Dan seperti biasa cerita seram mengisi masa luang kami. Orang orang tua berkongsi cerita seram.Narator utama ialah Pak Andak Ajis diikuti yang lain lain.
Pak Andak kami ini memang lelaki yang banyak pengetahuan. Kelakar dan berkarakter sayangkan keluarga yang amat. Alhamdulillah. Itu antara tanda orang yang beriman bila mereka baik pada perempuan (isteri dan anak anak) mereka.
Jadi dibawah ini dikongsikan bersama cerita cerita yang sempat penulis pasang telinga sambil membelek Facebook. Terasa kita semua terlalu berFB hingga tidak berapa mesra dengan 'book' yang paling utama; Quran, semoga apa yang kita lakukan Allah SWT nilaikan kebaikkan. Insya Allah.
Cerita yang penulis dengar antara yang terawal bermula daripada hobi memancing kalangan keluarga yang akhirnya menjadi rangka asas cerita cerita mistik yang mengambil latar zaman 20 an hingga ke 60 an.
Pak Andak Ajis selaku narator memang kaki memancing selain kaki menjerat ayam hutan dan landak. Jadi berbual dan berbual terkait cerita seorang ahli keluarga kami yang telah lama meninggal zaman 60 an dulu. Pak Andak Ajis baru berusia 13 ke 14 tahun waktu itu. Penulis pun masih dialam roh lagi.
Seorang ahli keluarga kami yang telah lama meninggal dalam tahun 60 an dulu, Pak One (AL- FATIHAH), nama beliau, memang ada sejenis ilmu.
1-Pak Andak yang waktu itu masih muda mentah teringin mengikuti Pak One ke laut. Pak One ini memang nelayan. Sanak saudara beliau hingga sekarang menjadi nelayan juga.
Ada yang penulis terdengar begitu hardcore nye mereka ini hingga kalau singgah ke darat pun paling lama 30 minit. Ada yang berhari hari ke laut dan lebih betah ke laut. Sekali balik ke darat memang muai (mewah) hasil tangkapan.
(Ada juga yang begitu seronok ke laut terbabas sampai ke Indonesia. Dikira masih perairan Pontian lagi. Paling parah bila minyak enjin habis. Mujurlah mereka dibantu nelayan Indonesia dan ditunda bot hingga ke negara jiran itu untuk mengisi minyak. Merasa kejap duduk oversea.
Ada seorang kaum kerabat Pak One, Long namanya. Beliau tengok warna air laut saja sudah dapat mengagak bakal hasil tangkapan. Purata pendapatan sehari hampir RM600, RM800 dan pernah juga RM2000 lebih. Cuma tidaklah selalu. Kalau setahun, dalam 4 bulan melongo saja tak dapat apa-apa.
Begitupun hidup mereka masih tidak sesenang mana. Kenapa? Mungkin kerana ilmu panas. Wallahualam.)
Jadi suatu hari Pak Andak mengikut Pak One ke laut menaiki bot kapal dengan enjin 2 kuasa kuda. Waktu itu sudah dianggap baiklah spesifikasi enjin 2 kuda tersebut. Sampai ke tengah laut, Pak One memancing. Tidak berapa lama kemudian langit menjadi gelap bawa air. Gelap seperti waktu senja.
Pak Andak yang jarang jarang ke laut terasa sedikit cuak, namun Pak One yang tua kelihatan tenang tenang saja.
'Pak One, jom lah balik' ajak Pak Andak melihat langit yang tidak sabar sabar menurunkan beribu ribu liter air seminit.
Pak One diam saja sambil tangan mengambil bekas dapur yang dulunya dipanggil dapur koboi. Bot kapal mula teroleng oleng mengikut gelora laut.
Selamba dimasak air kopi sambil tangan memegang sudut dapur koboi yang panas. Tak melecur dan air kopi tak tumpah tumpah walau bot kapal sudah teroleng oleng rakus.
Pak Andak kemudian berkata lagi 'Menyesal ikut, tak mahu ikut lagilah lepas ni'. Dijawab Pak One 'Ikutlah'. Tak lama kemudian Pak One dijumpai meninggal.
Jasadnya ditemui separuh badan dalam sampan dan separuh badan dalam air. Wallahualam.
2- Suatu masa dikampung seorang ahli keluarga lain berehat rehat dianjung rumah. Panas. Ambil angin sedikit. Sekilas mata memandang disebelah pokok kelapa dilihat bayang hitam gergasi. Jarak dada ke dada hampir 5 seta (setengah hasta). Orang orang tua kata itu pendamping menunjuk diri.
3-Suatu malam diadakan kenduri di Sungai Bunyi, Pontian. Di kampung tersebut majoriti orang Jawa. Semua orang baik baik. Dan bergurau pun boleh tahan. Pak One ikut serta.
Entah macam mana terkeluar cabaran mencabar siapa boleh buat hantu menunjuk diri. Pak One diam saja.
Lima minit kemudian seluruh rumah kenduri kosong.
Nun dihujung tangga dibawah rumah, terjonggol Hantu Laut. (Muka macam ikan dan badan bersisik)
'Makan kenduri tak ajak...'
4-Orang zaman dulu juga kuat bersukan. Maka suatu masa di Rambah diadakan perlawanan bola sepak. Yang seronok sekali dan paling diingati oleh Pak Andak yang turun menonton ialah bola berpusing pusing sendiri ditengah padang sebelum meletup.
Kedua dua pasukan berlawan menggunakan ilmu kebatinan untuk menang.
Begitu juga perlawanan tarik tali, tali kapal yang tebal tebal itu boleh terputus ditarik dikedua pasukan bertanding.
Ada juga pertandingan gasing. Kali ini Pak One masuk bertanding. Terus peserta peserta lain tarik diri bila tahu Pak One ikut bertanding.
Dikeluarkan gasing kayu batang limau Pak One dan dibaling ke tanah. Lamanya pusingan gasing tersebut dikira dengan tanak nasi, tunggu masak dan makan. Gasing masih berpusing.
Wallahualam.
5-Ada juga cerita kelakar. Dulu dulu kebun keluarga banyak. Pak Andak yang nakal waktu itu masuk mencari durian dikebun Pawang Hamzah (arwah) bersama kawan kawan. Waktu malam.
BERDENTUMMMMMMM!!!!!
Tak tahu bunyi apa, senapang ke mercun ke. Bunyi kuat seperti petir bergegar sekampung.
Reda sekejap menceroboh kebun Pawang Hamzah.
Tak lama kemudian Pak Andak dan kawan kawan datang lagi. Cuma teknik kali ini lain sikit. Mereka menggunakan parit yang kering disempadan kebun untuk masuk.
Waktu malam. Nasib tak baik, Pawang Hamzah lebih dulu taburkan kulit durian ke dalam parit. Merasa mereka semua kulit durian malam itu.
Al Fatihah untuk yang telah meninggal dunia.