Ahad, 10 Julai 2011

#23-Putih Pontianak

Dol pulang ke rumahnya menghampiri jam 10 malam. Pulang dari tempat kerjanya di Pekan Nanas. Duda beranak 2. Kedua-dua anaknya bersekolah asrama penuh. Maka yang menemani Dol dirumah adalah 12 ekor kucing kesayangan seisi keluarga. Semua baka kucing kampung.

Sebenarnya beliau terlewat pulang dan kelaparanlah kucing-kucing kerana kebiasaannya Dol memberi kucing-kucing tersebut makan 2 kali sehari, pagi dan petang. Sebelum mandi, solat dan makan malam itu maka Dol memberilah kucing-kucingnya makan di dapur. Nasi gaul ikan rebus juadah khas si kucing kampung.

Waktu diberi makan kucing-kucingnya itu, Dol terperasan seekor kucing jantan berekor pendek miliknya tiada. Putih namanya kucing tersebut. ‘Gengster tua’ gelaran kucing tersebut.

Dol bagaimanapun berfikir kucing tersebut keluar rumah berpelesiran maka beliau pun pergilah mandi. Selesai solat, Dol menjenguk ke dapur melihat kucing-kucingnya. Dibilang satu persatu, masih kurang seekor, si Putih.

Hairan rasanya kerana Putih dianggap antara golongan elit dalam kelolmpok kucing-kucing belaannya. Kebiasaannya Putih yang akan buat bising kalau kelaparan. Kucing-kucing lain sekadar mengiau perlahan.

Dol pun keluar mencari. Dari garaj kereta dihadapan rumah ke garaj ditepi rumah hinggalah ke belakang, tiada kelibat Si Putih.

‘Putih. Ohh Putih. Kau pergi mana nak oi?’ laung Dol. Senyap. ‘ Putih oiii, balik makan oi’ laung lagi Dol.

‘Mana la Putih ni?Eksiden ke apa?’ tertanya-tanya Dol.

Miauuuuu……..Miauuuuuu

Dol menoleh kebelakang.

Ya memang si ‘Putih’ yang mengiau. Memang ‘Putih’

Tapi putih kain kapan. Pontianak. Tersengih-sengih bertentang mata dengan Dol.

'Miauuuu…..Miauuuuu' ajuk si Pontianak

Dol dapat MC esok harinya.

p/s- penulis pernah terlanggar seekor anak kucing Abang Dol dulu. Psssttt jangan bagitau dia na.

Tiada ulasan: