Bercampur dengan pelbagai warganegara dunia adalah satu kemestian bagi mengembangkan lagi sahsiah diri. Pelbagai cerita dikongsi. Penulis mengenali Husam, seorang warga Sudan.Kami berhubungan baik dan saling menghormati.
Husam bercerita suatu masa-
Beliau dan 2 sahabatnya melalui satu kawasan padang rumput pada suatu Maghrib.
Sambil berjalan mereka berbual dan bergelak ketawa.Ada-ada saja dibualkan mamat-mamat Arab Afrika ini.
Mereka kemudian menghampiri separuh kawasan padang rumput.Tiba-tiba terdengar bunyi hembusan yang kuat dibelakang.
Mereka menoleh kebelakang dan melihat sekeliling,tiada siapa pun.
Mereka menyambung perjalanan mereka walau hati sudah terasa tidak sedap.
Terdengar pula bunyi derap tapak kaki kuda berlari.Mereka menoleh kebelakang mencari dimana asal bunyi tapak kuda tersebut.Bunyi tersebut terhenti.
Mereka menyambung lagi perjalanan.Terdengar lagi derap dan hembusan binatang yang mungkin kuda.Bila ditoleh tiada apa dan tiada juga bunyi.
Perjalanan dipercepatkan.Bunyi-bunyian tadi kedengaran lagi.Mereka bertiga terus bertempiaran lari.Semakin kuat bunyi yang kedengaran seolah-olah mengejar mereka layaknya.
Husam sempat menoleh ke belakang."What I see is a big black horse with red eyes staring at me.Then it gone.Fade away.Vanished."
Menurut Husam,itu adalah jin.Yang ditempatnya sana dipanggil Syiba.
Begitulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan