Jumaat, 15 Julai 2011

#67-Senyum

Fadhilah baru pulang dari tempat kerjanya.Tinggal berseorangan di rumah teres yang dibelinya.Lot tepi.Taman perumahan baru.Umur sudah mencecah 36 tahun.Masih berseorangan.Mempunyai karier yang kukuh sebagai penolong kanan di sebuah sekolah swasta.Kereta juga dah habis 'installment'.Makan pakai cukup.Tapi tiada bersuami lagi.Ibu Ayah sudah tiada.Saudara juga tak berapa ramai,adik beradik cuma Fadhilah dan seorang lagi adik perempuannya. Maka hidupnya agak kesepian.

Terasa petang hari tersebut agak berlainan. Langit berwarna oren merah.Cuaca redup berbalam. Fadhilah tak fikir apa-apa kerana kepenatan,tambahan pula ada kerja yang perlu disiapkannya malam ini.Agak tertekan.

Malam itu,selepas beralas perut dengan tempura,Fadhilah menonton TV dibiliknya.Siaran ASTRO membosankan dengan ulangan siaran.Lalu dibukanya DVD player.Menonton Inglourious Basterd.Brad Pitt buah hatinya.

Pluppp

Elektrik terputus.Fadhilah beristighfar.Terperanjat.Diambil hansetnya dan dibuka function 'light' buat menyuluh suis utama.Memang bekalan elektrik terputus,bukan sebab macam istilah kampung-'suis tendang'.

Dalam kegelapan,Fadhilah terdengar suara kanak-kanak ketawa.Meremang tiba-tiba rasanya.Suara seperti sangat hampir dengannya.Lalu dibuka tingkap bilik dengan harapan ada sumber cahaya bulan menyuluh.

Fadhilah perlahan-lahan keluar ke ruang tamu.Kali ini suara kanak-kanak tersebut seperti menegurnya.

'Pergi mana?Adik nak ikut'

Fadhilah membaca ayat Qursi.Disapu-sapu tengkuknya kerana roma menaik tiba-tiba.Fadhilah berlari ke pintu depan.Dipulas tombol pintu dan dibuka,gril depan pula terkunci dan kunci ada dibilik..........Fadhilah jadi macam nak menangis disitu juga.

Diberanikan hatinya mengambil kunci.Berdenyut-denyut degup jantungnya.

'Cari apa tu?'

Fadhilah menjerit.Terperanjat dan ketakutan.Semua bulu romanya meremang naik.

Tak peduli lagi,Fadhilah berlari kedalam bilik,secepat kilat meraba kuncinya. Kemudian berlari keruang tamu menuju pintu.

Pluppp.Lampu ruang tamu dan bilik hidup semula.TV juga kembali bersiaran.Terdengar suara iklan.Terhenti langkahnya.

Fadhilah lihat didepan pintu yang terbuka,dibalik gril.

Seorang kanak-kanak perempuan berpakaian gaun separas lutut tersenyum dan melambai-lambai.Kemudian hilang sekelip mata.


p/s-Fadhilah sekarang bertukar kerjaya sebagai jurujual barang-brang MLM.

Tiada ulasan: