Ahad, 10 Julai 2011

#1-Bridge

‘’AbG cInTa AyAnG SgT2 tAw!! cAiR sGgH hAtI aBg nIe.GiLeRrRrR rIndU!!MuAaAHhH!!!’’ taip Sampik di wall Facebook marka (kekasih hati) beliau.

‘Weii, ang ni mengaji kat USM pun dok tulih lagu tu pasai pa? Sekolah ang dulu berapa tingkat? Jangan la mai bodo(h) pun bertingkat-tingkat. Tulih lek lok (elok-elok) la sikit. Tak penat ka sat dok taip sat urup(huruf) besak (besar) sat urup kecik tu?Nahaiiiii’ syarahan panjang si Tonjang dalam loghat utaranya pada Sampik.

‘Jang, moh main futsal malam ni? Di Seberang(Perai)’ ajak Meor Bae, rakan sebilik Sampik, sambil menyalakan rokok merah gambar kanser paru.

Mereka bertiga duduk melepak tengahari itu di desa Restu, Bukit Gambir, USM Penang, poskod 11800. Bilik 9-42.

‘Futsal aa? Jam berapa?’ balas Tonjang.

Sampik masih meneruskan aktivitinya di Facebook. “AbG KnA mArE(marah) La aYaNg, tPi aYaNg xlEh MaRe aBg’’ taip Sampik lagi di wall Facebook markanya. Geli betul.

‘10’ jawab Meor Bae membakar semula rokoknya yang terpadam. Dibuang dan dibakar batang yang baru.

‘Ha, bulih kut. Sapa lagi main?’ tanya Tonjang menguis-nguis kulit kepalanya yang terang.
‘Geng-geng kita la, Jeruy, Wann, Tajoi, Jama, Lauk, JB, Pacat,… ajak la Pakkui sekali. Ajak abang mike tu sama- Umar Abdullahi Bedou. ‘

‘BEK BEK BEK(pelat lidah untuk ayat ‘Back’) aja kalau orang lain bawak bola’ gelak Meor Bae kemudian mengenangkan Umar Bedou (pelajar warga Nigeria) yang becok mulutnya waktu bermain bola.

‘Ha, yalah, abang cinta Sampik. Kah kah kah kah’ gelak besar Tonjang.

Mereka bertiga kemudian bertolak ke Restoran Khalel. Berempat sebenarnya, seorang lagi Oud sudah menunggu di sana.

“AbG nK mAm (makan) La AyAnG, hUhUhUhU. nT kItA bOrAk,Nt AbG HapDet(update) sAt g K? MuAaAaHhH!!” taip Sampik melalui hanset Nokia skrin sentuhnya.

‘Weii, ang ni. Guna la Bahasa Melayu kita lek lok, tulih(tulis) kasi cantik sikit. Kita kena la menghargai bahasa kita, baru maju!!’ syarah Tonjang lagi pada Sampik.

‘La mana ada Bahasa Melayu lagi Jang oi, la ni Bahasa Malaysia. Tapi tu Cina semua tu semua guna English ja, depa nak hak sama rata, tapi bahasa kebangsaan tak nak pulak kasi fasih. Tang ni aku marah ni!!’ bantah Sampik.

‘Dah, dah. Awok nak pergi bayar’ balas Meor Bae sambil menyalakan rokok ke tiga sejak sampai ke Khalel. Oud pula membungkus nasi untuk makan di bilik.

Malam itu.

Usai bermain futsal, 2 kereta 3 motor mereka kawan-kawan turun bermain futsal dari USM ke Seberang Perai. Masa untuk balik, bagi meneruskan akitiviti lain selaku pelajar universiti.

‘WEII…ANGPA ADA TANG MANA?’ tanya Tonjang melalui teks mesej.

Senyap. Tidak berbalas mesej Tonjang.

‘Mana depa pi ni….Tak tunggu aku dok dalam tandas tadi….Apa punya kawan laaa’ keluh Tonjang.

Tittt tittt. Berbunyi mesej hanset Tonjang. Daripada Meor Bae.

‘ANG KAT MANA?BUAT APA DALAM TANDAS TADI?’ tanya Meor Bae dalam SMS nya.

‘ANGPA DA TANG MANA?AKU BUANG AIR LA. APA TANYA BUAT APA…’balas Tonjang dan dihantar.

2 minit kemudian mesej berbalas-‘ MAI LEPAK (RESTORAN)SUBAIDAH. KAMI DAH ADA ATAS JAMBATAN(PULAU PINANG)’

Tonjang mendengus, tanpa membalas mesej, Tonjang menghidupkan enjin Kancil Turbonya. Jam hampir ke tengah malam. Jambatan Pulau Pinang agak kekurangan kenderaan lalu malam itu. Hujan turun sebelum Tonjang melepasi kawasan tol masuk Jambatan. Tonjang meneruskan perjalanannya.

300 meter pertama ada la sebiji dua lori dilorong bertentangan(laluan keluar dari pulau), 200 meter lagi kereta sebuah dilorong bertentangan, seterusnya hanya motor-motor. Laluan ke pulau cuma kereta Tonjang sebuah saja. Hmm.

Lepas saja kawasan tengah Jambatan yang bersambung kabel-kabel raksasa penyambung ruas Jambatan, Tonjang melihat di tepi Jambatan(laluan motor), seseorang melambai-lambai meminta diberhentikan kereta.

Berhentilah Tonjang tanpa berfikir panjang.

Seorang lelaki Cina mengetuk-ngetuk perlahan tingkap kaca sebelah kiri Tonjang, lalu sekali lagi tanpa berfikir panjang diturunkan tingkap oleh Tonjang.

‘Encik, boleh tolong sikijap?Boleh tolong ka? Boleh ka?’ tanya Cina tadi membongkokkan badan menjengah tingkap kereta. Berumur pertengahan baya.

‘Awat Uncle? Mau tumpang masuk Pulau ka?Mana mahu pi?’ balas Tonjang ramah.

Senyap saja Cina tadi, mereka saling pandang memandang. Tonjang rasa pelik.

‘Habis apa mahu saya tolong Uncle?Masuklah dalam kereta, hujan kat luar tu’ ajak Tonjang penuh adab.

Tersenyum lelaki Cina itu lalu berdiri tegak, berundur perlahan-lahan ke belakang hingga ke tembok konkrit Jambatan tanpa menoleh belakang, dan menjatuhkan dirinya ke bawah Jambatan. Masuk ke laut lepas.

Tonjang tersentak dan terus menekan minyak sehabisnya memecut dari situ.

Lelaki Cina itu pasti bukan manusia. Sebab:-

1-Bajunya tak basah walaupun cuaca hujan.

2-Tiada kenderaan lain dipinggir jalan, kalau lelaki Cina itu mengalami kerosakkan kenderaan pasti tersadai ditepi jalan dan pasti Tonjang perasan awal-awal lagi.

3-Takkan lelaki Cina itu berjalan kaki sepanjang Jambatan? Larian tahunan Penang Bridge jauh lagi tarikhnya.

4-Tak mungkin lelaki Cina itu ditinggalkan sesiapa diatas Jambatan kerana undang-undang melarang kenderaan berhenti diatas Jambatan. Tambahan waktu malam dan hujan pula.

5-Tak mungkin pemancing-pemancing yang selalu memancing dibawah tiang Jambatan dapat memanjat naik ke atas Jambatan (kalau dikatakan lelaki Cina itu adalah seorang pemancing) tanpa bantuan alatana seperti tali dan lain-lain.

6-Kenapa perlu memberhentikan kenderaan orang lain kalau lelaki Cina itu tadi memang berniat membunuh diri?

7- Ini bukan kali pertama kejadian aneh terjadi di Jambatan Pulau Pinang. Pihak Polis pun faham kalau-kalau mereka menerima aduan kejadian-kejadian yang dikategorikan aneh dan misteri terjadi di atas Jambatan Pulau Pinang.

p/s- Pertolongan apa yang Lelaki Cina itu minta?

+p/s-Mereka kawan-kawan sekarang sudah hampir setahun berkonvokesyen Msc dan sedang membina karier masing-masing.

Tiada ulasan: