Tok Eh banyak pengalaman orangnya.Beliau dulunya bertugas sebagai polis hutan.
Suatu masa.beliau dan 2 orang kawannya memasuki hutan atas sebab tugas.Mereka berjalan jauh ke dalam sambil menebas-nebas pokok-pokok kecil buat tanda jalan.Langit mendung gelap tanda akan hujan bila-bila.
Maka turunlah hujan kucing dan anjing.Mereka berebut-rebut mencari tempat teduh.Kelihatan satu batang balak yang besar didepan.Mampu memuatkan 3 orang sekaligus.Maka bayangkan betapa besarnya.Batang balak tersebut penuh dengan tumbuhan dan pokok-pokok kecil.Lurus sepanjang hampir 60 kaki gamaknya.
Tok Eh mencacakkan parangnya di atas lelangit mulut batang balak tersebut.Sambil menunggu hujan teduh,beliau berbual dengan kawan-kawannya.Terdapat seakan kayu-kayu tajam mengelilingi mulut batang balak tersebut.
Dirasakan ada cecair menitik-nitik dari atas mulut balak mengenai seluarnya.Keadaan agak gelap kerana hujan turun dengan sangat lebat.Cecair tesebut agak pekat berbanding air hujan dan berbau hanyir.Timbul hairan padanya.
Dirasakan batang balak tersebut bergegar.Mula-mula perlahan.Kemudian makin menjadi-jadi.Mereka bertiga terus meluru keluar.
Dilihat dengan mata sendiri,batang balak tersebut bergerak-gerak.Umpama gerakkan seekor ular.
Dengan semangat yang hampir hilang,mereka bertempiaran lari.Setelah keluar dari hutan,teringat beliau pada cecair yang menitik diseluarnya sebelum ini.Berwarna merah darah cecair itu membasahi sebelah kanan seluar beliau.
Esoknya terdapat laporan kawasan hutan yang mereka masuki semalam menjadi terang benderang seumpama padang bola.Pokok-pokok tumbang berselerakan.Dan terdapat jalur besar 6 pemeluk berbekas sepanjang tanah menuju ke sungai besar 9 batu dari tempat tersebut.
Tok Eh mengatakan mereka sebenarnya tumpang berteduh dalam mulut seekor ular raksaksa yang sedang bertapa.Mujurlah tidak dibaham tidak bersisa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan