Tahun 1930 an
Di Kampung XXXXX XXXXXXXX,diadakan kenduri sempena pertunangan sepasang kekasih dan majlis kesyukuran diatas berjayanya si lelaki menyambung pengajian di negeri orang putih.Perempuannya bernama 'Radhiah' dan lelaki 'Khalid'.Keluarga 'Radhiah' memang berasal dari kampung tersebut dan keluarga 'Khalid' berasal dari daerah XXXX.Kenduri yang sungguh meriah.Sepadan sungguh lelaki perempuannya.'Radhiah' yang putih melepak dan cantik jelita keturunan Arab yang kaya raya,dan 'Khalid' lelaki yang bijak dan bersopan berasal daripada sebuah keluarga bangsawan.
Beberapa tahun kemudian
Pertunangan kedua-keduanya putus kerana 'Khalid' terbunuh dalam kebakaran di rumah sewanya.Apa nak dikata....
'Radhiah' kemudiannya dikatakan membunuh diri kerana dipaksa keluarganya mengahwini lelaki lain.
Tahun 2005
Sekumpulan siswa siswi berjalan-jalan ke negeri XXXXX.Ketika melalui satu jalan tanah merah yang sunyi,tayar bahagian belakang dibelah kiri van pancit.Pemilik van dan lagi seorang kawan mengambil keputusan mencari bantuan.3 orang lagi termasuk 2 perempuan akan menunggu didalam van.
Sebaik bantuan sampai setelah hampir 3 jam,rakan-rakannya tadi kembali bersama seorang Cina kedai tayar.Rupanya salah seorang kawan perempuan telah kerasukan dan dihalang daripada melarikan diri kedalam belukar berhampiran.
Melihatkan keadaan yang mendesak ditambah malam semakin larut,pemilik van pun menemani kawan yang kerasukan tadi,dibantu kawan perempuan yang seorang lagi membawanya ke hospital menumpang kenderaan Cina tayar.
Keesokan harinya van yang siap diganti tayar menuju ke hospital.Setelah semua berkumpul dan mengelilingi katil rakan perempuan yang kerasukan itu,dia dalam keadaan hampir segar menceritakan keadaan semasa dirinya dirasuk;
Setelah setengah jam menunggu sebaik pemergian kawan-kawannya mendapatkan bantuan,kawan perempuan ini terasa sesuatu memandangnya dibalik belukar.Setelah itu segala-galanya menjadi kabur sebelum pemandangannya gelap.Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia terasa berada dalam 1 kenduri yang meriah.
Dia nampak satu pasang lelaki dan perempuan yang berpakaian cantik duduk berdua ditengah-tengah orang ramai yang bergelak ketawa dan saling puji memuji.Kemudian dijamu hidangan yang enak-enak.Pasangan yang dilihatnya itu sangat sepadan.Perempuannya putih melepak dan berwajah Arab,dan lelaki bermuka bersih dan kelihatan seperti orang bijak.
Kemudian pemandangannya menjadi gelap.
Dia kemudian melihat pula satu kawasan tanah perkuburan.Kelihatan ramai orang bermuka muram.Kaum perempuan menangis-nangis.Sedar-sedar kawan perempuan ini telah keseorangan ditanah perkuburan tersebut.Dalam keadaan sunyi sepi itu dia terdengar suara halus bersyair
'Hancur harapan ikatan menghilang,
Kanda pergi Dinda kesepian,
Sanak saudara mencari gantian,
Cinta Dinda tetap takkan hilang
Kanda nantikan Dinda kan datang
Hilanglah nyawa,hilanglah duka'
Kemudian datang seorang perempuan jelita berpakaian putih.Kawan perempuan tadi teringat inilah dia perempuan yang bertunang tersebut.Sambil memandang sayu perempuan tersebut menceritakan kisah hidupnya.Diterangkan namanya dan nama arwah tunangannya,bagaimana cinta mereka berakhir dengan menyayat hati dan apa yang dilakukannya setelah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai.
Kawan-kawan yang lain berasa seram sejuk sehabis kawan perempuan ini bercerita.
Pemilik van adalah jiran sebelah bilik penulis di Universiti Super Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan