Ahad, 10 Julai 2011

#26-Sekadar berkongsi

‘Mana nak cari rokok ni Mok? Takkan nak mintak kat monyet belakang asrama ni?’ Tanya Maek pada rakannya Tumok. Penulis hanya mendengar saja perbualan mereka berdua. Kami ditempatkan di asrama aka rumah tetamu. Dah tahu nak pergi tempat jin bertendang, kenapa tak bawak stok bekal? Penulis malas melayan kerana kepenatan setelah siang tadi meredah denai.

Kami iaitu 37 orang pelajar dan 10 pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Projek Terbaik Perumahan Bangunan dan Perancangan, Universiti Super Malaysia sekarang berada di ‘Mukahead’ untuk program motivasi.Ia satu tempat khas untuk penyelidikan akuatik, pantai dan laut Universiti Super Malaysia. Secara harfiahnya di Taman Negara Pulau Pinang. Mukahead dijaga beberapa kakitangan Universiti Super Malaysia.

Kami akan berada 2 hari 1 malam di sana.

Untuk sampai kesini, cuma ada 2 jalan iaitu laut dan darat. Sebelum memulakan perjalanan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sepanjang perjalanan ada beberapa aktiviti dijalankan, tiada yang menarik sangat untuk diceritakan disini berkenaan aktiviti yang berkonsepkan siapa cepat mereka menang.

Yang buat penulis seronok ialah kerana ada 2 gadis gebu dalam kumpulan penulis, tapi ini cerita seram bukan cerita romance.

Perjalanan meredah denai dalam setengah jam saja sebenarnya, dan kerana penulis telah dilantik secara paksa menjadi ketua kumpulan, maka penulis kadang-kadang sengaja curi-curi berehat dibelakang dan meminta pembantu mengemudi jalan didepan. Yang penting sampai ke setiap ‘point’ ditetapkan. Kumpulan kami bagaimanapun bertuah kerana sesampai saja di kawasan Mukahead, makan tengahari telah siap dihidangkan. Seronok sungguh.

Petangnya aktiviti bebas. Penulis menyertai sukaneka dan kumpulan kami nyaris memenangi semua game. Kemudian terjun laut berenang sampai matahari hampir tenggelam. Penulis kemudian mencari tandas dan mandi sebelum bersiap untuk maghrib.

Selepas aktiviti terakhir pada malam tersebut, kami menikmati supper dan kemudian balik ke asrama. Penulis di dorm sebelah, dan beberapa orang lagi di dorm lain berkongsi dengan pensyarah. Maka suasana dorm penulis lebih meriah dan gila-gila. Penulis masih ingat antara rakan satu dorm dengan penulis ialah-2 pelajar Indonesia, seorang Sabahan,3 Kelantanese, dan beberapa lagi orang Semenanjung.

Program ini dikhaskan untuk kami kerana kecemerlangan kami dalam peperiksaan semester lepas dan kami diarahkan untuk tidak menghebahkan program ini secara meluas.

Malam tersebut berlalu dengan tenang.

‘Ouk, Ouk’ gegar satu suara pada penulis.

‘Mu nak gapo?Sarapan siap dah ko?’ balas penulis terpisat-pisat.

‘Mu make sokmo, Subuh, Subuh. Solat. Surau. Maghi’ balas suara tersebut. Rupa-rupanya kawan penulis.

.....................................................................

Paginya waktu sarapan, kami bergerak ke dewan makan. Pelajar perempuan kelihatan mengelilingi sebuah meja bulat. Agak kecoh suasananya.Entah apa yang dicakapkan. Pelajar lelaki cuma tertarik pada sandwich dan nasi lemak yang dihidangkan,kemudian ada masa lagi untuk sambung tidur, aktiviti bermula jam 10 pagi nanti.

Usai solat Zuhur pada tengaharinya, penulis turun kebawah surau. Seorang kawan penulis dilihat berbual dengan seorang pelajar wanita. Penulis sekadar menegur dan kemudian pulang ke asrama. Kawan tersebut kemudian mendekati penulis didalam dorm.

‘Oud, ang tau ka dak?’ Tanya kawan tersebut.

‘Tau pa dia?ang ni aku nak tidoq sat la.’ Balas penulis.

‘Malam tadi kat dorm pempuan, depa kena kacau’ jawab kawan tersebut.

‘Depa kata lepas katup( tutup) lampu, entah camna dengar tengah malam semalam di tengah-tengah dorm bunyi orang berjalan. Depa dengar jelas. Lantai kayu kan, sama la macam dorm sini.Dukk,dukk dukk gitu.’ terang kawan tersebut lagi.

‘Oooo’ balas penulis dan terus tertidur.

.....................................................................

Sebenarnya pada maghrib semalamnya, penulis ke tandas disebelah asrama kami. Tandas tersebut masih elok berfungsi, cuma kelihatan tidak diselenggarakan dengan kemas. Sawang-sawang penuh disudut dinding.

Waktu duduk termenung di tandas paling hujung, penulis terdenganr flush dibilik air sebelah ditarik. Tidak kedengaran tanda-tanda jika ada orang lain masuk ke tandas tersebut sebelum dan selepas penulis, kerana penulis sendiri yang menghidupkan suis lampu tandas sebelum masuk.

Penulis bagaimanapun mujurlah tidak panik.

Esoknya waktu tengahari, waktu kami telah berkemas dan berkumpul untuk bertolak balik, seorang kakitangan/penjaga di Mukahead ditegur oleh seorang kawan penulis, terkeluarlah pelbagai cerita seram yang sebenarnya tidak dibenarkan sangat untuk dihebahkan pada pengunjung.

Contohnya jika berjalan seorang diri waktu malam di kawasan tersebut, andai ada bunyi memanggil dibelakang, jangan cuba disahut dan menoleh. Syaitan yang memanggil.

Perjalanan pulang kami bagaimanapun selamat sampai.

Alhamdullillah.

Tiada ulasan: