Ahad, 4 September 2011

#94 Mac 18, 1996. (Bahagian 1)

1-Teksi yang dipandu Jan tenang saja memandu melepasi sebuah kawasan unit komersial yang pernah terbakar lama dulu.

Waktu malam, seronok jika mendapat ramai penumpang yang boleh bayar 2 kali ganda, jadi Jan memang tertunggu-tunggu dan tercari-cari penumpang malam-malam begini.

Kalau dapat lebih esok siang tak perlu keluar pun tak apa.

Beberapa blok bangunan dilintas kemudian, 2 orang penumpang menahannya,wanita. Tersenyum Jan.

Jan memandu ke alamat yang diminta salah seorang penumpang teksinya tadi.Matanya meilhat-lihat melalui cermin, comel-comel saja kedua-dua penumpangnya itu.Macam baru lepas habis sekolah.

Teksi tenang dipandu, Jan melihat seorang lelaki tua dengan basikal berkarat ditepi jalan.Terdetik sesuatu dihatinya. Rasa aneh.

Lelaki tua itu kelihatan memang tidak terdaya mengayuh, namun dilhat cuba mengekori teksi Jan.

Tidak berhenti-henti mengayuh mengikut.

Jan yang tidak berasa selesa menekan sedikit pedal minyaknya namun salah seorang penumpangnya tadi meminta beliau memandu dengan tenang, kerana tiada apa yang perlu dikejar. Jan mengangguk kerana lebih perlahan dipandu teksinya, lebih banyak tambang dapat dikutipnya.

Jan menoleh cermin belakang, lelaki tua itu masih mengekornya!!

Lampu trafik dijalan hadapan menyala merah. Jan memberhentikan teksi.Menunggu hijau.

TUKK TUKK

Tersentak Jan. Lelaki tua berbasikal tadi yang mengetuk cermin teksi sebelah pemandu.

Jan terasa bengang lalu diturunkan tingkap. ‘Ada masalah ke?’ keras sedikit nada Jan.

Lelaki tua itu mengerutkan kening lalu berkata ‘Kenapa teksi kamu berpusing-pusing dalam kawasan ni aje dari tadi? Kamu sesat ke?’

‘Sesat?’tanya Jan semula. Hairan.

‘Aku mengikut kamu sebab kamu berpusing-pusing dalam kawasan ni aje dari tadi. Aku ikut dari belakang sebab nak tahan kamu kejap. Nasib ada lampu trafik ni, dapat aku tahan kamu.’terang lelaki tua.

Berpusing-pusing? Jan semakin pelik.

Lelaki tua kemudian bertanya ‘Tapi, siapa yang duduk dikerusi belakang kamu tadi? Aku nampak penumpang kamu takde kepala …..’

Tersirap darah naik ke muka Jan.

Ditoleh cepat ke belakang, tiada sudah 2 wanita muda yang menumpang tadi.