula folder untuk kuliah esok. Diperiksa satu persatu slaid Power Point. Mengingati susunan slaid untuk melancarkan penyampaian esok. Puan Lim tidak mahu penyampaian ilmu terganggu jika bentuk penerangan tersekat-sekat. Tambah lagi beliau sudah peringkat hampir pencen. Kenalah usaha lebih sikit dalam mengingati fakta.
Jam 10 malam, radio masih berbunyi. Puan Lim berkira pulang jam 10 setengah nanti.
Titt titt. Berbunyi telefon sel Puan Lim. Blackberry entah model apa. Dilihatnya, Kuek Kwat, anak beliau menelefon.
'Hello Son' jawab Puan Lim.
'Hello Ma, can bank in or not for me RM2000?Next week I want to go to Thailand with my friend. USM is having semester break. Ah Pa said ask for Ma confirmation first lor'
'Your Ah Pa don't wanted to join you aaa? RM2000?Why must be only RM2000? Haisshh. Ah Ma give you RM4000 and go buy some gift for the families and your friend also. Ok? Do not forget to buy for me the Buddha amulets or pendants also. You should also have one too.' semakin panjang Puan Lim berbual.
'How come lehh? I am going to marry Jeanette Van Degrotto Pegolla later. You know lahhh my coursemate, the foreigner girl one. I am going to migrate in Europe. Live like a Land lord leyy' jawab Kuek Kwat dan entah apa lagi dibualkan mereka anak beranak.
Siap berbual, Puan Lim melihat jam 10.20 malam. Bersiap untuk pulang. Tepat jam 10 setengah, Puan Lim keluar dan mengunci bilik beliau. Turun menuju ke Honda CRV miliknya. Kemudian terus memandu pulang.
Radio masih kedengaran.
Disebuah alam yang lain. Alam makhluk halus, kelihatan seekor jin yang biasa menyamar hantu Pontianak atau Pocong dimarahi ketuanya,Afritopheles, kerana tertidur waktu bertugas.
Tidak menjalankan tugas menakutkan Puan Lim waktu di fakulti tadi.
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan