Pada waktu sahur terakhir sebelum raya baru-baru ini, keluarga penulis, keluarga Mak Andak dan keluarga Mak Usu berkampung dirumah Arwah Atuk. Selesai bersahur kami duduk berkumpul diruang tamu berbual-bual. Tradisinya cerita seram mesti akan keluar juga.Disini dikongsikan bersama;
1-Di Felda, tempat penempatan keluarga Mak Andak pelbagai cerita hantu dan seram mewarnai kehidupan didesa Felda tersebut.Penulis amat menggemari suasana pagi di sana.Sejuk dan tenang hati. Ok.Berbalik pada cerita seram- Mak Andak menceritakan tentang seorang pemandu bas kilang yang kita boleh gelar sebagai Din Paku.
Selalulah Din Paku ini mengalami pelbagai cerita seram. Memandangkan berjiran di Felda, Din Paku tidak lokek berkongsi cerita kalau-kalau berjumpa di kenduri atau majlis. Favoritnya mesti lah cerita hantu.
Suatu malam dan kebiasaannya Din Paku akan membawa basnya 'parking' diperkarangan masjid yang terletak diatas bukit.Memandangkan telah jauh lewat malam Din Paku jarang balik kerumahnya dan lebih gemar tidur dalam bas. Tak ada apa nak risau sangat keluarga dirumah. Anak-anak jantan dah besar.
Sedang cuba si Din Paku melelapkan mata, tergerak hatinya melihat keluar tingkap bas.Dilihatnya seorang kanak-kanak berpakaian seragam sekolah berjalan dibawah bukit.Pergi sekolah agaknya.
Naik bulu romanya tiba-tiba.Pergi sekolah apa?Jam dah pukul 3 setengah pagi.......
2-Pengalaman Din Paku yang lain.Senario yang hampir sama.Parking dalam kawasan masjid.Bersiap untuk tidur. Mesti ada je benda seram jadi.
Terdengar tiba-tiba bunyi kayu dan besi bergegar distor sebelah surau. Din Paku tahu disitu diletakkan keranda dan tempat basuh jenazah. Itu ke benda kayu dan besi yang berbunyi tadi?Bunyi bersambung-sambung sampailah Din Paku tertidur.
3-Ini cerita daripada Mak Andak juga. Beliau ceritakan tentang sebatang jalan di Simpang Perani meuju ke Aping.
Keluarga jirannya. Suami pemandu teksi dan isteri pula penulis lupa kerja apa.Suatu malam melaluilah jalan tersebut. Nampak kejauhan.
Seorang wanita berkebaya merah. Ramping tubuh badan. Memegang beg pakaian lama.Melambai-lambai lembut menahag teksi mereka.
Si suami nyaris berhenti tapi dimaki si isteri suruh meneruskan perjalanan. Sepanjang jalan tersebut ialah kelapa sawit dan kegelapan saja, masakan tiba-tiba ada perempuan berseorangan berani berada disitu malam-malam?
Mak Andak membuat spekulasi(pendapat semata-mata) mungkin dijalan tersebut wanita berkebaya merah menemui ajalnya. Pak Andak juga bersetuju dengan mengatakan mungkin juga pekerja-pekerja Indonesia yang banyak bekerja diladang-ladang sawit itu mungkin disebabkan sebab-sebab tertentu terpaksa menguburkan kawan-kawan mereka yang meninggal dimana saja. Ala kadar.Menyebabkan (kononnya) pelbagai gangguan pelik sepanjang jalan tersebut.Mungkin. Wallahualam.
4-Lagi cerita dari Mak Andak. Pasangan suami isteri tersebut memang terpaksa melalui jalan tersebut hari-hari bekerja. Suatu malam mereka ditahan oleh seseorang. Sekali lagi si suami mahu berhenti, si isteri menyinga menyuruh si suami menekan minyak sehabis-habisnya.
Orang yang ditahan itu seperti sekeping papan saja dari tepi tatkala kereta melepasinya...
5-Mak Usu tergelak sebaik Mak Andak habis bercerita. Suatu malam Mak Usu dan Pak Usu melalui sebatang jalan yang gelap. Penulis tak pasti mereka berdua mahu kemana. Menaiki kereta Honda Accord tahun 90 an.
Dilihat mereka seorang lelaki keluar dari tepi hutan.
Berdarah-darah dan baju koyak rabak.Menahan-nahan kereta mereka.
Kalau dah jalan gelap selepas itu ada pula sosok berdarah begitu yang mahu mereka berhenti, masakan pula nak berhenti.Pak Usu menekan minyak sehabis-habisnya.
Esok hari keluar disuratkhabar satu kemalangan ditempat dilihat lelaki berdarah menahan mereka. Rupa-rupanya orang betul yang menahan malam tadi. Nak minta tolong. Apa nak dikata........
6-Mak Usu rancak lagi bercerita. Suatu masa anak sulungnya mahu pulang kerumah. Memandulah beliau yang kami panggil Along ini disuatu malam. Saja balik malam, sejuk dan tidak jem.
Sampai di sebatang jalan di Seremban tak silap penulis, kereta Along menjadi berat. Ditukar gear dan ditekan minyak tetap terasa berat. Kereta-kereta dari arah bertentangan menyalakan high beam ke kereta Along.
Along hairan.Diberhentikan kereta.Keluar dan memeriksa kalau-kalau ada tayar pancit.Tiada.
Diteruskan perjalanan.Namun masih terasa berat.Mendaki bukit dengan gear 1 pun terasa kereta underpower dengan teruk sekali.
Along tiba-tiba terdetik melihat diatas bumbung keretanya. Hitam berbulu dan tinggi menumpang bertenggek diatas.Patutlah berat.
'Woiiiii!!!!!!tumpang tak bayar!!!!!' laung Along pada makhluk hitam tersebut.
Zuppppppp benda tersebut terbang melayang-layang.
p/s-seronok dengar cerita orang-orang tua berborak pasal cerita-cerita seram ni. Gaya pengolahan depa spontan saja dan cerita yang sepatutnya seram bertukar menjadi seronok pula didengar. Pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan