'Weiii....awat angpa rajin sangat? Dah-dah la study tu. Mai keluaq pi minum.' ajak Tonjang yang baru pulang entah dari mana kepada kawan-kawannya, Mior Bae dan Sampik yang sedang mengulangkaji. Waktu ini digelar 'Study Week' dan dikhaskan untuk mengulangkaji nota, buku, PDF file, Gannt Chart, Msoft Project, borang kontrak seragam, BQ, Undang-undang Prof Aziz Husin,'taking off' dan banyak lagi. Maklumlah nak periksa tak lama lagi.
'Ang mai dari mana Jang?rilek je aku tengok. Masuk ayor ke?' tanya Mior Bae bengang melihat kawannya yang tinggi lampai itu mengacau ulangkaji mereka kawan-kawan. Mior Bae kemudian menyalakan api rokok kotak merah dengan gambar kanser tekak.
'Haaa. Angpa kalau nak tau aku mai dari mana....Mai ikut aku keluaq.' racun Tonjang.
'Ahhh...mula la dok ngarut tu.Ntah nak ajak pi keluaq tang mana la tu. Tonjang ni bukan betui.Ang, Jang oi, baru balik nak keluaq lagi, ni ni ni nota ni ang dah baca belum?' kata Sampik pula menenyeh-nenyeh notanya kepada Tonjang yang kelihatan teruja untuk keluar lagi malam itu. Jam 2 setengah pagi.
'Alaaa....nanti angpa terang la kat aku apa-apa yang angpa dah baca. Aku study smart takda study-study hard macam angpa. Baru betui.Kata student universiti? Otak kena la tinggi.' kata Tonjang sambil tergelak besar.
'Otak menipu ja buat pa? Sat gi dalam dewan periksa kalut tak bulih jawab.' kata Sampik sambil berbalas mesej dengan markanya di Sabah nun.
'Laaa...angpa dok marah-marah aku pasai pa?Mai la keluaq minum. Mau tak mau?' ajak Tonjang tanpa putus asa.
'Malas la. Aku minum ayor water cooler dah le' jawab Mior Bae malas-malas sambil menyalakan batang rokok ke dua.
'Aku dok gaduh dengan awek aku ni. Nak kena pujuk pulak dah. Takpa la. Hang pi sorang la' dalih Sampik.
'Laaaa....tak best la aku keluaq sorang-sorang' lemah saja ayat Tonjang.
'Hah. Ang pi la ajak Oud. Dia ajak makan pantang tak mau. Laju je' kata Mior Bae sambil membuang puntung rokoknya.
'Hah. Cun. Angpa kalau nak order apa-apa, pi beli sendiri. Ok. Chowww' kata Tonjang melarikan diri daripada mengambil 'order' kawan-kawannya itu.
Titt titt tittt
Tonjang mengambil telefon tangannya. Dilihat ada mesej teks masuk. Daripada Oud. Dibaca;-'JANG OI. MOTOR AKU BREAK DOWN. MINYAK HABIS. MAI TOLONG SAT. ANG PI BELI MINYAK SEKALI. KAT ASTAKA TAMAN xxx xxxxx'
'Laa mamat ni. Aku baru nak ajak keluaq dia dah mai ajak keluaq dulu dah' gumam Tonjang.
'OK' balas Tonjang pada mesej Oud.
p/s-memandangkan jalan terdekat berhampiran hostel Tonjang telah ditutup (jam 12 malam, 'gate-gate' selain 1 'gate' utama di Bukit Gambir, akan ditutup oleh Guard), maka Tonjang terpaksa mengambil jalan yang agak panjang dan lebih sunyi untuk ke tempat dituju(Astaka Taman xxx xxxxx).
Sebaik Kancil turbo Tonjang memasuki jalan simpang tiga untuk sampai ke astaka, dilihatnya seorang lelaki menahan keretanya. Suasana agak gelap dengan lampu jalan terdekat yang menyala hampir 20 kaki jaraknya. Lelaki tersebut memakai topi keledar. Berbangsa Cina. Tonjang pun berhenti. Lalu ditanya kenapa kepada lelaki tersebut.
'Lu tolong gua antar pi hospital aaa Dik. Gua eksiden sini maaa. Motor gua dalam itu longkang besar. Aiyaa. Manyak sakit ooo. Lu turun la tengok dalam itu longkang sana' kata lelaki tersebut. Kelihatan darah mengalir keluar daripada celah topi keledar.
Tonjang pun keluar dari keretanya. Menjenguk kedalam longkang besar untuk melihat motor lelaki tersebut. Darahnya tersirap bila melihat...........
'Jom la Dik, hantar Gua pi hospital sikalang' desak lelaki tersebut.
Tonjang berlari ke keretanya. 'Start' enjin dan terus memecut berpatah balik. Lupa kawan, takut punya pasal.
Rupa-rupanya apa yang dilihat Tonjang dalam longkang besar tersebut ialah lelaki Cina itu sendiri. Telah kaku menjadi mayat. Kepalanya pecah dan tulang-tulang rusuk berceracak menembusi dada. Motornya remuk teruk.
p/s-Oud menunggu tidak berapa jauh dari tempat simpang tiga tersebut. Bila Tonjang tak datang-datang, Oud melepak di kedai 24 jam terdekat menunggu siang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan