Jumaat, 15 Julai 2011

#58-Tasik

Sebuah tasik ditepi taman perumahan.Asalnya kawasan lombong tinggal.Sekarang tiada lagi tasik kerana telah ditambak untuk projek perumahan.Tapi apa yang penulis masih ingat cerita berkaitannya ialah:

1-Suatu petang Pak Deen memancing menggunakan sampan ditengah tasik.Suasana sunyi tapi tenang.Air tasik berwarna biru gelap.Kadang-kadang toman menghambur kepermukaan.Pak Deen jadi geram.Dibaling mata kail ketempat toman bermain.

Mata Pak Deen memerhatikan keliling tasik.Bunyi air berkocak.Pandangannya terpaku tatkala menoleh dibelakang.Dibuang perlahan-lahan batang kailnya dengan cara memasukkan kedalam air.Dicapai pengayuh sampan dan berdayung ketepi.Sampai ketebing terus melompat naik.Pak Deen bersyukur dalam kemengahan berlari.Mujurlah ternampak cepat.

Seekor buaya besar memerhatikan Pak Deen.Buaya muncul dekat 15 kaki daripada belakang bunyikan sampan Pak Deen,menunjukkan luasnya rahang bersusun gigi berceracak.Tasik ini adalah dulu tanah lombong korek,bersambung dengan parit-parit yang seluas 5 kaki,maka mana datang buaya besar tiba-tiba timbul ditengah tasik?Kata orang penunggu tasik.

2-Tasik terpisah kepada 2,ditengah ada satu tebing yang selalu dijadikan tempat memancing dan bermandi-manda untuk anak-anak taman dan kampung berhampiran.Disebelah kanan,sebahagian tasik yang lebih luas dan dalam ketengah,sebahagian lagi separuh keluasan bahagian tasik disebelah tadi,kedalamannya boleh menenggelamkan rumah 4 tingkat.

Suatu malam,Jo'a dan kawan-kawannya pulang dari masjid selepas kenduri Maulud Nabi.Mereka bercadang memancing.Maka dikumpulkan beberapa orang kawan lagi dan bersiap dengan kelengkapan memancing.Mereka nak memancing toman malam tu.

Mereka memilih kawasan bahagian tasik yang kecil sedikit.Dibaling umpan dan kemudian sesuai dengan status anak sekolahan,mereka berkongsi rokok.Nak beli sekotak seorang tak mampu.

Ditengah-tengah air,keluar beberapa cahaya berwarna hijau.Mereka sekadar memerhatikan.Cahaya hijau membesar menjadi sebesar bola.Menerangi kawasan tengah bahagian tasik tersebut.

Tatkala sedang membesar lagi,seorang daripada anak-anak tersebut membaling batu ke salah satu cahaya tersebut.Jo'a dan kawan-kawannya bertempiaran lari apabila kedengaran suara 'OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII' sebaik saja batu mengenai cahaya hijau tersebut.

Kadang-kadang dibahagian tasik yang lebih kecil itu,terdengar bunyi orang berkompang.

Sekarang setelah hampir 7,8 tahun ditambak tasik tersebut,masih tiada lagi berjalan apa-apa projek perumahan diatasnya.Wallahualam.

p/s-banyak sangat cerita hantu ni,tetap Allah juga yang lebih berkuasa daripada mahkluk Nya.

Tiada ulasan: