1.Sungai Pinggan di Pontian berasal namanya pada satu kejadian pada zaman dulu kala.Bila ada yang mahu mengadakan kenduri akan meletakkan tanda-tanda seperti bunga,bertih dan beberapa lagi barang lain.Tujuannya nak pinjam pinggan mangkuk daripada makhluk halus dikatakan bunian.Barangan tersebut akan muncul daripada dasar sungai.Mengapung.
Seperti biasa susu diberi air bateri dibalas,kerana janjinya ialah setiap set pinggan mangkuk mesti dipulangkan lengkap seperti keadaan waktu dipinjamkan,biar pecah sekalipun mesti diserahkan.Ada juga yang mahu saja-saja menyimpan buat tanda kenangan.Padahnya semua tinggal kenangan.Tiada lagi diberi pinjam.
2.Kejadian sesat atau hilang sering terjadi pada zaman dulu.Samada disorok makhluk halus atau dijadikan 'lauk'.Teruskan membaca cerita karut ini.
Pak Lah turun menjala udang bersama Kasan.Nak dijadikan cerita Kasan disambar buaya besar.Pak Lah tidak berputus asa.Dikejarnya buaya tersebut dengan menggunakan amalan airnya.Keliling mukanya dalam jarak 3 inci wujud lapis udara yang menghalang air menyentuh kulit muka.Bolehlah bernafas lama-lama dalam air.
Kejar mengejar sehinggalah Pak Lah terasa dirinya memasuki satu keadaan yang terasa lain sedikit.Berenanglah dia kepermukaan,dilihat buaya besar berubah menjadi manusia sedang Kasan menjadi......kambing?? Ya.Kambing.'Manusia' tersebut mengheret 'kambing' tersebut kedarat.Pak Lah membaca ayat suci sebagai perlindungan.
Mengikut jejak 'manusia'tersebut sampai pula Pak Lah kesatu perkampungan yang meriah suasananya.Rupa sedang diadakan rewang atau gotong royong memasak.'Kambing' dibawa tadi diheret ke beberapa orang lelaki,lalu disembelih.Pak Lah terkilan kerana gagal menghalang.Nak berlalu begitu saja,terasa berat dihati.Lalu disinggahnya kenduri tersebut.Dijamu oleh seorang gadis nasi lengkap dengan lauk pauk yang enak-enak.Tapi Pak Lah cuma memilih telur saja.Itu pun entah apa asalnya.
Pak Lah kemudian pergi kesungai dan menyelam semula mengikut arah bertentangan yang membawanya ke perkampungan tersebut.Selamat sampai di alam kita,Pak Lah pun pergi kerumah keluarga Kasan menyampaikan berita.
3.Penulis pernah satu malam dalam keadaan separuh sedar mengalami kejadian pelik.Waktu itu penulis sedang berbaring dalam bilik yang gelap,kemudian tiba-tiba kedua-dua tangan penulis bergerak secara spontan menangkap 'tangan' sesuatu.Yang berupa asap berbentuk manusia cuma sekadar sampai ke pinggang saja,bahagian bawah seperti ekor asap.Penulis bergelut dengan 'benda' tersebut dalam 2 minit.Benda tersebut bergerak-gerak keras untuk melepaskan diri.
Letih rasanya,penulis kemudian terlepas genggaman,dan 'benda' itu menyusup laju menembusi muka penulis.Terasa darah penuh naik ke kepala.Hampir 5 minit keadaan begitu,baru penulis keluar dari bilik.Sambung tidur diruang tamu.
4.Ibu saudara penulis pada suatu malam terjaga tiba-tiba.Dilihatnya sesuatu yang berupa asap bergerak-gerak diatas nya.Membentuk makhluk-makhluk pelik.Ada kala berupa tengkorak berkepak,adakala berbentuk rangka cicak,adakala muka orang tersenyum bertukar menjadi rangka manusia.Dibacakan ayat Qursi baru hilang.Apa itu sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan