Jumaat, 15 Julai 2011

#54-Tanah Besar Cina

Apek Tee berumur 92 tahun ketika penulis bertemu dengannya beberapa tahun yang lepas di Muar.Masih gigih bekerja sebagai pembuat perabot di kilang saudaranya.

Beliau berasal dari Anxi,Selatan Fujian China.Kedatangannya ke tanah Melayu pada 1936 adalah kerana melarikan diri daripada kekejaman Jepun.Namun antara pengalaman hidupnya yang boleh dikatakan 'emas' ialah satu kisah seram yang terjadi ketika beliau masih muda di tempat asalnya di Anxi.

Pada suatu malam,kampungnya dikejutkan dengan kegemparan apabila sekandang kambing milik seorang lelaki kaya,ditemui mati bergelimpangan semuanya dalam masa 1 malam.Pada mulanya seisi kampung menyangka ia berpunca daripada keracunan.Cuma bila diteliti semua kambing tersebut mati dengan keadaan setiap kambing berlubang dipelbagai bahagian badan.2 lubang kecil.Umpama digigit sesuatu.

Malam esoknya seorang lelaki yang bertugas sebagai pengawal kampung,ditemui mati dikawasan air terjun.Juga dengan kesan gigitan 2 lubang kecil,cuma kali ini dibahagian tengkuk.Pada kali ini penduduk kampung mula berasa ketakutan kerana tahu ada sesuatu yang buas sedang menghantui tempat mereka.Kejadian terus berlanjutan dengan beberapa kematian lagi melibatkan sekumpulan lelaki asing yang berkhemah berhampiran kampung,sekumpulan perompak hutan,dan ternakan seperti khinzir dan ayam.Semuanya dengan modus operandi yang sama.Digigit meninggalkan 2 lubang kecil.

Kakak ipar Apek Tee juga hampir menjadi mangsa apabila pada suatu malam tatkala sedang tidur,kakak ipar beliau terbangun apabila terdengar hembusan yang cukup kuat dibalik jendela biliknya.Namun terselamat apabila sekumpulan penduduk yang berkawal melintasi kawasan rumah keluarganya.Penduduk yang berkawal memukul alatan yang mengeluarkan bunyi berdecing-decing.Yang mungkin menghalau makhluk yang berdengus itu.

Oleh kerana perang hampir meletus,dan keadaan yang semakin tertekan,keluarga beliau dan ramai penduduk kampung berhijrah ke pelbagai tempat.Kejadian misteri itu sehingga kini tidak terjawab.Namun sebelum mereka berhijrah terdengar rumor punca kejadian misteri itu adalah kerana Jiang Shi....Chinese Vampire,namun Apek Tee tidak dapat mengesahkannya kerana beliau tidak lah begitu yakin sangat.

Hehe

Tiada ulasan: