Sabtu, 20 April 2013

02

Tahun 2002. Lokasi SMTBP.Waktu antara 6 setengah petang hingga 7 petang.

Pada waktu itu penulis masih dalam tingkatan 4 Kejuruteraan Awam 2. Spesifik masa ialah cuti akhir tahun. Penulis menunggu keluarga penulis dstang mengambil kerana isu logistik. Kawan kawan asrama telah pulang berjam jam sebelumnya.

Remang remang kuning telah mengambil tempat, penulis masih menunggu dibawah kawasan anak tangga yang berbukit menuju ke surau asrama.

Terasa tiba tiba ada seseorang turun perlahan lahan daripada kawasan atas bukit. Menuju ke tempat penulis menunggu. Perlahan saja langkahnya.

Terasa mahu menoleh kebelakang. Terfikir juga meneka neka siapa pula yang masih tidak keluar daripada asrama lagi. Penulis memang pasti penulis saja yang masih ada dalam perkarangan asrama.

Kedengaran lagi bunyi seseorang tadi.

Cantik cantik keluarga penulis sampai.  Sambil sambil memasukkan barang ke dalam kereta sambil sambil mencuri lihat siapa gerangan.

Tiada.

Ahad, 14 April 2013

Dalam pembinaan

'Pak, kok dulu disini ada pernah berbunuhan?' tanya seorang buruh membina jalan pada penyelia beliau. Lokasi ditempat penulis.

'Kenapa?' malas saja jawab penyelia tadi.

'Malam tadi saya mimpi seorang Cina naik basikal dengan anaknya' ditambah isi perbualan.

'Mimpi?' senyum saja penyelianya.

p/s-menurut cerita orang orang lama, satu kawasan dikampung penulis pernah dudlunya wujud kampung Cina. Dalam satu malam satu ketika, satu kampung tadi diserang Komunis. Arwah Datuk penulis yang bergegas bersama orang orang Melayu lain, bercerita waktu masuk kesebuah rumah dikampung Cina tadi, tenggelam separuh betis dalam darah.

Sabtu, 6 April 2013

Heh

Penuls dan Ayah penulis dalam masa beberapa minggu ini sering berulang alik ke kampung di Parit Kasim Pontian untuk menguruskan pembinaan rumah kucing. Siang tadinya kucing kucing telah dihantar ke kampung.

Malamnya kami datang lagi ke kampung, jam 9 setengah, sambil membawa makanan kering untuk supper kucing kucing kami. Waktu sampai kami lihat jumlah kucing telah bertambah, kepunyaan saudara sekampung yang mana kami telah berbincang untuk sama sama menguruskan kebajikan kucing kucing kami dan mereka.

Rumah kucing kami uruskan bina kemudian saudara tadi akan menguruskan makan minum dan kebersihan kucing kucing disamping kami akan memberi bekalan ikan untuk direbus gaul dengan nasi. Menu harian si kucing kucing kampung.

Jadi dalam kegelapan malam, ditemani lampu suluh 3 bateri dan pancaran lemah cahaya lampu daripada rumah saudara tadi, saya dan Ayah memberikan kucing kucing makan.

'Heh'

Saya terdengar tiba tiba heh tadi. Ditoleh ke belakang hanya kegelapan saja. Daun daun pokok bergoyang goyang ditolak angin.

Saya merenung ke arah yang saya tahu sumber bunyi tadi. Menunggu nunggu. Ayah menegur saya dan kami menyambung kembali memberi kucing kucing makan.

Saya kemudian kembali merenung ke arah sumber bunyi tadi. Gelap saja sambil angin bertiup kencang.

Hinggalah kami pulang, saya masih menunggu sumber bunyi heh tadi. Tiada apa apa.

Heh.