Pantai Balau kawasan yang seronok untuk bermandi manda.Penulis pernah sekali meronda-ronda hingga ke hujung pantai dikawasan berbatu.Disitu penulis terjumpa tulang yang tersangat besar.Sebesar dulang.Tulang Megalodon kot.Hehe.
Namun disebalik keindahan pantai ini,ada kisah yang menyayat hati berkaitan harapan dan penganiayaan manusia.
Dulu pernah sekumpulan pendatang haram maut kesemuanya disini.Ceritanya begini,kumpulan pendatang ini berjumlah 40 orang tak silap,telah diturunkan Tekong kapal dikawasan beting pasir,ditengah kepekatan malam.Mungkin kerana ketakutan ditangkap polis marin,kesemua pendatang ini tanpa sedar mereka akan mati dalam beberapa minit lagi,terus bergerak menuju kekawasan pantai.
Bayangkan anda terjatuh kedalam jurang dalam.Begitulah nasib yang menimpa kesemua pendatang ini.Beting pasir ini terletak ketengah pantai dalam beberapa kilometer,ditambah kegelapan malam dan ketakutan,mereka akhirnya mati lemas.Simpati sungguh bila anak-anak kecil pun turut lemas.Tekong tahu hal ini,tapi mungkin kerana terlalu tamak dan takut ditangkap polis mereka melepaskan pendatang-pendatang itu begitu saja,menuju ke alam baka.
Keluarga penulis selalu ke Kota Tinggi,menziarahi keluarga Mak Andak di satu penempatan Felda.Biasanya kami tidur semalam dua.Maka adalah kesempatan berjalan-jalan.Kali ini ke Pantai Balau setelah puas ke Tanjung Leman yang juga terkenal sebagai tempat berkelah.
Cerita ini terjadi pada hujung 90 an.Kami sampai dikawasan pantai dan waktu itu penulis dan adik beradik serta seorang Kakak sepupu tak sabar bermain air laut.Namun penulis mengambil kesempatan makan puas-puas ayam goreng yang dibawa bersama,baru turun ke laut.Baru puas betul-betul.Pada waktu itu ada satu perkhemahan tentera ditempat kami mandi itu.Mungkin melakukan eksesais.
Penulis cuma bermain dikawasan yang kaki boleh berjejak( tak pandai berenang),sementara adik beradik penulis dan Kakak sepupu bermain agak ketengah sikit sambil diawasi orang-orang tua keluarga kami.
Disinilah kisah terjadi.Kakak sepupu tiba-tiba berkelakuan aneh.Penulis lihat beliau merenung tajam ke arah kawasan pantai.Kami adik beradik cuba memanggil beliau.
Sambil meranduk air naik ke pantai,panggilan kami tidak dihiraukan.Kami adik beradik sambung balik main air.Tiba-tiba terdengar hiruk pikuk dikawasan pantai.Penulis lihat Kakak sepupu bergerak laju ke salah satu khemah askar,sambil membawa kayu panjang sedepa.Mujurlah orang-orang tua keluarga kami sempat menarik beliau.Keadaan semakin teruk bila orang ramai berkerumun melihat.Sedang Kakak sepupu kuat meronta-ronta sambil memaki hamun.
Seorang tentera yang kelihatan ahli agama keluar dari khemah.Beliau dipanggil Ustaz oleh askar-askar lain disitu.Ustaz kelihatan tenang.Sambil berjalan menuju ke arah Kakak sepupu,beliau membaca ayat suci.Kakak sepupu rupa-rupanya memaki hamun Ustaz tersebut.
Ustaz berdoa sambil menghembus ke muka Kakak sepupu.Setelah setengah jam baru keadaan tenang sedikit.Kakak sepupu juga mula siuman semula.Mak Andak menangis-nangis memeluk Kakak sepupu.Ustaz menasihatkan keluarga kami agar segera pulang.Kami patuh dan terus berkemas.
Sampai dirumah Mak Andak,Kakak sepupu mula bercakap dan meminta air.Setelah itu beliau menceritakan apa yang dilihatnya.Menurutnya waktu seronok bermain air,dilihatnya seorang nenek tua berambut panjang ,berpakaian putih dan bertongkat sedang berjalan terbongkok-bongkok.Setelah itu beliau tidak ingat apa-apa lagi hinggalah dikerumuni ramai.
Penulis hingga sekarang tak pandai berenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan