Jumaat, 15 Julai 2011

#60-Pelesit

Antara kenangan waktu penulis kecil-kecil dulu ialah koleksi cerita-cerita hantu yang diceritakan ibu saudara penulis,Mak Long Tik.Antara yang penulis ingin kongsi disini ialah tentang hantu pelesit.Pelesit berupa jelmaan wanita tua kerepot dan gemar berupa belalang hijau.Silakan terus membaca;

1.Menurut Mak Long Tik,waktu beliau kecil-kecil dulu dan arwah Nenek masih ada,pernah suatu malam beliau dan adik-beradiknya yang lain menangkap seekor belalang berwarna hijau.Nenek kemudian cuba-cuba bergurau dengan mengatakan belalang yang ditangkap itu pelesit.

Kalau tak percaya cuba patahkan leher dengan badan belalang itu,kalau keluar benda-benda macam butir nasi,benang merah atau rambut,sah lah itu pelesit.Maka Mak Long Tik adik-beradik terpegun sekejap,lalu dicuba.Dipatahkan kepala belalang tersebut.

Keluar butir nasi.Menjerit mereka satu rumah.

Nenek cepat-cepat menyambar belalang tersebut,dicampak bahagian kepala ke luar rumah disebelah lain,dan bahagian badan disebelah lain.Dengan ini diyakini pelesit tersebut tak dapat menyambungkan kepala dan badannya.

2.Dirumah penulis,adik perempuan penulis tidur berseorangan dibilik paling depan.Dulunya bilik ini digunakan Ibu dan Ayah penulis.Penulis dapati dalam rumah kami cuma bilik itu saja yang agak gelap kerana rekabentuknya dibina dalam ruang yang dekat dengan garaj kereta.Maka sinar matahari sukar masuk berbanding 2 bilik lain.

Berbalik pada adik penulis tadi.Dia sejak sekolah rendah lagi sudah tidur berseorangan dalam bilik tersebut.Suatu hari adik mengadu tangan dan kakinya lebam-lebam.Pada mulanya kami tidak menyangkakan apa-apa.

Namun lebam-lebam itu berulang-ulang lagi.Kami mula terasa pelik.Lalu Ayah menggantungkan ayat-ayat suci ditingkap dan menutup ruang luabang udara.Hingga kini jarang-jarang berlaku lagi lebam-lebam dikaki dan tangan adik.Tau apa bendanya yang buat angkara?Mungkin pelesit

Tiada ulasan: