Ahad, 10 Julai 2011

#30-Penyerupaan

1-Sabtu baru sampai kebengkel keretanya pada suatu pagi.Selalunya bila sampai 3 pekerjanya sudah membuka ruang bengkel untuk operasi.3 pekerjanya itu biasa tidur dibengkel saja kerana menyiapkan kereta pelanggan.

Hairannya pagi ini bengkelnya senyap saja.Lampu digaraj besar pun tidak ditutup.Berasa sesuatu yang pelik,Sabtu menelefon seorang pekerjanya.Diberitahu malam tadi 'Sabtu' datang kebengkel,tiba-tiba saja muncul sewaktu pekerjanya sedang membetulkan sebuah kereta Mercedes lama milik tauke Cina jual balak.'Sabtu' dilihat berada dalam keadaan serupa orang yang tidak berperasaan.Senyap dan mata tidak berkelip.

Pekerja-pekerja tersebut tidak pula merasakan sesuatu yang pelik.Namun,bila 'Sabtu' mula terapung-apung,keadaan mula menjadi kacau.Seorang pekerja memberanikan diri menutup gril garaj sebelum semuanya bertaburan lari.

2-Pak Kob menumpang menjual roti canai di kedai Ah Goh.Suatu malam Ah Goh berasa hairan kerana Pak Kob tidak datang-datang.Padahal pelanggannya ramai datang kekedai kerana keenakkan roti canai Pak Kob.

Tengah malam menjelang,Ah Goh lihat Pak Kob baru sampai,bila ditanya cuma dijawab dengan nada mendehem saja.Memandangkan telah tengah malam,Ah Goh menyuruh Pak Kob pulang.Pagi esok baru diketahuinya Pak Kob mati kemalangan petangnya dilanggar kereta di Pekan.

3-Rohani baru pulang ke asramanya.Dilihat Sarah,teman sebiliknya berada dalam bilik prep tadi semasa melalui kawasan depan blok.Dikeluarkannya barang-barangnya,kemudian dia membuka tupperware lauk pauk yang dibawanya bersama dari kampung.Belum sempat melaung memanggil Sarah,terpacul sudah didepan pintu.Rohani pun mempelawa makan bersama.

Enak makan bersama,terdengar seorang rakan lain memanggil namanya.Rohani pun keluar sebentar dari bilik dengan niat memanggil kawan yang melaung itu makan bersama.Tiada siapa.Masuk kebilik,Sarah juga sudah tiada.Hairan,takkan tak sampai 10 saat sudah hilang.

Menjelang maghrib,Rohani ke surau berseorangan.Dilihat bilik-bilik lain masih gelap tanda penghuninya belum pulang.Mencari juga dia kelibat Sarah dan kawan-kawan lain,tiada.Di surau 2 orang senior menanti makmum lain.Rohani bertanya jika ternampak Sarah.

Malam itu Rohani tidur dibilik 2 senior tersebut.Sarah rupanya masih belum pulang lagi ke asrama dari kampung.

Tiada ulasan: