Tuan/Puan Raven,
Izinkan saya bercerita sebuah kisah.
Saya secara peribadi tidak mengenali anak muda bernama William Raven ini. Namun saya sangat percaya yang beliau tidak sesekali sanggup melihat negaranya dicabul oleh kuasa asing dan sanggup ke depan dimedan perang demi mempertahankan tanah Amerika tercinta.
6hb Julai 1941, Pantai Normandy.
Pasukan askar yang diturunkan melalui jalan laut dengan kraft, dan para pejuang yang berani samada sedang berdoa atau menanti kejayaan operasi mereka ini, menewaskan trup Jerman dibawah iblis-Adolf Hitler. Dan William Raven berada dalam salah satu kraft itu.
Saya difahamkan sewaktu menghampiri Pantai Normandy itu, ditambah dengan senarai nombor pejuang yang gugur membela Amerika dan demokrasi, anak anak muda yang berani ini telah dibedil tentera Jerman. Ada yang gugur dan ada yang masih bersemangat menentang habis habisan keparat Nazi itu.
Saat kraft mendekati pantai, pintu kraft terbuka dan para askar bergegas keluar. Kompeni yang disertai William Raven,menghadapi kesukaran kerana hujan peluru daripada si anak haram Nazi. Dan disini sesuatu yang menarik terjadi.
William Raven, yang kita banggakan dan rayakan, menyerbu ke depan dengan sangat berani. Beliau menggunakan segala kemahiran diperoleh sewaktu latihan askarnya, dan Ya Tuhan, beliau sangat sangat pantas bertindak. Serangan peluru dan bom bagai telah diteka oleh beliau arah sasaran dan kawasan ledakan, semua dapat dilepasi beliau dengan mudah.
Kompeni beliau mengikuti beliau daripada belakang, sambil cuba menentang serangan peluru dan pada masa yang sama memberi perlindungan pada William yang semakin jauh ke depan, menuju kubu musuh diatas bukit, tempat sarang mesingan.
Hujan peluru dan ledakkan mortar menggila dan tentera kita pada waktu itu memerlukan anggota yang benar benar berani dan sanggup mati untuk menghentikan serangan tak putus putus itu.William Raven, Tuan dan Puan, menyahut cabaran itu. Dengan penuh berani beliau berjaya menghampiri kawasan sarang mesingan diatas bukit yang menghadap Pantai Normandy, memasukkan bom ke tingkap sarang mesingan.Berjaya.
Langkah ini kemudian diikuti oleh para tentera kita yang lain yang ikut bermotivasi.
Dan disinilah ketakjuban dan pertanyaan muncul, kemudiannya.
Setelah tentera kita berjaya mengawal keadaan, tumpuan penuh mula diberikan kepada tentera kita yang tercedera dan terkorban.
Dan kita tahu,setelah beberapa lama seusai perang, William Raven termasuk dalam K.I.A (killed in action/mati dalam pertempuran). Kita kehilangan seorang wira negara.
Maaf jika saya gagal menyusun kata kata disini, namun menurut kompeni William Raven, beliau telah ditembak peluru sesat pihak Jerman, semasa berada di dalam kraft lagi, yang masih bergerak menuju ke pantai. William maut semasa diatas kraft. Dan tidak disedari kompeni beliau kerana waktu darurat begitu. Jasad beliau cuma dikesan selepas pertempuran selesai.
Persoalannya, siapakah 'William Raven' yang berani bergerak ke barisan depan menuju ke sarang mesingan yang menggila itu?
Saya percaya, semangat cintakan negara William Raven untuk melihat ibu pertiwi kekal merdeka, akan kekal selamanya.
Terima kasih.
Jeneral 5 Bintang.
p/s- diubahsuai daripada sebuah cerita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan