Selasa, 20 Mac 2012

Pek Kong

Ah Tian berjalan merapati jeti buluh ditebing sungai. Dilihat lihatnya air sungai, sebelum berdiri diatas tebing sungai.

Berbekalkan senapang ikan dan selepas menanggalkan baju, KECEBURRRR.

Berkuak kuak Ah Tian didalam air melihat ke sana sini mencari ikan ikan bersaiz besar dan jenis jenis berharga, kalau dapat jenis biasa pun sedap juga dimasak 3 rasa.

Ah Tian bergerak ke tengah, mencari cari lagi ikan sambil membidik senapang ikannya. Terasa perlu mengambil udara, maka naik sebentar ke permukaan sungai.

Diselam sekali lagi, dilihat warna air didasar sungai berubah.Menjadi merah coklat. Ah Tian terasa sedikit pelik bila dilihat ada 2 cahaya ditengah dasar sungai, maka bergerak Ah Tian ke arah cahaya tadi.

Dilihatnya patung singa seperti di kuil Tok Pekong didasar sungai, bermata merah menyala nyala. Ah Tian melihat lagi dan dibelakang patung singa tadi sebuah kuil Tok Pekong tersergam di dalam air.

Tinggal senapang ikan, terus lupa ikan yang bakal dimasak 3 rasa, bertahun tahun juga Ah Tian tidak mendekati sungai.

Rabu, 14 Mac 2012

D-Day

Saya menulis surat ini khas untuk keluarga William Raven, yang dengan beraninya bersama sama ramai lagi anak anak muda Amerika, mempertahankan perlembagaan dan demokrasi dimuka bumi ini.

Tuan/Puan Raven,

Izinkan saya bercerita sebuah kisah.

Saya secara peribadi tidak mengenali anak muda bernama William Raven ini. Namun saya sangat percaya yang beliau tidak sesekali sanggup melihat negaranya dicabul oleh kuasa asing dan sanggup ke depan dimedan perang demi mempertahankan tanah Amerika tercinta.

6hb Julai 1941, Pantai Normandy.

Pasukan askar yang diturunkan melalui jalan laut dengan kraft, dan para pejuang yang berani samada sedang berdoa atau menanti kejayaan operasi mereka ini, menewaskan trup Jerman dibawah iblis-Adolf Hitler. Dan William Raven berada dalam salah satu kraft itu.



Saya difahamkan sewaktu menghampiri Pantai Normandy itu, ditambah dengan senarai nombor pejuang yang gugur membela Amerika dan demokrasi, anak anak muda yang berani ini telah dibedil tentera Jerman. Ada yang gugur dan ada yang masih bersemangat menentang habis habisan keparat Nazi itu.

Saat kraft mendekati pantai, pintu kraft terbuka dan para askar bergegas keluar. Kompeni yang disertai William Raven,menghadapi kesukaran kerana hujan peluru daripada si anak haram Nazi. Dan disini sesuatu yang menarik terjadi.

William Raven, yang kita banggakan dan rayakan, menyerbu ke depan dengan sangat berani. Beliau menggunakan segala kemahiran diperoleh sewaktu latihan askarnya, dan Ya Tuhan, beliau sangat sangat pantas bertindak. Serangan peluru dan bom bagai telah diteka oleh beliau arah sasaran dan kawasan ledakan, semua dapat dilepasi beliau dengan mudah.

Kompeni beliau mengikuti beliau daripada belakang, sambil cuba menentang serangan peluru dan pada masa yang sama memberi perlindungan pada William yang semakin jauh ke depan, menuju kubu musuh diatas bukit, tempat sarang mesingan.

Hujan peluru dan ledakkan mortar menggila dan tentera kita pada waktu itu memerlukan anggota yang benar benar berani dan sanggup mati untuk menghentikan serangan tak putus putus itu.William Raven, Tuan dan Puan, menyahut cabaran itu. Dengan penuh berani beliau berjaya menghampiri kawasan sarang mesingan diatas bukit yang menghadap Pantai Normandy, memasukkan bom ke tingkap sarang mesingan.Berjaya.

Langkah ini kemudian diikuti oleh para tentera kita yang lain yang ikut bermotivasi.

Dan disinilah ketakjuban dan pertanyaan muncul, kemudiannya.

Setelah tentera kita berjaya mengawal keadaan, tumpuan penuh mula diberikan kepada tentera kita yang tercedera dan terkorban.

Dan kita tahu,setelah beberapa lama seusai perang, William Raven termasuk dalam K.I.A (killed in action/mati dalam pertempuran). Kita kehilangan seorang wira negara.

Maaf jika saya gagal menyusun kata kata disini, namun menurut kompeni William Raven, beliau telah ditembak peluru sesat pihak Jerman, semasa berada di dalam kraft lagi, yang masih bergerak menuju ke pantai. William maut semasa diatas kraft. Dan tidak disedari kompeni beliau kerana waktu darurat begitu. Jasad beliau cuma dikesan selepas pertempuran selesai.

Persoalannya, siapakah 'William Raven' yang berani bergerak ke barisan depan menuju ke sarang mesingan yang menggila itu?

Saya percaya, semangat cintakan negara William Raven untuk melihat ibu pertiwi kekal merdeka, akan kekal selamanya.



Terima kasih.


Jeneral 5 Bintang.



p/s- diubahsuai daripada sebuah cerita

Sabtu, 10 Mac 2012

Taman Perumahan

'Esok nak sekolah, pergi tidur' arah Ayahnya. Emaknya pula telah menguap nguap bertutup mulut. Dan si anaknya menutup buku dibaca.

Kawasan taman perumahan mereka masih muda. Keluarga mereka 3 beranak antara 2 keluarga terawal masuk berpindah. Itupun jarak hampir 8 buah rumah.

Ayahnya seorang guru dan Emaknya juga seorang pendidik, pensyarah maktab.

Anaknya bersalam dan mengucapkan selamat malam pada Ayahnya dan Emaknya.

Tahun 70 an. Kawasan perumahan mereka dibangunkan berhampiran kawasan hutan berbukit dan sebelah bukit masih ada perkampungan Melayu. Jadi si anak berkawan dengan anak anak kampung sebelah bukit.Tidaklah sunyi sangat. Sekarang taman perumahan mereka telah ada 10 keluarga semuanya.Itupun rumah masih jauh jauh lagi.Paling dekat yang jarak 8 buah rumah tadi.

Waktu malam memang sangat sangat sunyi.Tapi tak begitu menakutkan kerana motokar peronda rajin masuk ke dalam.Dan mereka juga sudah kenal kenal dengan peronda.

Didalam bilik, si anak tidak terus tidur.Dibuka tingkap kaca biliknya yang berada di aras lantai, sesuai rumah aras lantai tiada tingkat atas.

Si anak melihat kegelapan yang lebih menguasai luar berbanding lampu kuning tiang jalan.Tiada apa apa.Dilihat bintang bertaburan di dada langit.Indah.

Dilihat langit,kelihatan awan kelabu hitam hitam.Direnung.

Dilihat rumah rumah kosong dikiri kanan.Pembelinya sudah ada cuma ramai yang masih tidak berpindah lagi.Entahlah.

Diperhatikan pokok pokok yang ditanam Majlis Perbandaran.Rendang rendang.

Dilihat kereta ayahnya diluar.Mazda.

Dilihat kereta ibunya.Datsun.

Dilihat langit.Beberapa saat kemudian ditutup tingkap.

Menoleh ke katil dibelakang.Dilihat susuk putih berdiri tegak diatasnya.

Hitam saja bahagian muka susuk putih.

Anaknya menjerit memanggil Ayahnya Emaknya.

Hilang susuk putih.Sekelip mata.Terperanjat. agaknya.Jika tidak masakan sekelip mata hilang?


Isnin, 5 Mac 2012

Asrama

Cerita ringkas saja.

Kehidupan diasrama walaupun disediakan katil, almari, bilik air tandas, kemudahan, dewan makan dan lain lain tidak sama dengan dirumah.

Penulis sendiri pernah beberapa kali menginap diasrama. Ada yang berprestij kerana taraf institusi ada juga yang rosak kerana tradisi. Begitupun setiap asrama pastinya ada cerita seram. Ia begitu klise hingga ada yang enggan menginap diasrama kerana dihantui ketakutan. Pendapat penulis ialah cuba duduk dulu.

Jadi cerita ini ialah sebuah cerita lama. Diceritakan seorang abang sepupu Penulis. Kita panggil beliau Bang I (Ai). Penulis tidak ingat asrama sekolah mana yang pernah dihuni Bang I ini, tapi yang pasti di negeri Johor, berhampiran ibu negeri.

Antara pengalaman diceritakan Bang I ini ialah budaya samseng diasrama. Bagaimanapun sebagai seorang yang pernah belajar silat dan kelahiran kampung, Bang I cuma mengatakan kepada para samseng samseng itu begini- 'Kalau nak pukul, pukul sampai mati. Kalau aku hidup, aku cari kau sampai dapat'. Para samseng yang cuma berani bila ramai ramai, terus membatalkan niat mereka.

Tambahan lagi, seorang kawan penulis berbangsa India Muslim juga menjadi mangsa perkauman sewaktu PLKN dulu. Yang nak memukulnya pun kawan kawan satu kompeni PLKN sendiri juga. Namun dijawab tenang kawan India Muslim tadi dengan kata kata 'Kau nak pukul aku? Satu hari kau datang tempat aku nanti, jangan mimpi nak keluar'. Terus dibatalkan sesi pukul memukul. Penulis lost contact terus dengan kawan India Muslim ini tadi seusai PLKN kami di Kem Legenda Gunung Ledang dan UIAM Gombak (2004/Panggilan II/Kompeni Charlie).

Jadi berbalik pada cerita Bang I tadi.

Mereka semua seusai sesi prep dan makan tengah malam, pastinya akan meluangkan masa sejam dua sebelum tidur untuk berbual bersama kawan kawan atau membuat aktiviti aktiviti pelbagai.

Bang I sebelum tidur masih terasa lapar lagi. Waktu makan tengah malam tadi sudah mengunyah biskut. Namun perut mahukan sesuatu yang lebih berat lagi. Maka dibuka almari dan dibancuh dengan air termos panas paket 3 dalam 1 beberapa keping. Sehingga berkeadaan separa pepejal dan cair. Bolehlah buat alas perut. Bukan senang dan adalah 1 cabaran pula kalau nak panjat pagar keluar untuk membeli pizza diluar asrama. Yang penting apa ada depan mata, sapu....

Perut yang kenyang adalah resepi terbaik meletihkan kelopak mata. Maka tertidurlah Bang I kemudian.

Dalam beberapa jam kemudian. Bang I terjaga daripada tidurnya. Pundinya terasa mahu membuang.

Dalam keadaan terpisat pisat antara mahu ke tandas dan menyambung tidur, lebih kuat perasaan tidur itu. Tapi pundinya pula terasa pedih pedih. Beliau duduk diatas katil sambil kaki menjulur ditepi.

Terasa pergelangan kedua dua kaki dipegang sesuatu. Di intai ke bawah, sepasang tangan hitam memegang kemas sendi kaki.

Bang I membiarkan saja. Tangan hitam itu kemudian hilang sendiri.



p/s-Penulis percaya yang Bang I ini memang berani orangnya. Sewaktu dikampung beliau selamba saja keluar rumah tengah tengah malam berseorangan dan banyak lagi kerja gila gila dilakukan beliau dulu. Sekarang Bang I bahagia bersama keluarga beliau di daerah kami.