Selasa, 20 Disember 2011

Tok

'Atuk, cerita la cerita hantu..' rayu seorang cucu daripada 7 cucu yang bergelimpang berbaring didepan ruang bacaan Tok Daka, seorang bekas veteran tentera bersara tahun 70 an.

'Karang malam kamu semua yang tak dapat tidur. Atuk yang susah. Nak ke tandas berteman, nak ke dapur minum air berteman. Tak Atuk susah Nenek kamu susah. Buat apa cerita cerita hantu ni? Kata Tun Mahathir tak elok cerita cerita ni. Kan lebih elok cerita bertanam ubi ke buat skru keretapi ke....' panjang bebelan Tok Daka.

'Atuk, cerita la cerita hantu...' rayu lagi seorang cucu. Sekarang cuti sekolah. Kampunglah tumpuan.

'Cite antu (po)cong, (ponti)yanak ke, (sun)del (bo)long ke Tok, cite arrr...' rayu lagi seorang cucunya yang pelat pelat sikit.

'Cerita Tok eh?'

'Cerita la Tok'

'Cerita la Tok'

'Te aa' sahut seorang cucu paling bongsu. Tergelak semua mendengar.

'Cucu Atuk paling kecil ni pun nak Atuk bercerita? Hah yalah. Cium sikit. Cupp. Alah comel' kata Tok Daka mengalah demi sayangkan cucu.

'Nanti malam Abang temankan budak budak ni. Saya tak larat sorang sorang ajak ke bilik air nanti.' kata tiba tiba isteri Tok Daka, Tok Dara.

Tersenyum Tok Daka memikirkan untuk buat buat tidur mati saja malam nanti.

'HAH!!' jerit sedikit Tok Daka sambil menampar papan lantai. Terperanjat cucu cucunya. Yang paling bongsu tersentak hingga hampir menangis. Dipeluk Tok Daka dibuai buai. Senyum semula.

'Atuk saja ja nak menguji kamu berani ke tidak? Itu baru Atuk sergah. Kalau....... Kalau......' terputus putus Tok Daka berkata.

'Kalau hantu sergah ke Tok?' jawab seorang cucu.

'Bukan. Kita ni kena berani. Terutama laki laki.' pintas Tok Daka melihat alang rumah.

'Cerita la Tok cepat' kata seorang cucu mewakili cucu lain. Semua menghampiri Tok Daka.

'All right' berbahasa Inggeris Tok Daka petang itu.






'Tak nak macam ni alaaa' esak seorang cucu.

'Alaaa ni ke? Alaaa'  seorang lagi cucu hampir menangis.

Yang paling bongsu melihat saja. Masih tidak memahami apa apa. Cuma terikut ikut.

Tok Daka tersenyum megah.





Diberinya buku buku tulisan Tok Awang Ngah, Siri bercakap dengan syaitan dan buku buku Tamar Jalis, Siri bercakap dengan Jin.

Biar cucu cucunya belajar membaca. Biar fasih. Cuti sekolah pun tak salah kalau belajar juga.

'Minat cerita seram kalau digunakan minat itu ke jalan betul, pasti ada hasil...' Tok Daka bercakap dalam hati.


Tiada ulasan: