Budiman berasal dari sebuah kampung di Senggarang Muar Johor.Semasa zaman pendudukan Jepun,beliau dan ramai lagi pemuda Melayu diangkut menaiki lori sebelum dibawa ke 'neraka' di sempadan Burma Thailand,membina landasan keretapi maut.Budiman dan 3 lagi rakan sekampungnya terpaksa mengikut atau 'kapara potong'
Dalam perjalanan yang memakan masa yang lama,dan meredah hutan tebal,ramai tawanan yang maut dalam hutan kerana tekanan,sakit,keletihan,dan kekurangan makanan.Sepanjang perjalanan mereka menemui banyak mayat reput.Kadang-kadang pula mayat-mayat tersebut ditemui tidak cukup sifat kerana dikekah binatang.Paling menarik sekali mereka menemui mayat seorang pemuda berkulit cerah yang masih utuh dan nampak seperti tidur,sedangkan mayat-mayat yang lain semua mereput.Namun tiada apa boleh dilakukan selain membiarkan saja mayat-mayat tersebut.
Sampai di Kem ataupun kongsi(tempat tidur,makan,berlindung)yang dikelilingi pokok-pokok balak menjulang tinggi,mereka dikerah mengambil sebiji pil untuk tujuan mengelakkan penyakit cirit birit,ironiknya ramai yang mati juga disebabkan cirit birit kerana makanan yang disediakan tidak bersih dan kurang berkhasiat,bodoh punya Jepun.Keadaan kem ini memang sekadar untuk berlindung saja.Seorang Doktor,tentera dalam 50 orang,tukang masak dan pembantunya,dan buruh paksa dalam beberapa ratus orang dan sering berkurangan bilangan setiap kali Kem dihujani bom tentera bersekutu.Sepanjang bekerja,ramai buruh yang maut.Disebabkan seksaan dan tekanan perasaan.Ada juga yang lemas dalam sungai dan dibiarkan saja kerana tidak dibenarkan membantu.Namun lama kelamaan kematian adalah satu kebiasaan bagi mereka disitu.
Suatu malam,Budiman melihat seorang buruh lain keluar untuk membuang air kecil dibelakang kem.Kemudian terdengar raungan nyaring meminta tolong memanjang sehingga kedalam hutan sebelum senyap.Tiada siapa tahu nasib apa yang menimpa buruh tersebut.Tiada siapa berani untuk keluar mencari dalam hutan yang cukup tebal dan asing.
Budiman pernah cuba untuk lari,namun tiada keberanian.Setiap kali ada saja buruh yang lari,pihak tentera Jepun tidak berapa mengambil peduli.Entah kenapa,namun tetap tak ramai yang berani lari.Pada sesetangah malam menjelang tengah malam,di luar Kem tersebut akan kedengaran bunyi ratusan orang merintih,dan meraung.Apabila diintai tiada siapa pun yang kelihatan dalam pekat malam.Seorang buruh yang mempunyai 6th sense,mengatakan beliau melihat ramai buruh yang maut dalam kes tersebut bergentayangan disekeliling kem.Bunyi yang didengar itu adalah rintihan mereka.
Suatu hari,seorang tentera Jepun membunuh diri dalam kongsi ditempat mereka semua tidur.Malam itu mereka terpaksa tidur diluar beramai-ramai kerana bayangan roh tentera tersebut kelihatan berlegar didalam.Tukang masak juga pernah bercerita selalu saja sebelum beliau mula memasak untuk hidangan Kem,beliau akan melihat kelibat orang-orang kecil lelaki dan perempuan berlari-lari mencuri bahan masakan dan membawa masuk kedalam hutan.Pendek paras lutut saja katanya orang-orang itu.Telanjang.Bila disergah dalam sekelip mata semua hilang.
Setelah hampir setahun,Budiman kembali ke Senggarang setelah Kem tersebut ditawan tentera bersekutu dan semua buruh dibebaskan.Kepulangannya membawa pengalaman hidup yang sarat dan cuma beliau seorang saja yang kembali dalam keadaan bernyawa.
Budiman adalah saudara jauh penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan