Siti seorang anak yang degil.Puas ibunya menasihatkan.Puas juga dipukul dengan harapan berubah.Tetap degil juga seperti biasa.Walau bagaimana pun jika disuruh menghantar kuih ke warung dan mengambil duit jualan,pasti Siti tidak membantah.
Suatu hari,Siti dimarahi kerana tidak menutup lauk dengan tudung saji,menyebabkan kucing-kucing puas kekenyangan hari itu.Siti seperti biasa berdegil dan melawan balik cakap Ibunya.Gaduh besar petang itu.Siti tetap nak menang juga.
Walau bagaimana pun Ibunya cuba menahan sabar dan bercakap dengan nada lembut untuk menasihatkannya.Siti tetap ungkal kerana egonya.Katanya ‘Apa salahnya sekali-sekala biar kucing dapat makan puas-puas,kan setiap hari kita dapat makan sedap-sedap.Kucing pun tak suka dengan Ibu.Kedekut.’
Hilang sabar Ibunya mendengar keceluparan Siti.Lalu dibalasnya ‘Biar kau dicakar apa-apa nanti!!!’.
Ayah Siti kemudian terpaksa masuk campur menenangkan keadaan.Disuruh Siti ke warung mengambil duit,dengan tujuan menenangkan si Ibu.Siti bersetuju,pasal dapat juga dia duit sikit nanti.
Hari dah gelap.Tapi Siti masih tak pulang-pulang lagi.Biasanya beberapa minit setelah maghrib,Siti dah pulang.Keluarganya menjadi risau.Lalu si Ayah menyusur keluar mencari,Ditemui Siti pengsan dicelah pokok pisang tidak jauh dari rumah.Berdarah dibahagian bahu kiri.Agak dalam juga lukanya.
Malam itu Siti dihantar ke klinik di pekan.Setelah dirawat dan dibawa pulang,Siti menceritakan apa yang terjadi;
Setelah mengambil bekas kuih dan duit daripada pemilik warung,Siti berjalan pulang melalui jalan biasa.Waktu itu telah senja,cuma kali ini keadaan sedikit berbeza.Waktu melalui kawasan berhampiran pokok pisang,dilihatnya seorang perempuan berpakaian putih menantinya.Siapa pula getus hati Siti.
Tak sempat bertanya siapa gerangan,perempuan itu menyeringai padanya.Merah matanya dan bersiung panjang.Siti kaku disitu.Perempuan itu tanpa belas mencakar Siti dibahagian bahu.Seterusnya pandangannya gelap.Parut dengan 3 bekas garisan masih jelas dibahu Siti,diceritakan waktu beliau dan Ibunya datang kerumah datuk penulis dikampung tak silap tahun 1999 dulu.
P/S-Tambahan cerita pada waktu-waktu tertentu masih akan kedengaran hilaian Pontianak dikawasan pokok pisang tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan