Ahad, 10 Julai 2011

#27-Di kampung suatu masa dulu

Suatu malam dikampung penulis,Mak Long Tik yang sedang enak tidur terdengar ketukan dipintu.Terpisat-pisat Mak Long Tik bangun dan mengejutkan suaminya Pak Long(sekarang dah arwah).Tak terbangun Pak Long.Sedap berdengkur.Bengang rasanya Mak Long Tik.

Mujurlah Atuk terjaga sama,dan dibuka pintu depan.Mak Long Tik menjenguk sama.Diluar seorang lelaki bersama sebuah motor yang patah kepuk kiri kanan,pecah lampu depan.Tanda kemalangan.Lelaki tersebut mengaduh kesakitan.Dalam gaya bahasa Indonesia,'Tolong saya Pak,tolong Pak'.

Atuk kemudian meminta salah seorang anak Mak Long Tik pergi kerumah seorang keluarga terdekat kami yang mempunyai kenderaan.Lelaki tersebut kemudian dihantar ke hospital Bandar Pontian.

2 hari kemudian,waktu petang.Atuk terdengar bunyi hon motor dilaman rumah.Lelaki yang kemalangan dulu datang bersama isteri dan seorang anaknya.Kali ini boleh pula bercakap Melayu kita,fasih.

Rupa-rupanya lelaki tersebut tinggal di Jeram Batu.Memang orang Melayu kita.Diajak Atuk lelaki tersebut dan keluarganya masuk kedalam menikmati hidangan petang.

Rancak berborak.Lelaki tersebut sekadar luka ringan waktu kemalangan tersebut.Bila ditanya apa sebenarnya terjadi,maka keluarlah kisahnya....Begini;-

''....Sedang tenang menunggang dikawasan tanah merah dari Parit Masjid menuju ke Parit Selangor jauh kedepan,entah macam mana motor ditunggang hilang kawalan.Terjatuhlah beliau dan motornya tepat-tepat didepan pagar Kubur Dagang,antara kawasan paling keras di Pontian.

Pening kepala lelaki tersebut akibat kemalangan tersebut.Waktu cuba bangun,dilihatnya didepan pagar kubur sesosok lembaga hitam berbulu dan tinggi cecah 20 kaki memerhatikannya.

Lelaki tersebut jadi lemah kepala lutut,tak daya nak bangun.Lembaga hitam menghampirinya.Diangkat tangan kanan,menunjuk arah lurus jalan merah.Tanda menyuruh lelaki tersebut beredar segera.Tercegat berdiri menanti lelaki tersebut beredar.

Maka sedaya upaya lelaki yang berpeluh ketakutan dan kesakitan mengangkat motornya,ditolak laju sehinggalah sampai ke rumah keluarga penulis 2 km dari situ....''

Atuk mengangguk perlahan.

Tiada ulasan: