Jumaat, 15 Julai 2011

#81-RST

Sewaktu pembinaan RST ini pihak pemaju menghadapi gangguan misteri.Macam-macam ada.Namun oleh kerana projek berjalan mengikut jadual,setiap masalah mesti diselesaikan.Apakala jadual terganggu pihak klien akan menjadikan alasan mengurangkan pembayaran fees dan pihak pemaju pula untung buluh kasap jadinya,rugilah.Jadi terpaksalah memanggil orang-orang pandai menolong.Akhirnya penunggu dikawasan RST mengalah dengan egonya apabila mengatakan setiap tahun dia akan menuntut korban sebagai balasan.....Hehe.Yakuza betul perangai.

Aku ditempatkan di RST,lebih tepat lagi di Desa Tekun.Setelah dipaksa keluar atas nama projek universiti.Lecehlah.

Hari kedua selepas aku sampai dan memasuki bilik tingkat 9.Waktu malam.Oleh kerana aku keseorangan dan tidak mendapat rakan sebilik lagi,aku memilih mendengar walkman hanset dengan harapan mudah tertidur.Entah bila aku terlelap tak sedar pun.

Pada jam berapa pada malam tersebut,entah kenapa aku terjaga tiba-tiba.Ku lihat rakan ku yang tinggal di bilik lain muncul di depanku.Namanya Tarmizi.Orang Samarahan.Auk.

'Hanset kau tak tutup' katanya lantas berlalu.Aku pun kata 'Oh ok..'.Aku terus sambung tidur.

Pagi esoknya aku terjaga dan tersedar;

Pertama sekali aku tidur dengan pintu bilik berkunci.Sah berkunci.

Kedua macam mana Tarmizi boleh masuk ke dalam bilik aku?Kecuali melalui tingkap.Tapi ini tingkat 9.

Ketiga aku baru tersedar......Tarmizi muncul malam tadi dengan keadaan badannya pecah berdarah-darah samapi menampakkan urat-urat dalam badan.Yang ini sampai sekarang aku teringat.Macam badan dia kena siat kulit hidup-hidup.

Tengah hari itu aku mencari Tarmizi dan bertanya.Jawabnya 'Mana ada aku masuk bilik kau'

Hehe.

Tiada ulasan: