'Esok nak sekolah, pergi tidur' arah Ayahnya. Emaknya pula telah menguap nguap bertutup mulut. Dan si anaknya menutup buku dibaca.
Kawasan taman perumahan mereka masih muda. Keluarga mereka 3 beranak antara 2 keluarga terawal masuk berpindah. Itupun jarak hampir 8 buah rumah.
Ayahnya seorang guru dan Emaknya juga seorang pendidik, pensyarah maktab.
Anaknya bersalam dan mengucapkan selamat malam pada Ayahnya dan Emaknya.
Tahun 70 an. Kawasan perumahan mereka dibangunkan berhampiran kawasan hutan berbukit dan sebelah bukit masih ada perkampungan Melayu. Jadi si anak berkawan dengan anak anak kampung sebelah bukit.Tidaklah sunyi sangat. Sekarang taman perumahan mereka telah ada 10 keluarga semuanya.Itupun rumah masih jauh jauh lagi.Paling dekat yang jarak 8 buah rumah tadi.
Waktu malam memang sangat sangat sunyi.Tapi tak begitu menakutkan kerana motokar peronda rajin masuk ke dalam.Dan mereka juga sudah kenal kenal dengan peronda.
Didalam bilik, si anak tidak terus tidur.Dibuka tingkap kaca biliknya yang berada di aras lantai, sesuai rumah aras lantai tiada tingkat atas.
Si anak melihat kegelapan yang lebih menguasai luar berbanding lampu kuning tiang jalan.Tiada apa apa.Dilihat bintang bertaburan di dada langit.Indah.
Dilihat langit,kelihatan awan kelabu hitam hitam.Direnung.
Dilihat rumah rumah kosong dikiri kanan.Pembelinya sudah ada cuma ramai yang masih tidak berpindah lagi.Entahlah.
Diperhatikan pokok pokok yang ditanam Majlis Perbandaran.Rendang rendang.
Dilihat kereta ayahnya diluar.Mazda.
Dilihat kereta ibunya.Datsun.
Dilihat langit.Beberapa saat kemudian ditutup tingkap.
Menoleh ke katil dibelakang.Dilihat susuk putih berdiri tegak diatasnya.
Hitam saja bahagian muka susuk putih.
Anaknya menjerit memanggil Ayahnya Emaknya.
Hilang susuk putih.Sekelip mata.Terperanjat. agaknya.Jika tidak masakan sekelip mata hilang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan