1-Batu kuburnya berbuih-buih
'Kalau aku mati tanam aku dalam 'long' pesan Su Mah Hwa. Saudara-maranya memujuk-mujuk dia agar kembali semula pada Islam.Tinggalkan rumah milik mendiang suaminya dan tinggal di rumah saudara-mara yang dia mahu.Namun segala pujukan pada Su Mah Hwa tidak berbekas kerana ingatan pada mendiang suami terlalu mendalam.
'Macam mana aku nak masuk Islam balik?aku dah lama macam ni.Kalau aku mati tanam aku dalam 'long' sebelah kubur suami aku'bantahnya.Hinggalah ajal menjemput tetaplah Su Mah Hwa dalam kekafiran.Setelah ditimbang tara,pihak berkuasa dan saudara maranya menyerahkan jenazahnya pada pihak Tokong.
Suatu masa tidak lama setelah usai pengebumian Su Mah Hwa mengikut upacara agama pihak Tokong,pecahlah satu cerita.Keluar buih-buih menggelegak dari rekahan batu kubur Su Mah Hwa.Disaksikan oleh pihak pengurusan jirat.Orang-orang Melayu Islam beristighfar mendengar perkhabaran yang dibawa ini.
p/s-secara mudah 'long' umpama liang lahad tapi di jirat Cina.
2-Roh takkan tenteram
Kak Su pulang ke Selatan Thai mengikut keluarganya.Menziarahi jenazah sepupunya yang mati kemalangan sewaktu belajar di luar negara.
Sepanjang pengurusan jenazah hinggalah ditanam di pemakaman Islam tiada apa-apa yang pelik.
Menjelang malam hari tersebut,setelah selesai kenduri arwah,jelmaan si mati muncul.Bertempiaran semua yang datang.Keluarga Kak Su bertahan dalam rumah.Jelmaan si mati berbungkus umpama pocong.Kemudian menghilang.
Keluarga Kak Su bergegas ke kubur.Didapati kubur sepupu itu berlubang sebesar talam.Jelmaan si mati terus pulang pada malam-malam seterusnya.
Keluarga sepupu Kak Su cuba mendapatkan bantuan orang-orang pandai.
Suatu masa datang satu kumpulan ke rumah keluarga sepupu Kak Su membawa berita.
Dikatakan sepupu tersebut semasa hidupnya telah keluar daripada Islam semasa menuntut di luar negara.Kumpulan tersebut mengetahui mengenai kematian sepupu Kak Su tersebut dan telah cuba mengesannya bagi dikebumikan mengikut upacara agama mereka.
Setelah dikeluarkan jenazah dari pemakaman Islam,lalu diserahkan pada kumpulan tersebut dan dikebumikan semula mengikut cara mereka,barulah jelmaan si mati tidak kembali lagi.
3.Berlaku pada zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.
Seorang sahabat yang dahulunya menulis wahyu-wahyu yang diturunkan pada Nabi Muhammad,pada suatu masa telah murtad memeluk agama Nasrani.
Bila ditanya apa sebab terkeluarnya dia daripada Islam,maka dijawabnya
'Muhammad tidak mengerti apa-apa yang ku tulis'.
Suatu masa si murtadin ini pun meninggal dunia.Maka dikebumikanlah mengikut cara anutan agama pilihannya itu.
Suatu pagi,diperkuburan agama Nasrani,kecoh suasana bila jenazah si murtadin ini seperti dipungkas keluar dari dalam kuburnya.Maka timbul fitnah mengatakan ia perbuatan angkara orang-orang Islam yang tidak berpuas hati dengan si murtadin ini.
Tapi kemudian dikuburkan semula.Pagi esoknya tetap jenazah si murtadin ini terkeluar dari dalam kuburnya.Maka ditanam semula dan fitnah yang kedengaran sebelumnya seperti benar.
Namun setelah berkali-kali kejadian sama berlaku walau setelah dilakukan kawalan dikawasan perkuburan Nasrani,maka timbullah kepelikan apa sebenarnya terjadi?
Setelah itu dibiarkan saja jenazah murtadin ini oleh rakan-rakan seagamanya.
Bila dibawa perkara ini kehadapan Baginda yang mulia Muhammad saw,Baginda mengatakan itulah balasan yang ditunjukkan Allah swt pada golongan murtad sejak didunia lagi.
moral-Ya Allah,janganlah matikan kami kecuali dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan