Tok Megat berasal dari Palembang.Datang ke Tanah Melayu kerana menyelematkan diri selepas dituduh membunuh abang sendiri kerana pertelingkahan harta pusaka.Beliau diburu oleh pembesar disana.Berasa terancam sesudah itu,mahu tidak mahu beliau kenalah menyelamatkan nyawa sendiri dengan menumpang kapal ke Tanah Melayu meninggalkan anak isteri.
Sesampai di Tanah Melayu,Tok Megat terus mencari pekerjaan.Dapatlah beliau kerja sebagai pembantu membuat Istana singgah negeri Johor.Entah kenapa beliau difitnah lagi,terpaksalah beliau berhijrah lagi.Akhirnya sampai ke sempadan Muar Melaka.Disitu beliau bertemu jodoh buat kali ke dua.Entah hidup lagi ke tidak isteri dan anak-anaknya di Palembang.
Tok Megat sepanjang di Tanah Melayu belajar agama dengan seorang ulama asal Kelantan.Sedikit sebanyak dapat juga ilmu-ilmu yang berguna buat perlindungan diri.
Berbelas tahun kemudian,rasa rindu pada keluarga di Palembang tidak tertahan lagi.Tapi bagaimana mahu pulang selagi tidak pasti keadaannya di Palembang sana?Maksudnya adakah sesiapa lagi yang masih mengingati peristiwa lepas yang membuatnya tercampak ke Tanah Melayu?Maka Tok Megat pun berpuasa dan beramal sebagai caara untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah.
Suatu malam Tok Megat mendapat petunjuk.Bermimpi laut luas berubah menjadi daratan.Yakin keadaan sudah berubah,Tok Megat pun bersiap untuk ke Palembang.Yang peliknya Tok Megat tidak menuju ke kawasan laut,tapi masuk ke hutan.Seorang anaknya hasil perkahwinan keduanya di Tanah Melayu berasa hairan.Maka secara senyap-senyap menuruti jejak ayahnya itu.
Dilihat Tok Megat kemudian berhenti dikawasan sebuah batu besar berwarna hitam.Setelah menunaikan solat 2 rakaat,dilihat batu hitam itu meretak ditengah,membuka ruang yang muat seorang masuk.Tok Megat lalu membaca basmallah dan masuk kedalam rekahan itu.Rekahan itu kemudian tertutup sendiri.Tidak berbekas langsung.
Anaknya menjadi pelik dan takut.Risau ayahnya itu ditimpa bahaya.Tetapi didiamkannya saja kerana tidak yakin ada sesiapa yang mahu percaya.Malam itu anaknya bermimpi Tok Megat datang kepadanya.Berpakaian ihram dan tidak bercakap apa-apa,kecuali tersenyum.Anaknya tahu Tok Megat telah meninggal dunia.
Di Palembang,rupa-rupanya mimpi Tok Megat bermaksud seluas manapun laut dirempuhinya,tetap di tanah Palembang beliau mati dan dikebumi.Rupanya saki baki keluarganya sendiri masih tidak lupa kejadian pembunuhan abangnya itu.Beliau ditangkap lalu dibunuh.Yang beliau masuk ke dalam batu itu umpama portal untuk beliau kembali ke Palembang.Penulis lupa apa nama ilmu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan