Cerita ini diceritakan seorang kawan perempuan penulis. Beliau bersama penulis semasa ijazah muda dan Sarjana di Universiti Super Malaysia dahulu. Sekarang bertugas sebagai Jurukur Bahan disebuah syarikat dikuasai Ah Beng dan Ah So yang paranoid dengan agama rasmi Malaysia di Penang.
Beliau kita panggil 'Alice'.
Ini berlaku semasa ijazah muda. Semakin tinggi tingkatan pelajaran diuniversiti maka semakin kurang kelas yang perlu kita ambil dan lulus subjeknya. jadi memandangkan ini masih dalam peringkat ijazah muda, makanya banyaklah kelas sekaligus tugasan. Untuk menyiapkan tugasan pelajar pelajar universiti paling gemar membuat kerja sehingga pagi.
Alice tinggal di desa asrama RTS di Bukit Gambir. Bersama seorang lagi kawan sekursus, Mek Yana. Adalah satu masa mereka kawan sekursus perlu menyiapkan tugasan berkaitan pembikinan laman web. Tidaklah pasti apa yang menyukarkan tugasan dalam membina laman web tersebut. Tetapi Alice dan kawan kawan bekerja sehingga jam 5 pagi.
Alice membuat tugasan tersebut di bilik rakan kursus beliau didesa asrama Aman Ramai. Sedang mata semakin kuyu menyiapkan tugasan, telefon Alice berbunyi. Mek Yana menelefon.
Menangis-nangis Mek Yana waktu bercakap dengan Alice, meminta beliau pulang ke bilik segera. Sekarang juga. Alice kelam kabut kerana bimbang sesuatu terjadi pada Mek Yana. Maka ditinggal pesan pada rakan tadi untuk balik segera. Berjalan kakilah Alice hampir 800 meter untuk balik ke RTS.
Sesampai dibilik, dilihat lampu terang benderang termasuk lampu meja belajar semua dibuka. Mek Yana menangis-nangis diatas katil. Alice kelam kabut kerana panik, takut rakan beliau diapa-apakan orang.
Dalam sendu sedan,Mek Yana bercerita semasa ketiadaan Alice tadi, pintu bilik mereka diketuk orang. Memikirkan itu Alice, maka Mek Yana membiarkan saja kerana tahu Alice membawa kunci pintu bersama.
Ketukan bertambah tambah bila Mek Yana membiarkan. Berasa hairan, lantas Mek Yana membuka pintu. Tiada sesiapa. Dilihat bilik bilik pelajar lain telah gelap. Siapa yang mengetuk?
Mek Yana yang ketakutan terus menelefon Alice.
Alice selepas mendengar cerita tersebut menenangkan Mek Yana.Malam itu mereka berdua tidak tidur sampai ke pagi. Alice membaca Al Quran buat menenangkan diri. Takut juga walau dalam hati kecil berkata ada orang yang ketuk.
Suatu masa kemudian, Mek Yana balik ke Kelantan. Tinggal lah Alice seorang.
Dan malam itu pintu diketuk.
Alice yang berasa was was melihat dicelah pintu, tiada sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan