Isnin, 5 Mac 2012

Asrama

Cerita ringkas saja.

Kehidupan diasrama walaupun disediakan katil, almari, bilik air tandas, kemudahan, dewan makan dan lain lain tidak sama dengan dirumah.

Penulis sendiri pernah beberapa kali menginap diasrama. Ada yang berprestij kerana taraf institusi ada juga yang rosak kerana tradisi. Begitupun setiap asrama pastinya ada cerita seram. Ia begitu klise hingga ada yang enggan menginap diasrama kerana dihantui ketakutan. Pendapat penulis ialah cuba duduk dulu.

Jadi cerita ini ialah sebuah cerita lama. Diceritakan seorang abang sepupu Penulis. Kita panggil beliau Bang I (Ai). Penulis tidak ingat asrama sekolah mana yang pernah dihuni Bang I ini, tapi yang pasti di negeri Johor, berhampiran ibu negeri.

Antara pengalaman diceritakan Bang I ini ialah budaya samseng diasrama. Bagaimanapun sebagai seorang yang pernah belajar silat dan kelahiran kampung, Bang I cuma mengatakan kepada para samseng samseng itu begini- 'Kalau nak pukul, pukul sampai mati. Kalau aku hidup, aku cari kau sampai dapat'. Para samseng yang cuma berani bila ramai ramai, terus membatalkan niat mereka.

Tambahan lagi, seorang kawan penulis berbangsa India Muslim juga menjadi mangsa perkauman sewaktu PLKN dulu. Yang nak memukulnya pun kawan kawan satu kompeni PLKN sendiri juga. Namun dijawab tenang kawan India Muslim tadi dengan kata kata 'Kau nak pukul aku? Satu hari kau datang tempat aku nanti, jangan mimpi nak keluar'. Terus dibatalkan sesi pukul memukul. Penulis lost contact terus dengan kawan India Muslim ini tadi seusai PLKN kami di Kem Legenda Gunung Ledang dan UIAM Gombak (2004/Panggilan II/Kompeni Charlie).

Jadi berbalik pada cerita Bang I tadi.

Mereka semua seusai sesi prep dan makan tengah malam, pastinya akan meluangkan masa sejam dua sebelum tidur untuk berbual bersama kawan kawan atau membuat aktiviti aktiviti pelbagai.

Bang I sebelum tidur masih terasa lapar lagi. Waktu makan tengah malam tadi sudah mengunyah biskut. Namun perut mahukan sesuatu yang lebih berat lagi. Maka dibuka almari dan dibancuh dengan air termos panas paket 3 dalam 1 beberapa keping. Sehingga berkeadaan separa pepejal dan cair. Bolehlah buat alas perut. Bukan senang dan adalah 1 cabaran pula kalau nak panjat pagar keluar untuk membeli pizza diluar asrama. Yang penting apa ada depan mata, sapu....

Perut yang kenyang adalah resepi terbaik meletihkan kelopak mata. Maka tertidurlah Bang I kemudian.

Dalam beberapa jam kemudian. Bang I terjaga daripada tidurnya. Pundinya terasa mahu membuang.

Dalam keadaan terpisat pisat antara mahu ke tandas dan menyambung tidur, lebih kuat perasaan tidur itu. Tapi pundinya pula terasa pedih pedih. Beliau duduk diatas katil sambil kaki menjulur ditepi.

Terasa pergelangan kedua dua kaki dipegang sesuatu. Di intai ke bawah, sepasang tangan hitam memegang kemas sendi kaki.

Bang I membiarkan saja. Tangan hitam itu kemudian hilang sendiri.



p/s-Penulis percaya yang Bang I ini memang berani orangnya. Sewaktu dikampung beliau selamba saja keluar rumah tengah tengah malam berseorangan dan banyak lagi kerja gila gila dilakukan beliau dulu. Sekarang Bang I bahagia bersama keluarga beliau di daerah kami.




Tiada ulasan: