Jumaat, 15 Julai 2011

#66-Spesifikasi hantu

1-Rupa pocong mengikut cerita yang didengar penulis ada 2.Yang pertama gelap atau nampak kosong saja mukanya.Kita tak nampak apa-apa langsung pada muka si pocong.Samada mukanya tertinggal dalam lahad atau tak mahu dikenali ramai.Kebiasaan pocong yang penulis dengar berponjot diatas.Ini senang difahami,jika ponjot terbuka atau tiada takkan mahu si pocong meloncat kesana sini.Londeh kain kafan tu karang.Tu pasal pocong rela tak ada muka.

Yang kedua berupa muka reput yang menyerupai tengkorak.Rupa yang begini berkaitan dengan 40 hari sejak kematian simati ditanam.Kalau kes begini dikaitkan dengan susuk,ada bahagian badan yang tertinggal dimana-mana(kemalangan) atau sebab ilmu hitam.Jika si pocong kembali kerumah atau memasuki mana-mana rumah,hobinya menyelongkar lauk.Simpanlah dalam almari berselak kunci,mesti dapat juga lauknya pada sipocong.Sebagai tanda terima kasih ditinggalkan kesan tanah dan lendir berbau busuk pada bekas-bekas makanan tu.

2-Pontianak adalah hantu paling terkenal.Rank no 1 dalam nusantara.Sampai Singapura yang dikatakan negara maju dan majoriti Cina pun ada versi tersendiri tentang pontianak.Kita tahu rupa pontianak macam mana.Tapi persoalan disini jika pontianak menjelma depan mata; muka pontianak yang bagaimana kita rasa berani la sikit nak curi-curi tengok? Rupa wanita jelita tersenyum atau hodoh bengis bertaring?Manakah yang lebih seram antara penjelmaan-penjelmaan muka sebegitu?Penulis pilih muka Maya Karin.

Ada pontianak yang membawa anak dan ada yang sekadar seorang diri.Jika membawa anak,pastinya anak bertukar menjadi batu nisan.Ada sekali penulis dengar,seorang lelaki disakat pontianak bawa anak.Kemudian tertinggallah si anak yang kemudian bertukar menjadi nisan dalam kereta lelaki tersebut.Tahu apa jadi lepas tu?Jadilah kereta Nissan.

3-Jembalang tanah pula dikatakan badannya separuh melekat dalam tanah,iaitu bahagian pinggang ke bawah dalam tanah,pinggang keatas akan kelihatan menjelma.

Ada seorang kaki nombor pernahlah memuja penunggu busut.Yang datang si jembalang tanah.Teruk dia kena buli dengan jembalang tu.Disuruh menari,disuruh menyembah,disuruh menyanyi.Dapat jugalah nombor akhirnya,tapi haram tak kena.Padan muka.

4-Hantu Raya jika dibela,pemiliknya dikatakan boleh muncul dibeberapa tempat,sedang yang menjelma tu sebenarnya bukan si pemilik.Digunakan untuk menjaga harta dan melakukan kerja-kerja berat.Berupa gorila beruk yang bermata merah.Dikatakan sangat bodoh tapi sangat patuh.

Yang jahatnya hantu raya ni nakal dengan isteri pemilik.Haa tang tu ja hantu ni pandai.Nasiblah siapa suruh bela?

5-Langsuir pula saudara dekat pontianak.Tapi pontianak tak mengaku saudara dengan langsuir.Ini kerana langsuir selalu terkencing pada waktu menjelma depan orang.Terkekeh-kekeh pontianak bila langsuir terkencing waktu menyakat.Siapa takut siapa ni?Langsuir kalau menjelma biasanya berkumpulan.Jarang jumpa dikawasan ramai manusia tinggal.Biasanya dalam hutan-hutan tebal.Berupa nenek tua dengan kain kafan yang koyak rabak berwarna kuning-kuning tanah.

Paling sadis cerita berkait dengan langsuir ni yang penulis pernah terdengar ialah waktu orang mendekut burung wak wak.Pada jaring yang merentang untuk memerangkap burung tu,terdengar rempuhan berat seolah mahu terkoyak jaring tu.Rupa si langsuir yang tersekat dijaring.Habis lencun pendekut dengan kawan-kawannya dikencing langsuir.

6-Hantu galah atau hantu tinggi lebih tinggi daripada bukit.Kalau nak berkawan dengan hantu ni,kena berani.Kalau dah jumpa,cepat-cepat melekat pada betis hantu ni.Maka dapatlah pengalaman melihat gunung, sawah, bukit, kampung, sungai, laut,atau Menara Taming Sari nun jauh kecil-kecil rupanya dibawah.Bila dah berjaya,sebagai tanda bersahabat diberi sehelai bulu betis hantu galah ni.

7-Sesetengah manusia.Sampai waktu manusia nak diciptakan malaikat siap naik hairan dan bertanya pada Allah yang Maha Suci takut-takut bumi ni bertukar menjadi medan perang pertumpahan darah.

Syaitan pun ada 2 jenis.Dikalangan jin atau manusia.Jadi Ariel Sharon,George Bush,Chin Peng,Pol Pot,Mao Zedong,Firaun,Ayah Pin dan lain lain tu adalah hantu syaitan juga rupanya.

Wallahualam

Tiada ulasan: