Mak Long Tik
-Ibu saudara penulis ini sudah lali dengan kejadian-kejadian misteri.Dulu zaman mudanya beliau mengambil upah menoreh dihujung kampung.Waktu itu kampung kami baru mendapat bekalan elektrik.Ditengah-tengah kawasan kampung ada rizab TNB yang menempatkan beberapa menara penghubung kabel.
Mak Long Tik keluar menoreh waktu pagi buta sebelum Subuh lagi.Suatu pagi beliau keluarlah menoreh setelah suaminya berlepas ke Singapura untuk bekerja.Sedang berjalan-jalan dalam kegelapan malam,beliau ternampak sesuatu diatas sebatang pokok durian berhampiran menara penghubung kabel.
Sebiji mata besar,sebesar orang sedang merenungnya.Terasa mahu balik kerumah saja sebaik mata bertentang mata.Dikuatkan hati juga untuk menoreh demi mencari rezeki.
Mak Uda Katon
-Tinggal di penempatan Felda.Suatu malam sedang enak tidur,terasa pergelangan tangan Mak Uda seperti dibelit sesuatu.Dibuka mata dilihat lilitan rambut mengelilingi pergelangan tangannya.Hujung rambut terjurai dari tingkap diluar.Dikejutkan suaminya perlahan-lahan.
Beristighfar panjang Pak Uda melihat keadaan seram itu.Dibacakan doa barulah belitan rambut itu terbuka sebelum ditarik sesuatu perlahan-lahan keluar tingkap.Pontianak.
Mak Andak Kama
-Di penempatan Felda yang jauh terperosok kedalam hutan dikelilingi rancangan sawit,dulunya bekas hutan yang jauh daripada tangan manusia.Bila manusia masuk meneroka,maka penghuni asal hutan berkongsi tempat dengan manusia.
Satu malam waktu keluarga Mak Andak selesai makan malam dan melihat anak-anak membuat kerja rumah,pintu rumah diketuk orang.
Anak sulung keluarga pergi membuka pintu.Tiada sesiapa.Kali kedua pintu diketuk,anak sulung juga pergi membuka.Masih tiada orang.Kali ketiga semua penghuni rumah sudah berkelubung dalam selimut.Menggigil.
Arwah Mak Lang(Al Fatihah)
-Suatu malam,seorang anak arwah membuka tingkap biliknya.Panas betul malam itu.Setelah dibuka nampaklah seekor Pontianak hinggap pada sebatang pinang.Memanggil-manggil manja sambil tersenyum ngeri.
Hodoh tak ingat muka Pontianak tersebut.Keluar bilik lalu tidur bersama dengan arwah yang waktu itu masih kuat lagi.
Mak Cik Mendik(ibu Penulis)
-Kawasan sekeliling rumah juga kadang-kadang boleh menyebabkan sesiapa yang berkenaan berpeluang mengalami perkara misteri.
Ibu penulis waktu itu kecil lagi.Ibu ke belakang rumah mencari kakak-kakaknya.Berjalanlah Ibu hingga agak jauh ke belakang.Tiada sesiapa padahal didengar ada suara kakak-kakaknya dikawasan belakang tadi.
Bila mahu berpusing balik,dilihat rumah tiada ditempat asalnya.Denai kecil tempat berjalan juga sudah tiada.Kawasan yang sepatutnya dikuasai selok belok menjadi kawasan asing seasing-asingnya.Lama juga Ibu terperangkap dalam keadaan itu.
Mujurlah berbunyi seekor angsa peliharaan Atuk yang berhampiran membuatkan Ibu cuba-cuba mencari angsa tersebut.Berjumpa dan barulah keadaan kembali seperti biasa.
Mak Usu
-Dikawasan perumahan Mak Usu di Segamat.Sekumpulan anak muda sedang melepak.Sambil berbual dan bergelak ketawa sambil bertukar nombor telefon awek-awek sekolah yang gatal jantan dan jalanan,mereka melihat seekor Pontianak terbang laju kearah mereka.
Sambil mengepak-ngepak kain kafannya.Bertaburan semua lari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan