'Leh oiii pergi kerja ke?' laung Ateh Daim kepada Saleh. Mereka berjiran telah lebih 20 tahun. Rumah sebelah menyebelah. Jarak 2 orang lalu.
Kawasan kampung mereka berhampiran dengan Pekan Jorak Lama. Tanaman sawit adalah komoditi utama selain getah, ladang kopi, jagung dan tebu.
'Iye Bang, nak ke mana lagi pagi pagi ni? Nak ke rumah isteri muda yang tua tu pun tak terjaga saya. HAHAHAHAHAHAHA!!!!!' gelak mereka berdua kuat. Isteri Saleh bekerja shift malam, jam 8 setengah nanti baru pulang.
'Kalau teringin sangat beritahu aku. Aku ada calon untuk kamu.' tambah lagi Ateh Daim.
'Siapa Bang? Nek Meli ke? HAHAHAHAHAHA' gelak lagi mereka berdua.
'Ishhh. Besar sangat ketawanya. Saleh jangan layan Abang Ateh kamu ni. Cepat pergi kerja' pintas tiba tiba isteri Ateh Daim, Mak Rani.
'Hahaha. Abang Ateh tu nak bernikah lagi tu Kak Rani, dia malu malu.' gurau kasar Saleh.
'Biarlah dia kahwin. Dengan kencing manisnya tu. Biar dia. Tengok berapa ramai dia nak nikah.' balas Mak Rani.
'Alaa Awak ni, saya cuma ada seorang permaisuri. Indah nian istana bunian. Lemah lembut. Awaklah tu' kata Ateh Daim tersenyum. Tersenyum Mak Rani.
'Hahaha' gelak Saleh sambil menaiki motor buruknya. Kawasaki Kips. Mereka berdua bergurau lagi sebelum Saleh bergerak ke tempat kerja.
3 HARI KEMUDIAN.
'Ke mana Abang Ateh dengan Kak Rani pergi ye sayang?' tanya Saleh pada isterinya suatu pagi.
'Kereta Bang Ateh pun tak ada Bang, biasanya mereka ada beritahu kalau ke mana mana. Mungkin ada kecemasan dirumah saudara mereka di Melaka?Entahlah.' balas isteri Saleh.
MALAM ITU.
Saleh diluar rumah membetulkan fork motor beliau. Minyak fork tak payah cerita. Bertahun kering. Fork keras kejung. Sekadar diketuk ketuk biar lurus sikit. Kemudian setting tayar. Akhir sekali lap batang fork, dan rim lidi.
Dijeling ke rumah Abang Ateh. Terbuka tiba tiba tingkap kaca rumah Abang Ateh.Ateh Daim dibalik tingkap kaca.
'Eh Bang, bila balik? Kereta pun tak ada?Kenapa bergelap aja dalam rumah?' tanya Saleh bingkas bangun mahu menuju ke rumah Ateh Daim.
Tup. Ditutup tingkap kaca.
Saleh tergamam. Bertanya dalam hati- apa kena orang tua ni?
Esok pagi.
Ateh Daim dan Mak Rani pulang. Saleh bertanya ke mana mereka pergi? Mereka berdua berjalan ke Muar. Singgah dirumah saudara mara kerana ada kenduri.
Dikatanya juga Saleh yang semalam beliau ternampak Ateh Daim membuka tingkap kaca melihat lihat luar.
Tergelak besar Ateh Daim dan Mak Rani mengatakan Saleh menipu. HAHAHAHAHAHA.
Mereka dah lama berjiran. Bergurau memang kasar sikit.
Saleh terasa seram. Siapa dilihatnya malam tadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan