Khamis, 1 November 2012

Hantu!!!

'Weiii angpa tunggu kat site sat. Aku ada ni. Sat sat aku sampai!!!' terkocoh kocoh Tonjang membalas panggilan telefon.

'Cepatlah!!Bos sudah marah ni!! Kan kan Bos? Mahu air bos? Eii Tonjang, bawa Coke 2 mari!!!' balas dan marah Sasitharan Aftab, rakan sekerja Tonjang.

'@#@$@#@ pak ang!!!' balas Tonjang dalam hati.

Mereka berdua OT malam itu di tapak kerja. Kebetulan Bos tiba tiba datang. Tonjang sebenarnya ada di surau shape shift (kontena) berhampiran site. Tapi tahulah bos Cina. Peduli apa tuntutan agama rasmi. Ini semua salah pemimpin kita juga, terkejarkan sangat undi minoriti.

'Mana itu Coke?!!!! Bos sudah thirsty!!! Apa kau ni? Tak boleh harap!!!' marah Sasitharan Aftab.

Tonjang tidak mempedulikan si kaki bodek tadi, lantas terus menghampiri Bos.

'Hei!!! You pigi mana?!! Site siapa jaga?!!! Mahu kasi I rugi ka?!!!' marah Bos pada Tonjang.

'Sorry Bos. Saya pergi sembahyang tadi. Sasitharan ada sini jaga tadi.' balas Tonjang. Antara malas mahu membalas kata kesat Bosnya tadi dan memikirkan masih tiada tawaran kerja lebih baik.

'Mana ada dia tadi. I sampai sini dia pun tada sini. I telefon baru ada. You orang macam mana kerja?!!!' marah lagi Bos kuasa 2.

'Sorry Bos...' balas Tonjang berbuku hati kuasa 2.

'Tara apa Bos. Tara apa. Saya sudah pesan sama Mandur Madi. Dia tengok tengok ini site. Saya tadi pigi klinik juga. Perut ada sikit tara sedap. Carlsberg lebih minum juga' cuba Sasitharan Aftab mengubah 'cuaca'.

Setengah jam lebih kurang Bos pun pulang. Sambil masih lagi marah marah waktu membuka pintu kereta Mercedes Kompressor beliau. 

'Fuhhh, nasib sudah pergi. Tidak kalu masaklah kita kena marah.Hahahaha.' gelak Sasitharan Aftab.

'Ahhhh ang. Tadi ang pi mana? Kan aku kata suruh tunggu sat aku pi solat tadi. Naharommmm' marah Tonjang.

'Cihhh, kita mahu hidup tahulah jaga kita sindri punya. Sudahlah, itu Bos pun sudah pigi. Kau tunggu sini, aku mahu pigi aku punya kereta kejap' berlalu Sasitharan Aftab.

Malas Tonjang memanjangkan kekusutan beliau. Buat pendek umur aja memikirkan hal hal naik darah.

Dinyalakan Winston sebatang. Inilah kawan rapat beliau semenjak universiti.

Cabaran zaman bekerja. Teringat pesanan seorang pensyarah dimana 5 tahun awal kerja gila gila. Dapatkan pengalaman dan yang sepatutnya, kemudian demand bila dah berpengalaman. Nasihat yang melahirkan 'monster'. A smart monster.

'Mana cha ni pergi pulak dah ni? Nyusah orang aja!' bengang Tonjang melilau mencari Sasitharan Aftab.

"Hantu!!!"marah Tonjang.

P/s-tekalah siapa hantu/hantu hantu dalam ini cerita.

Khamis, 25 Oktober 2012

Tu

'Adalah beberapa kali. Paling last dalam beberapa minggu lepas' cerita Nizam, penjual pelbagai menu nasi diuniversiti tempat penulis belajar.

Beliau dan isteri setup berjualan dibawah kawasan khemah yang disediakan pengurusan kolej kediaman. Bila penulis buka tingkap bilik hostel akan ternampaklah kawasan khemah tadi. Laung saja kalau nak makan minum apa apa, nanti datang ambil dan bayar.

'Masa tu jam dah dekat 11 setengah. Biasa engkau pun tahu student Pak Arab biasanya ramai lagi waktu waktu macam tu. Cuma malam tu aje sorang pun takde.' sambung Nizam lagi sambil menekan remote control TV. Kami berbual dibawah khemah sambil penulis menunggu dibungkus pesanan penulis- nasi hujan panas nasi lebih sambal lebih dan teh beng.

'Aku pun ingat nak baliklah. Kalau takde orang nak tunggu pun tak berbaloi. Time tu nasi ada lagilah balance untuk 3 ke 4 orang lagi Biasa ada balance tu buat sarapanlah esok, lepas panaskan.Tapi tiba tiba ada sorang budak Cina datang. Aku tengah berkemas sikit sikit jadi biarlah dia tengok apa lagi makanan tinggal kat depan tu.'

'Semua ni bungkus- kata budak Cina tu. Aku tak rasa apa apa time tu jadi aku bungkuslah. Tak salah aku 4 bungkus sekali. Ada lebih ayam goreng, timun tu aku bagi ajalah' tambah lagi Nizam.

'Dia bagi aku RM20, aku nak bagi balance dia terus jalan. Aku panggil dia tak dengar dengar. Kau tahu mana arah dia tuju?' tanya Nizam.

'Tu' diunjuk muncung pada sebatang pokok besar diseberang jalan.

'Hilang masuk dalam pokok' akhir cerita Nizam.


Jumaat, 19 Oktober 2012

Cerita

'Cerita menarik? Haha. Ada tu memang ada. Tapi banyak juga dah lupa. Umur bukan muda pun. Hahaha!!' gelak Haji Nordin, tatkala ditemui.

Berusia 95 tahun mengikut kad pengenalan. Biasanya orang orang lama membuat kad pengenalan bilamana mereka sudah berumah tangga untuk memudahkan persekolahan anak anak atau bila cuma mahu berurusan dengan kerajaan kolonial dahulu seperti meminta senapang untuk menjaga kebun.

'Nak cerita macam mana? Kalau saya mungkin tak banyak cerita menarik. Tapi kalau yang orang orang saya kenal ada juga dengar macam macam.....Fuhhhh' sambil menghembus asap rokok gulung.

'Dulu ada seorang kawan saya, arwah dah. Lama. Sebelum PAS keluar UMNO dulu. Berilmu batin jugalah orangnya. Dia kerja drebar Tuan D.O di @#$#@!@!@!@#.' sambung beliau lagi.

'Orang kita dulu memang kerja sepenuh hati. Sebab zaman dulu bukan senang nak dapat kerja diluar kampung sendiri. Kalau ada otak sikit jadi cikgu sekolah, kalau macam kami yang membaca pun gagap, apa pilihan ada? Kerjalah macam macam. Tapi dulu hidup agak senang sikit. Duit dulu nilai tak besar tapi barang harga tak mahal macam sekarang. Hahaha......Fuhhhhhhhh' menghembus asap lagi.

'Jadi kawan saya tu kerja memang baiklah. Tapi tahulah Mat Salleh ni. Rasa tuan tu mesti ada. Nak nak orang Melayu dulu cuma dianggap kuli aja. Mat Salleh jajah kita, takkan nak samakan kita Melayu dengan bangsa dia sendiri. Nak nak Mat Salleh tu kafir. Nama ja orang panggil Mat Salleh. Hahaha.....Fuhhhhh'

'Jadi suatu masa tu kawan tadi tersinggunglah dengan tuan Mat Salleh dia tadi. Tak silap pasal parking kereta tak betul betul masuk kotak (lot) dia. Alahhh senget sikit aja pun. Orang dah kerja lama dengan dia pun nak berkira benda remeh temeh tu. Mat Salleh tu pun selalu panggil kawan saya tadi kerja tengah tengah malam, kawan tadi tak merungut pun. Kira tak adillah.....' semakin rancak bercerita.

'Kebetulan ada tetamu pada tuan Mat Salleh tadi. Tumpang sekaki marah kawan tadi. Hahaha. Memang patutlah kawan tadi naik marah. Mat Salleh ni pun bodoh juga.'

'Sebulan lepas tu Mat Salleh tu pindah' semakin menghampiri klimaks cerita.

'Mat Salleh tu pindah, sebab malu. Malu bila orang kecoh isteri dia tidur dengan kawan saya tadi. Yang selama ni dianggap kuli. Hahahahahaha. Macam mana dia buat saya tak tahu. Hahahaha.'

'Mungkin nakallah. Tapi padan muka Mat Salleh tu'



Selasa, 16 Oktober 2012

Gambar



Bekas tentera Perang Dunia Ke 2,Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan.

Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.

Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March.

Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia.

Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.

Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina.

Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, Major John Tulloch merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD. Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard. – Dailymail


Sumber-  http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/10/gambar-hantu-jepun-berjaya-dirakam.html

Rabu, 3 Oktober 2012

Monolog

'Dei mamak, kosong 2 dal banjir teh tarik. Makan (sini)!!!'

'Siap!!!!!'

'Dei mamak, ini pokok besar sebelah warung kau tarak mau potong ka?Customer datang makan kena hempap (dahan) nanti'

'Mana saya tahu.Itu Majlis (perbandaran) lah kasi tau.Saya berniaga sini saja'

'Tak boleh mamak.Kau kena tebang sendiri.Upahlah orang'

'Biarlah pokok ni disini.Kami nak duduk sini'

'Mamak, itu tadi kau bercakap ke?'

'Siapalah? Ayo yoo. Sikijap roti sampai'

'Ini pokok kami'

'Mamak, cancel!!!!!!'

'Deii mana pigi?Ini order siapa bayar?Deii?!!!!Ayo yoooo.Apa punya orang la.....'




 Coolest macha ever



Rabu, 26 September 2012

@#@#$$#@$

Abdus Salahi Lakuma Mbogo berjalan pulang berseorangan suatu malam. Daripada fakulti beliau ditengah tengah UTM hingga berhampiran Taman Seri Pulai. Lebih 3 kilometer mungkin jarak berjalan. Berbukit bukit. Beliau baru pulang daripada lab.

Sambil sambil berjalan bermacam perkara menjelma dalam ingatan. Tesis, kajian, keluarga di Nigeria, duit biasiswa, cabaran dan bantal. Tangan mengenggam Iphone 4.

'Gluk gluk kuk wa aka beto' gumam beliau.

'Hug bo ja ga be ge be' gumam beliau lagi.

'De ka waghi bli yo sebe ndio!' tambah lagi gumaman beliau.

Menyanyi rupanya beliau ini. Patutlah kita tidak faham sepatah.

Beliau menyanyi nyanyi lagi sambil berjalan. Rumah sewa nun ditaman bersebelahan yang tidak pula penulis tahu nama perumahan.

'Waghli waghli patuma jruka bedzio bedzio' nyanyi lagi beliau.

'AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!' jerit tiba tiba Abdus Salahi.

'@#@#$$^$%$#@^!@!@^!!!!!!!' tidaklah tahu apa dijeritkan beliau.


.................................................................................................................................

'Cik Kiah, masalah juga ye bila ada orang luar datang tempat kita? Malam malam menjerit jerit cakap entah apa. Malam tadi entah siapa menjerit jerit. Saya keluar menjenguk nampak orang Negro berlari lari tak cukup tanah. Macam dikejar hantu.' (kedengaran perbualan jiran sebelah menyebelah rumah. Pagi esoknya)

'Iya ke Cik Titi Rara? Ishh isshhh'  balas jiran.


p/s- Abdus Salahi demam seminggu.






Rabu, 15 Ogos 2012

Pisssss

'Waduhhh. Kok tak tidur lagi mereka nih' gumam Yuli Yonto melihat rakan rakan kerjanya masih asyik banget menonton DVD. Padahal esok kerja. Sudah jam 3 pagi lebih. Pekerja pekerja Indonesia mereka semua ini. Kerja buruh membuat bangunan. Yuli Yonto tidur dibiliknya yang bersebelahan benar dengan ruangan TV.

Cumanya Yuli Yonto saja yang kontraknya sedikit berlainan. Mudahnya kalau bos Yuli suruh membuat kerja itu ini, maka itu ini lah dibuat Yuli Yonto. Yang lain dibawah kontrak orang lain, namun masih saja dalam lingkungan syarikat syarikat yang membina tapak kerja mereka sekarang di Bandar Baru Pontian.

'Kamu terjaga ya? Sugir perlahankan suara TV tuh. Yuli sampai jaga ni.' kata seorang pekerja buruh lain yang dianggap ketua tak rasmi mereka di rumah kongsi tapak bina. Seperti yang kita tahu pekerja Indonesia akan membina sendiri rumah kongsi mereka bersebelahan tapak kerja mereka. Mudah untuk pelbagai urusan. Mudah juga untuk berhibur sesama mereka.

'Ngak pa pa. Aku mau kencing aja nih'  berlalu Yuli keluar dari rumah kongsi.

'Kencingnya jangan didepan pintu sih. Hasemmmmmm (hancing) baunya.' kata lagi yang lain sambil menutup hidung.

'Iyalah.Aku kencing jauh sedikit nih' berlari lari anak Yuli Yonto. Pundi mahu pecah rasanya.

'Hati hati ama hantu Li. Kih kih kih' lawak seram yang lain memerhatikan Yuli didalam kegelapan malam di luar rumah kongsi.










YESUS KRISTUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SETAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Jeritan Yuli Yonto.


'Aduh, kok baru disebut sudah kena. Eh pergi tengok yuk. Ayuh!!' kata pekerja yang dianggap ketua tak rasmi tadi,

'Serammmmm nih. Kita nanti aja didalam.' bantah seorang yang lain.

'Bagaimana kalau Yuli dicekik hantu tuh? Masa kita diam aja disini?' marah pekerja dianggap ketua tak rasmi tadi.

'Kalau mahu iya pergi sendiri' sambung seorang lain. Disambut anggukan yang lain dan terus menonton DVD  lain lainnya.

'Kok begitu 5 menit kita tunggu dulu' kata pekerja dianggap ketua tadi.


Terlupa terus mereka semua yang didalam rumah kongsi tadi kemudiannya. Seronok menonton cerita Indiana Jones.


Esok Yuli Yonto demam. Begitu pun mulutnya becok memarahi teman temannya. Masa tegar tidak membantu rakan sendiri?

'Lu semua memang ngak berguna.Gua disakat hantu tadi malam pun tiada seorang menjengah. Gua sampai pingsan tuh.' dan pelbagai lagi bebelan Yuli Yonto.

Beberapa ketika kemudian diketahui tatkala Yuli Yonto membuang air ditengah kegelapan malam lebih kurang 30 meter dari rumah kongsi,  ditengah tengah tanah tambak seluas lebih kurang stadium bola, kelihatan kejauhan 3 susuk yang berupa tubuh manusia dari kepala sampai pinggang separuh terbenam didalam tanah.

Berlumba lumba mendekati Yuli.


p/s-Yuli Yonto beragama Kristen.

Isnin, 13 Ogos 2012

Bukan cerita hantu

1-Pulang daripada terawih di Masjid Kiyai Haji Jabar aka Masjid Rambah, saya, Ayah dan orang sekampung- Haji Bukhari berbual bual.

2-Ayah bertanya Haji Bukhari akan pendapat beliau pada satu malam tatkala saya dan Ayah pulang berterawih pada malam malam sebelumnya.

3-Ayah terdengar suara orang ramai berselawat Nabi. Bermula diatas jalan melepasi masjid hingga ke tanah kurnia (yang biasa melalui jalan Pontian ke Kukup mungkin tahu) hingga ke depan kedai Tahir Corner.

4-Kemudian bersambung dengar lagi hingga ke jalan tambak menuju laut sebelum sampai ke simpang taman perumahan. Haji Bukhari hanya mendengar.

5-Selepas menghantar Haji Bukhari pulang, saya pula membuka 1 cerita pada Ayah. Pada tengah hari Jumaat, biasanya saya akan mengambil Ayah di pejabat Majlis Daerah Pontian menuju ke Masjid Jamek.

6-Kejadian pada minggu lepas. Jadi usai solat, saya dan Ayah yang baru memasuki van kami, telah disapa seorang lelaki tua. Kelihatan agak berumur dengan anak anak jambang putih. Tidak pula berkedut seribu. Kiranya agak awet 'belia' sedikit. Meminta hantar ke Tabung Haji ditengah Bandar Pontian lama, mengadap sedikit bangunan Majlis Daerah Pontian. Baiklah, kebetulan kami lalu berhampiran tempat dipinta.

7-Didalam van Ayah melayan lelaki tua tadi berbual. Bersara PDRM pada tahun 1986, tinggal di Benut dan namanya Haji Abdullah. Saya menghantar Ayah ke pejabat Majlis dahulu sebelum berpusing menghantar Haji Abdullah ke Tabung Haji.

8-Menghampiri Tabung Haji, Haji Abdullah meminta saya turunkan beliau hampir 30 meter dari bangunan Tabung Haji. Tepat lagi berhampiran jejambat pejalan kaki. Saya sedikit pelik kerana awal tadi meminta dihantar ke Tabung Haji. Dan kami memang sedang berada didepan bangunan Tabung Haji pada waktu beliau meminta saya agar diturunkan berhampiran jejantas.

9-Sebelum turun beliau bertanya nama saya. Dan selepas bersalaman dan membuka pintu sliding van, beliau berkata- 'Orang buat baik Allah SWT akan balas'. Sebelum beliau menutup pintu van saya meminta beliau berhati hati berjalan sebelum memasukkan gear satu dan bergerak.

10-Saya pandang melalui cermin pandang belakang dan Haji Abdullah berjalan menuju ke bangunan Tabung Haji (!!). Kali kedua saya lihat cermin masih nampak Haji Abdullah berjalan lagi. Kali ke tiga tiada sudah.

11-Beberapa ketika kemudian saya terfikir bagaimana beliau yang mengaku matanya tidak begitu baik boleh berjalan seorang diri di tengah bandar? Mana anak anak atau keluarga atau kenalan beliau sedang waktu bercerita tadi beliau banyak berpindah randah, kerana bekerja, hingga katanya sampai ke Kedah?

12-Dan pada waktu di masjid tadi beliau meraba raba bahagian van sebelah kanan mencari pintu. Anda tengok van Nissan Vanette pintunya sebelah kiri. Maksudnya penglihatan beliau memang tidak begitu baik. Beliau mengatakan matanya bermasalah kerana kataraks (selaput). Jadi bagaimana beliau boleh berani berjalan seorang diri ditengah bandar?

13-Pada sesetengah orang ini perkara biasa. Pada saya ini petanda untuk berfikir.

Selasa, 7 Ogos 2012

Parking

One fine night and the author just reached our neighborhood.

There is one abandoned house (terrace unit) that is being use for parking lot by our family. The former occupant left the house due to legislative matters.

So there the author went to park our  Nissan Vanette along with rarely use Proton Wira. Once a time the author will take the Wira for a ride. Kinda too lowered the Wira's suspension for the author's standard plus it give quite a problem to get outside once the author was inside after a ride. Err got it? Like falling into a ravine and get up back. No offense for Proton whatsoever.

As the Vanette already was in the porch, the author take a peek inside of the abandoned house. Straight to the the living room.

Dark beneath behind the black brown glass of the sliding door of the house, with the help of light from Vanette, the author can feel something is staring watching in static position inside.

To be honest, the author just ignore anything if there is really something inside. Tho yes when the feeling occurred the author got no enough guts to look forward inside the house. If the author was 10 or 9 years younger then it might be a different story here.

It is better to watch beautiful human faces than not so beautiful inhuman faces right? Now you got it.




Rabu, 18 Julai 2012

Catatan bersambung


Jadi, penulis telah lama juga tidak menulis. Idea kadang kala ada dan ada juga cerita cerita seram didengar. Namun mood menulis itu di atas langit ke 3.

Buat menghargai sesiapa yang sudi menjengah blog picisan ini, cerita ini khas untuk anda-

1-Deraman berpeluh peluh menyentuh nyentuh wayar, mengetuk ngetuk itu ini, mengetat ngetatkan skru dan menghembus debu debu tanah pada enjin kereta Saga beliau, dengan harapan keajaiban kan tiba- kereta yang mati ditengah kegelapan malam dijalan tar rosak, kiri kanan kelapa sawit- akan hidup semula.

Deraman merasa sedikit menyesal, samada menyesali ketiadaan pengetahuan enjin automotif, atau kesilapan memilih jalan pulang ke rumah. Bukanlah pertama kali melalui jalan ini, namun hari ini geruh sampai.

Bertemankan lampu picit, yang sekarang pada Deraman teman terbaik manusia buat dirinya.  Apa guna kucing anjing gelap gelap begini dengan kereta rosak? Fantasi Deraman buat menguat tabahkan hati yang ketakutan.

Jika hantu atau harimau datang, Deraman lebih rela mengusap lembut bulu harimau daripada disakat makhluk hodoh terbang terbang. Begitulah gelodak jiwa beliau sekarang. 

'Bang..'

Deraman menjerit sekuat kuatnya 

'MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK KAUUUUUUU!!!!!'

Deraman ditemui beberapa hari kemudian dalam kebun sawit. Sudah tidak siuman lagi. 

Maksud penulis bukanlah makhluk makhluk halus ini berupaya merosakkan minda sihat anda, namun ada teori yang keterkejutan atau ketakutan melampau kan menghasilkan daya tekanan tinggi pada sistem saraf mental. Sekaligus merosakkan keupayaan kewarasan pemikiran. Cara mengatasi, yang pada penulis ialah sedaya upaya mengawal perasaan. Kata pepatah monyet putih Darwin- you can't control what people do, but you can control how you respond. Hoh bijak juga monyet putih.

Jumaat, 22 Jun 2012

Cong ceng cong ceng

'Cong ceng cong ceng' kedengaran daripada TV. Siaran Singapura.

'Cong ceng cong ceng' kedengaran daripada pelanggan pelanggan kedai makan milik Ah Jing. Botol botol arak bersusun tidak kemas diatas meja meja. Dah macam air jarang.

'Cong ceng cong ceng' sesama mereka didalam kedai. Malam semakin larut namun masih ramai lagi pelanggan.

Ah Tat pembantu dikedai sibuk mengambil dan menghantar pesanan. Kelihatan didepan kedai seorang Apek melihat lihat makanan dalam 'display' (apa terjemahannya?)

'Ah Tat aaa cong ceng cong ceng (pergi tengok apa itu pelanggan mahu)' keluar arahan Ah Jing yang sibuk bermain Digimon milik anak saudaranya.

'Cong ceng cong ceng(sikijap aaa)' laung Ah Tat pada Apek tadi. Selesai menghantar makanan terus Ah Tat melayan Apek tadi.

'Cong ceng cong ceng (apa mahu makan?Sini makan ka bungkus balik?)?' tanya Ah Tat mesra.

'Cong ceng cong ceng (bungkus mi)' balas Apek tadi.




'AIYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!' jerit Ah Tat.

Seluruh isi kedai bergegas mendapatkan Ah Tat yang pengsan didepan kedai. Tiada sudah Apek tadi.




p/s-Bila sedar Ah Tat kata sewaktu menghulurkan bungkusan mi, didapati Apek tiada berkaki. Terapung apung.

p/s/s-Sepupu penulis, Jo Beng, yang menceritakan hal ini. Menurut Jo Beng kejadian diatas berlaku tidak lama selepas sekeluarga Cina berkereta melintas rel dirempuh keretapi di Segamat Johor dulu.



Sabtu, 16 Jun 2012

Gagap

'Ttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt'

'Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb'

'Pppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp'

'Ghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh'

'Kau dah kenapa?' tanya dan marah sedikit Atan. Mereka berdua pengawal keselamatan bengkel alat ganti kenderaan Cina dan berhampiran perusahaan reban ayam Cina dikawasan Parit Kasim.

'Pppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp'

'Ghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh'

'Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb'

'Woi!!! Kenapa?'

'Pocong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'

Sampai ke pagi mereka berdua membaca Yasin.

Kejadian 2 tahun lepas.

Jumaat, 15 Jun 2012

V


 

'Hey Tony, datang rumah aku petang nanti.' kedengaran perbualan Steven Senegal diset penggambaran. Melalui telefon.

Steven seorang pelakon watak aksi terkenal Hollywood. Kali ini berlakon watak utama, seperti biasa,  merangkap produser bersama filem aksi live ini. Mempunyai kegemaran khas membeli gitar gitar vintaj terutama yang pernah digunakan artisan artisan muzik Blues.

Tony Lapompo pula  dulunya seorang juruteknik gitar mengikuti tour tour kumpulan rock sebelum sekarang membuat kerja persendirian dalam bidang kerja kayu dan besi. Sebab dah tak larat nak tour jauh jauh. Tambah ada diabetis pula.


 Steven Senegal (Iya, saya ubah ejaan asal)


'Uhuh?Kau beli gitar baru ke?Tahun (dibuat) berapa?'Tony bertanya sayup sayup dalam speaker telefon.

'Iya. Custom made. Kau nak tahu siapa pernah pakai gitar tu dulu? Datang rumah. OK.Petang nanti.' tutup Steven menuju ke trak khas disediakan studio penggambaran.




 Petang itu, dibilik khas penyimpanan gitar rumah Steven Senegal.


'Tengok. Flying V. Buatan seorang luthier dari pantai Barat laut (Amerika). Spesifikasi Gibson. Kau fikir macam mana?Kau tengok aja gitar ni kau dah tahu siapa yang pakai gitar ni dulu. Hehe.' terang Steven.


'Ini gitar XXXXX King ni?!!! Berapa puluh ribu (US dollar) kau beli? Bukan gitar ni dah hilang lama ke? Sejak King mati awal 90 an dulu, gitar ni terus tak tahu siapa yang simpan. Ada kata King beri gitar ni sebab kalah poker. Ada kata King gadaikan. Entahlah. Aku boleh tolong setupkan gitar kau ni, kalau kau naklah. Kau tahu aku memang minat dengan King!' bertalu talu Tony mengeluarkan kata kata.





(Almaklum buat orang Amerika, muzik blues umpama dangdut di Indonesia, sangat pop buat mereka. Tambahan setiap 50% orang Amerika tahu bermain alat muzik dan 30% tahu bermain lebih 2 alat muzik, maka mereka kebanyakkan sangat faham jenisan instrumen digunakan pemuzik penyanyi kegemaran mereka. Muzik blues dipelopori oleh golongan kulit hitam sebagai luahan perasaan mereka diatas penindasan sistem hamba abdi pada kaum mereka. Yang kemudian berkembang luas menjadi satu genre muzik yang turut digemari kaum kulit putih (pula?).Ramai artis artis 'purist' blues kulit hitam yang 'feel' permainan mereka dikatakan lebih berperasaan berbanding artisan kulit putih)

'Betul. Puas aku cari gitar ni. Siapa yang jual pada aku tu cerita lain. Yang penting aku dah dapat jumpa sekarang. Heh. Harganya tak cecah 59 burst (gitar Gibson Les Paul)  tapi boleh tahanlah.' jawab Steven tersenyum, membiarkan Tony melari larikan jari diatas fretboard gitar yang menjadi tumpuan mereka.



'OK. Kau tolong setup gitar ni. Kau fikir perlu refret ke? Tengok dulu, nanti beritahu aku apa apa nak dibuat pada gitar ni. Hardcase asal tak ada, jadi aku gunakan case Flying V aku yang lain.' tambah lagi Steven.

Tony pun membawa pulang gitar tersebut sambil tersenyum riang.


 'A piece of blues music history going to spent time with me' ujarnya didalam hati.





Tony meletakkan gitar bersama hard case itu kemudian diatas sofa ruang tamu rumahnya. Riang gembira bersiul siul lagu lagu lama King.

Tengah malam itu, dalam kegelapan ruang tamu, anak dara Tony terlihat sesusuk gelap dan besar seorang lelaki berkulit hitam berhampiran gitar.

 

p/s-diubahsuai daripada sebuah posting diforum TDPRI.

Isnin, 4 Jun 2012

Van

'Mana charger telefon Emak?Kau bawa tadi?' tanya Emak pada saya didalam bilik rumah kampung.Rumah Arwah Atuk (Al Fatihah).

'Ada.Dalam van lah tu.'jawab penulis yang sedikit kepenatan malam itu.Baru selesai Isyak.

'Tolong ambilkan'arah Emak.

Penulis pun keluar, menuju ke van.Buka sliding door van Vannete dan ambil charger. Tutup sliding door.

Kurang seminit penulis sudah berada didalam rumah, orang orang tua keluarga penulis termasuk Emak Ayah terdengar pintu van ditutup buat kali kedua.

Penulis terfikir mungkin mereka tersalah dengar dengan waktu penulis keluar mengambil charger tadi.Dibidas mereka kerana mereka melihat penulis keluar dan masuk ke dalam rumah tadi.

Oleh kerana risau mungkin ada pencuri yang membuka tutup pintu van tanpa disedari kami sekeluarga, penulis mengambil batu sebiji dan keluar melihat lihat luar dalam van.

Tiada sesiapa. Penulis kurang berpuas hati dan bertanya lagi pada keluarga, memang mereka benar benar terdengar tadi bunyi pintu van ditutup.

Siapa?Wallahualam.

Ahad, 3 Jun 2012

Pelbagai

1-Pak An baru pulang dari tempat kerja. Memasuki perkarangan rumah dikampung. Lampu kenderaan tersuluh susuk seorang lelaki. Tegap sasa. Mungkin jiran sebelah (?) fikir Pak An.

Lelaki tadi menuju ke belakang rumah. Menuju kebun getah.

'Siapa tu?' tanya Pak An. Curiosity kill the cat.

Kerana tidak berjawab panggilan Pak An, maka mengejar Pak An ke kebun getah.


Hampir dekat, dilihat seluruh badan lelaki tadi berbulu tebal.



2-Suatu malam yang lain, Pak An menunggang motor. Melalui jalan bersebelahan kubur Cina. Seperti biasa, motor terasa berat tiba tiba.

Pak An meneruskan sedikit perjalanan sebelum berhenti berasap nikotin. Habis sebatang, hidupkan motor. Tidak pula terasa berat lagi.



3-Busu dan Pok Teh baru pulang dari Pekan Tangkak suatu malam menjelang pagi. Berdua pulang ke kampung. Ditengah jalan kelihatan seorang nenek bertongkat berjalan.

Pok Teh mahu menegur nenek bertongkat namun berdehem Busu menghalang.

Sampai dirumah Busu mengatakan logik tak logik tengah tengah malam buta perempuan tua berjalan bertongkat berseorangan?




4-Di Batu Pahat, sebuah cerita. Pesakit kencing manis nan seorang terpaksa diamputasi kakinya. Usai operasi kaki dibawa pulang untuk ditanam waris.

Malamnya kaki balik ke rumah. Berjalan diatas alang.



5-Seorang anak muda menunggang motor suatu malam. Bertembung sebuah Pajero. Mujur masih hidup biarpun kaki putus.

2 minggu kemudian kaki ditemui di Thailand. Diatas sebuah lori barang. Rupanya masa kemalangan kaki yang terputus terpelanting ke atas lori. Dijumpai cuma waktu pemandu berkemas kemas.


6- Di Indonesia, seorang pencuri barang dari kubur baru siap menggali semula sebuah kubur lama. Disapu sapu tanah dikawasan lahad. Jasad si mati tiada sudah. Hancur berdebu puluhan tahun dulu.

Ketemu gigi emas sebatang. Tersenyum pencuri.

'Pulangkan!!!!!!!! Pulangkan!!!!!!!!!!!'

Jeritan tiba tiba di udara.  Terbang susuk putih menjerit jerit mengilai.


7-Di Indonesia lagi, seorang jurnalis berkunjung ke sebuah kawasan pedalaman yang dihuni satu suku kaum.

Melihat lihat kawasan perkuburan unik, yang mana mayat tidak ditanam. Cuma diletak dibawah binaan atap dedaun. Tidak berbau busuk malahan wangi semerbak.

Jurnalis entah kenapa, mengemas ngemas tulang tulang yang bersepahan. Ketemu cincin emas. Dibiarkan saja.

Pulang ke hotel kesampukan pula.


8-Kembali ke Malaysia kita. Sebuah keluarga baru kematian ahli. Seorang tua. Dalam esak tangis itu, tiba tiba naik ke atas rumah sekumpulan 'makhluk' Allah. Membacakan Yasin untuk  yang meninggal.

Keluarga tergamam kaku tidak dapat bergerak. Habis bacaan Yasin, kumpulan tadi turun dan hilang. Barulah keluarga si mati dapat bergerak semula.


9- Pak Andak dan keluarga tinggal di Felda Lok Heng. Dibelakang rumah ada kawasan sedikit berbukit kecil.

Pak Andak membuat reban ayam diatas bukit kecil. Mengemas ngemas Pak Andak suatu hari. Mencangkul cangkul.

Malamnya bermimpi. Datang 'penghuni' bukit kecil. Menegur Pak Andak. Tanyanya sampai hati terbalikkan rumah 'penghuni' bukit kecil tadi.

Pak Andak terjaga dan teringat satu busut diatas bukit kecil tadi. Disitu juga Pak Andak mencangkul cangkul sedikit. Dalam mimpi tadi Pak Andak juga terlihat sebuah kereta hitam. Mungkin milik 'penghuni' tadi.


10-Satu cerita lama, tahun 60 an 70 an dahulu. Atuk (meninggal tahun 2010, Al Fatihah) pulang dari Bandar Pontian. Berbasikal melalui jalan tanah merah muat seorang pulang ke rumah.

Mengayuh ngayuh terasa basikal ditarik sesuatu dari belakang. Umpama mengayuh atas angin.

Atuk berkayuh sedikit laju kerana faham sedang disakat.

Hahahahahaha

Haaaahahahahaha

Hahhahahahahaha

Terdengar tawa ramai tiba tiba. Tidak pula kelihatan sesiapa.

Atuk kemudian mengatakan begini- 'Kalau dah tahu aku nak lalu sini, kenapa tak ketepi?'




Sabtu, 2 Jun 2012

Restoran 1 pagi

'Teh tarik ais kosong. Makan nasi lemak letak telur mata kerbau, ayam. Sambal lebih. Papadom sekali.' pesan Jo pada pelayan macha.

Jam 1 pagi lebih, Restoran Aboo Kassem.

'Minta nasi lemak 1 lagi, letak telur mata kerbau. Milo ais. Kebulurlah malam ni' pesan Jo, 15 minit kemudian.

'Dunhill 20 sekotak, nanti kira lah bayar nanti' pesan lagi Jo. 7.8 minit kemudian.

Siaran TV tiada yang menarik. Langsung tidak difahami menu siaran Astro kerana ketiadaan Astro dirumah kampung.

Berderau tiba tiba rasa Jo.

Dilihat 3 meja didepan beliau.

Meja pertama 2 orang uncle India, berbual sambil berasap asap mulut.2 gelas teh tarik dan sepinggan sisa roti canai.Tidak tahu apa dibualkan uncle India berdua,

Meja kedua 3 orang Amoi. Putih melepak. Rambut karat. Seluar pendek pada sejuk sejuk pagi buta. 3 gelas air jus berdasarkan bentuk gelas yang tirus gelembung. Jus= air harga mahal pada pemahaman Jo.

Meja ketiga seorang lelaki Melayu.Diatas meja sekotak Winston merah, helmet murah sebuah dan telefon Blackberry.Segelas teh tarik.Menepuk nepuk meja dengan jari telunjuk.

Jo semakin terasa berderau. Seram sejuk.

Uncle India berdua seronok berbual sambil menepuk nepuk meja. Masih saja butir bicara tidak difahami.

Amoi bertiga juga seronok berbual.Ketawa sambil menutup nutup mulut.Salah seorang membuka laptop sambil melayan kawan kawan berbual.Cong ceng cong ceng.

Lelaki Melayu kelihatan merenung Jo. Dikerutkan muka. Jari semakin laju mengetuk meja.

Rasa gerun Jo semakin bertambah.

'Oi, demo lamo tunggu ko?Gi. Meh kito gi.Maghiii' jeritan seorang rakan lelaki Melayu tadi diparking motor depan Restoran Aboo Kassem.

Jo berpeluh dingin. Tinggal 2 meja saja lagi berpenghuni.


Seram.



Kenapa?



Jo tertinggal wallet dibilik.

Sekupang pun tiada dipoket.Anggaran kasar pesanan beliau tadi dalam RM20 lebih.

Sedang sekarang tiada sesiapa dikenali direstoran ini untuk minta tolong bayar atau pinjamkan duit.


Seram kan kalau kita sendiri kena begini?




Jumaat, 25 Mei 2012

Suara garau

Budianto menolak warung soto bergeraknya. Agak capek kerana dari siang berjualan. Namun beginilah nasib rakyat biasa, kalau tidak kerja keras maka perut pun keras dimasukin angin.Esok lusa keras dalam kuburan.

Budianto menolak warung soto bergeraknya.Melalui jalan panjang dengan deretan lampu jalanan yang kekuning lemah.

Budianto menolak warung soto bergeraknya.Baru suku jalan panjang dilalui.

'Mas, jual apa ya?' tiba tiba suara perempuan dibelakang Budianto.

Budianto menolak sedikit laju warung soto bergeraknya.Gila apa sih ini?Masakan ada cewek ditengah tengah jalan malam malam begini?

'Mas, berhenti kok Mas.Saya mau nanya(tanya) ni..' lagi lagi suara itu.

Budianto terasa warung soto bergeraknya berat tiba tiba.Jantung terasa mahu meletup.Darah naik dari hujung kaku ke hujung kepala.

'Berhenti iya Mas?Berhenti. Adik mau nanya ni.' lembut lembut. Namun ini tengah malam, suara lembutan begitu pun kalau sih dengar malam malam seorang seorang pasti pikirin itu bukan manusia?

'Sundel bolong kah?Kuntilanak kah?Setan Budeg (bisu tuli) kah?Kalau setan budeg kok bisa bicara manggil manggil orang?' bermonolog Budiman dalam hati tikus beliau.

Jadi apa ia?

Aduhh.Warung sotonya tidak bisa bergerak nih.Sehabis nyawa ditolak masih saja tidak bergerak. Umpama melekat terus dengan tanah.

'Mas jual apa ya?Saya kok lapar ni.Malam malam begini sih lapar, mujur Mas lalu disini....' suara semakin dekat dibelakang Budianto. Kalau dipusing belakang, pasti muka terus bertemu muka.

'Jual apa Mas?' garau tiba tiba suara perempuan tadi. Garau segarau garaunya. Kasar.

'So so so so to.....' jawab Budianto tanpa terasa mahu melihat kebelakang.

'Bilang aja jual soto.Beri saya semangkuk' suara perempuan tadi. Masih aja garau.
 















'Lah kok banci (pondan) yang panggil gue tadi?Gue pikiran setan Sundel Bolong tadi manggil manggilin gue!!!' kata Budianto mengakhiri cerita ini



Kredit foto- http://nanirostam.blogspot.com/2012/04/kasihnya-ibu.html

Teringat

Penulis enggan meletakkan bahagian bahagian awal cerita yang penulis ingin kisahkan ini. Mudahnya penulis anjakkan ke tengah terus. Begini-

Bdan mengemas barang barang peninggalan ####. #### meninggal beberapa hari lepas.

Dibuka satu laci dan melihat lipatan lipatan kertas. Bertulis jampi jampi. Dibaca sekali imbas, terasa pelik.

Penulis cuma teringat 1 saja tulisan pada 1 lipatan kertas tadi.Maklumlah circa cerita ini berlaku pada penghujung dekad 90 an dulu.

Jampi penunduk. Berbunyi lebih kurang begini- Kau tidak tunduk pada Tuhan, kau tunduk pada ku.

Nauzubillah.

Bdan terus mengemas barang barang peninggalan ####. Yang bukan bukan terus dibuang saja. 

Seingat penulis, sekadar pengajaran peringatan kita, #### sebelum meninggal mengadu badannya panas panas. Penangan susuk. Terpaksa waris mencari daun kilo buat pelengkap syarat membuang susuk.

Arwah Atuk Penulis mengatakan jika #### rajin bersolat, rasa panas dapat diatasi. Wallahualam. Al Fatihah untuk #### dan Arwah Atuk Penulis.

p/s- Sekadar teringat ingat cerita lama bila mendengar siaran radio internet Bapakku FM dalam segmen cerita seram minggu ini. Tajuk minggu ini ialah-perjanjian syaitan. Penulis melawak diwall FB Bapakku FM dengan mengaku perjanjian yang penulis pernah buat cuma perjanjian PTPTN saja.


Khamis, 24 Mei 2012

Sosok

Kita bila mendengar satu satu lagu, kebanyakkan kita jarang mengambil kira proses produksi sesebuah lagu. Yang kita mahu tahu sedap atau tidak saja lagunya, betul?

Di barat, mereka mereka yang bergelar artis pemuzik ini kadangkala bosan dengan 'approach' pembikinan album di studio. Makanya mereka cuba cuba merakam diluar studio. Seperti dalam bilik hotel, tandas, kawasan tangga dan lain lain. Contoh paling popular ialah sesi rakaman Deep Purple (rujuk lagu Smoke on the water), Led Zeppelin (album IV tak silap), dan di Malaysia Awie sendiri pernah berbuat 'approach' yang sama untuk album Santai (pada penulis lagu Iris banyak menyimpan kenangan manis yang hilang selamanya).

Jadi anda kenal band Papa Roach? Ada satu lagu mereka yang dikatakan rip off Iron Maiden. Penulis tak berapa minat sangat band dengan celak, tatu dan baju hitam yang waktu itu zaman dikatakan waktu nu metal. Setakat Korn masih boleh lagi. Ol skool Korn sedap.

Jadi berbalik semula, band Papa Roach sebelum ini juga pernah mencuba 'approach' rakaman diluar studio. Mereka menyewa sebuah rumah. Dan oleh kerana gembira dengan hasil rakaman album sebelumnya, mereka sekali lagi membuat keputusan yang sama merakam cara yang sama untuk album terbaru mereka.

Cumanya tatkala mereka memasuki rumah yang disewa buat kali kedua itu, dapat dirasakan kelainan tiba tiba. Semua ahli band termasuk krew dapat merasakan kepelikkan rumah itu. 'Vibe' pada rakaman sebelumnya tidak sama dengan sesi baru mereka ini.

Suatu malam, pemain gitar mereka (tak silap ingatan pendek penulis) membuka sebuah pintu.

Untuk pengetahuan, pada sesi rakaman lama mereka, tidak ada dinding dan pintu yang dibuka pemain gitar tadi. Seolah olah dinding dan pintu itu baru dibuat. Susun letaknya merentang sebuah kawasan dewan (tidaklah seluas dewan perhimpunan sekolah).

Jadi bila ada dinding yang dibina merentangi dewan itu, maka pemain gitar ini terasa mahu tahu. Dan dipulas tombol pintu dan ditolak daun pintu ke dalam..........


'What can I help you?' sapa suatu suara dalam gelap. Tanpa kelihatan sesiapa, selain kegelapan dikawasan ruangan pintu dibuka.

Pemain gitar tidaklah pengsan. Cuma rasanya mereka tidak akan merakam buat kali ketiga dirumah yang sama lagi.

Ahad, 20 Mei 2012

Yell

'Edward, dear, kamu dah gosok gigi?' tanya Barbaranne pada anak tunggalnya.

'Nanti (it can wait)' mudah Edward yang menyusun blok blok kayu model rumah buatan sendiri. Roy, suami Barbaranne telah lama menghilangkan diri.

'Uhuh, tidak. Sebelum kamu tidur, sila buat wahai orang muda' keras sedikit Barbaranne.

'Um' menurut Edward.

'5 minit' berlalu Barbaranne.

Edward tidak berganjak dengan model mainannya.

5
4
3
2
1 minit

'ED!!' jerit Barbaranne.

Diam saja Edward mendengar Ibunya dibawah.

'ED!!!' semakin keras Barbaranne.

'EDD!!!!!!' pada nada tidak sivik jika di Perpustakaan Awam.

Edward diam lagi.

Diam juga Barbaranne dibawah.

23 tahun berlalu.

'I never know that yelling was something instead of me brushing teeth' said Edward with a deep breath.

'If I know whatever happened to mom when she cried my name' he added.

'That was the last time. I saw and heard her. Pity. Wish I was on her side'

'She just disappeared. No body knows. The authorities even try to suppress me. Charging me killing my own mother. A 5 year old boy? Are you nut?' ended Edward.

What happened? Dunno.




Khamis, 17 Mei 2012

Di kampung Metallica Maju

Suasana petang itu sayup sayup. Kelihatan 7 ke 8 buah kereta parkir berhampiran tepi jalan kawasan kubur Islam kariah Kampung Metallica Maju.

Kak Chik memberhentikan keretanya ditiang lampu nombor 78. Melihat lihat ke dalam kawasan perkuburan. Jenazah masih dalam perjalanan daripada rumah ke kubur. Kak Chik berniat ziarah dan sama sama mengambil pelajaran daripada kematian orang sekampungnya ini. Tidaklah begitu rapat namun tidak juga langsung tidak kenal.

Kak Chik mengambil keputusan menanti saja dalam kereta. Hampir 5 minit kemudian van jenazah sampai. Diiringi beberapa kereta dan motorsikal penduduk.

Keranda diturunkan dan terus dibawa ke kubur siap digali. Tok Imam turut sama membantu apa patut.

Kak Chik pun keluar daripada kereta, menuju rapat ke kawasan kubur. Menyertai kaum perempuan.

Jenazah diturunkan perlahan.

Kak Chik terasa seseorang melihatnya disebelah. Ditoleh.

'Ya Allah' terasa mahu pengsan disitu saja. Namun ditahan sambil berpeluh peluh ketakutan.

Usai saja pengkebumian dan bacaan apa patut serta doa dibaca, Kak Chik terus memecut balik.

Demam.

Bila ditanya kenapa, dijawab resah Kak Chik yang melihatnya dikubur tadi ialah yang meninggal tadi. Dalam perkumpulan orang orang yang menziarah.

Siapa? Qarin barangkali.

Wallahualam.

Selasa, 15 Mei 2012

Rambling

1-Petua terbaru buat mengelakkan hantu datang ke rumah ialah jangan ada rumah.

2-Zaman canggih sekarang bila terserempak hantu minta beliau request friend FB dan jangan sesekali kita approved request beliau.

3-Katalah terbeli barang barang berhantu, contoh anak patung angker. Usah risau, hantar aja sekejap ke masjid. Moga terbakar angker tadi.

4-Kalau syaitan datang dan mahu mengadakan perjanjian, boleh saja dengan 1 syarat. Minta syaitan pergi ke..... Bila disoal syaitan pergi ke mana? Jawab pergi MATI.

Isnin, 14 Mei 2012

Ngemping fest

Ketungg

Ketangg

Ketungg

Ketangg

Mengemping padi di kampung dalam kawasan Alor Senjaya, waktu era flower power.

Ketungg

Ketangg

Ketungg

Ketangg

Beberapa orang tua perempuan kampung asyik mengemping sambil berbual bual. Nada suara ditinggikan sedikit bagi menyaingi desibel ketukkan lagaan empingan padi.

Ketungg

Ketangg

Ketungg

Ketangg

Waktunya ada kala petang ada kala malam. Bergantung pada ahli ahli mengemping terlibat.

Ketungg

Ketangg

Ketungg

Ketangg

At, melihat lihat orang orang tua yang mengemping dibelakang rumah keluarga. Waktu malam. Ramai juga orang orang datang menjengah. Tatkala zaman itu apalah sangat hiburan ada, maka pesta mengemping kadang kala umpama Facebook Twitter zaman sekarang. Ada bertemu jodoh bermain mata menyulam cinta.

Ketungg

Ketangg


Ketungg


Ketangg

Hiiiiiii hiiiiiiii hiiiii

 Ketungg

Ketangg


Ketungg


Ketangg

Hiiiii hiiiiiii hiiiiii

Orang orang tua kelihatan biasa biasa aja sedang yang meng hiiii hiii hiii itu masih galak berbunyi.

 Ketungg

Ketangg


Ketungg


Ketangg

Hiiiiiii hiiiii hiiiiii

At sudah naik ke atas rumah. Ketakutan. Tok Man, pak menakan At datang kemudian berseluar pendek berkain pelekat (meninggal lama sudah- Al Fatihah)  menjampi menghalau.

Hiiiiii hiiiii hiiiii

Masih ada lagi setan tu.

Orang orang tua masih terus mengemping sakan sampai siap.

 Ketungg

Ketangg


Ketungg


Ketangg

'Mengemping padi eratkan kesatuan, dibuat malam hari kot mengundang sakat hantu hantuan'

p/s-At adalah bapa penulis. Tatkala hiiii hiii hiii dan ketungg ketangg ketungg ketangg diatas terjadi beliau masih anak anak kecil.

Rabu, 9 Mei 2012

Penanggal

Penulis baru masuk ke dalam rumah. Jam 1 lebih pagi. Terlihat TV3 sebuah drama, kelihatan kepala seekor hantu sedang melihat lihat keliling tatkala seorang lelaki yang kelihatan berilmu agama dan seorang wanita dihadapan sang hantu tadi.

Penulis bertanya pada Emak yang khusyuk menonton gerangan jenis hantu digambarkan dalam TV itu, dijawab Emak- penanggal.

Terus penulis bertanya samada keluarga kami pernah diganggu jenisan hantu itu. Emak menjawab iya.

Penulis bertanya lagi pada waktu siapa bersalin (ini kerana penanggal dikaitkan minum makan darah nifas) ?

Mak Long Tik jawab Emak penulis.

Bagi pembaca yang biasa dengan penulisan penulis pasti tahu Mak Long Tik ini emak saudara sulung penulis dan sangat banyak cerita paranormal yang penulis dapat daripada Mak Long Tik.

Penulis bertanya lagi macam mana tahu penanggal datang? Emak mengatakan dibawah rumah (jenis rumah tinggi) kedengaran ayam berkokok kokok bising tatkala Mak Long Tik kesakitan bersalin.

Ikut petua orang lama memang sudah disediakan daun daun tajam dibawah rumah dengan tujuan perangkap pada penanggal.

Penulis baru teringat bila Emak menyebut Mak Long Tik, kerana pernah terdengar daripada mulut Mak Long Tik sendiri kisah ini, dan seingat penulis bila dijengah bawah rumah oleh seorang ahli keluarga kami, dilihat penanggal itu sedang menghalau ayam ayam yang cuba mematuk tali perut si penanggal tadi. Dengar kelakar, tapi berapa beranikah kita sebenarnya?

Wallahualam. Sekadar berkisah.

Jumaat, 27 April 2012

Dihantui

'Assalamualaikum Awak...'

SMS diterima pada suatu pagi. 2.46 pagi untuk kesasihan. Gua baru nak lelap.

Siapa pula ni? Tertanya gua dalam hati.

Bila gua berkawan dengan perempuan? Atau lebih tepat lagi gila apa perempuan suka gua? Gua dah lah tak ada harta, muka apatah lagi. Berat pun 120kg. Yang gua punya cumalah gitar elektrik gua aja. Itu pun 'China Fake'.

Ini mesti kawan kawan gua saja aja. Nak tipu gua. Hahaha.

Gua pun pernah guna cara SMS ni untuk tipu Jo Beng (sepupu tua gua). Gua menyamar seorang perempuan pelajar universiti yang aktif berpersatuan dan pelajar terbaik. Mahu tak leleh lelaki kalau dengar perempuan dengan latar belakang macam tu? Hahahahahaha.

Gua menyamar guna nama- Irma Aima. Entah macam mana boleh terkeluar nama macam tu.

Tapi gua tak sampai hati tipu Jo Beng lama lama. Sebab dia waktu tu praktikal dalam kapal limbungan. Takut dia frust bunuh diri pula terjun laut dalam. Hahahaha.


'Siapa ni ye?Silap nombor kan?Sila rujuk semula pada yang memberi Awak nombor saya ni. Awak perempuan, jadinya hati hati takut kena permain sesiapa aja. Saya taklah baik nak nasihat orang. Sesama Islam berpesan. Jangan terasa. Terima kasih' balas gua. Jam 2.50 pagi.

Waktu pagi.

Bersiap ke kelas. Gua solat Subuh OK? jangan ingat gua klise cerita cerita novel esei bangun pagi siap ke kelas sarapan dikafe beli topup.

Gua cuba jaga solat sebab dalam kubur itulah teman gua. Gitar kesayangan pun tinggal bila dah pindah alam baka.

Falsafah gua lu bagus mana pun lu tak solat lu tak ada makna apa apa depan Tuhan.

Pun gua masih tak lengkap lagi sebagai lelaki Muslim sejati. Ini menghantui gua. Gua tertanya tanya apa tujuan gua dijadikan untuk jalani hidup gua sekarang?

Gua faham firman Allah SWT tentang manusia dan jin dijadikan untuk beribadah kepada Nya. Cuma kalau dipermisi gua nak tahu spesifik gua diadakan dalam dunia ni. Contohnya lah kenapa kita dipilih Allah SWT sebagai Muslim bila dilahirkan? Mesti ada sebab. Atau lagi tepat mesti ada tanggungjawab diamanahkan Nya.

Tapi setakat ni tak tahu lagi jawapan. Revelasi masih gua cari. Revelasi? Gua terikut ikut bijak pandai yang tafsir terus BI ke BM dengan cara paling mudah. Informasi, motivasi,revisi, kata adjektif.

Gua capai telefon gua. Tak ada duit nak pakai telefon pintar. Gua pun tak lah pintar mana kalau setakat guna telefon SMS aja. 3G pun gua dah bertahun tak jumpa signal. Nak guna internet gua ada laptop, guna duit Emak Ayah tersayang tercinta ku doakan mereka kekal sihat panjang umur diberkati Allah SWT.


'Tak apa. Saya ikhlas nak berkawan dengan Awak.' tulis SMS dalam telefon gua.

Gua terasa sedih tiba tiba. Atau sebak? Entahlah. Gua tak belajar dalami perasaan.

'Awak ni siapa ye? Hati hatilah. Jangan senang senang nak berkawan dengan orang tak kenal. Zaman sekarang ni kita tahu kan macam mana? Dahlah. Saya terus terang cakap, saya tak handsome. Assalamualaikum.'

Gua beri kata penutup kunci mati terus.

 Sebab gua tahu wanita zaman sekarang penampilan wajah paling utama jadi pilihan. Memanglah bukan semua, tapi yang dalam surrounding gua majoriti macam tu. Tambah pula gua bukan kenal sangat. Kawan kawan 1 course pun gua tak kenal sangat. Bila buat kerja group baru lah bertegur. Siap kerja, pembentangan dan hantar- terus tak tegur lagi dah.

Sebab gua tahu dia orang tak ada masa untuk kawan dengan gua. Bagus juga. Gua tak berkenan lelaki perempuan berjoli diluar walaupun kawan kawan. Gua ortodoks sebab gua rock.

Tengaharinya, gua beli lauk di kedai Zai Naning dan terus balik bilik. Gua selesa makan dibilik. Boleh makan sambil baca baca internet. Politik ternyata seronok dibaca pada waktu makan tengahari. Muzik atau gitar sedap dibaca pada waktu makan tengah malam.

Sambil OTW ke bilik, gua dapat teka mesti ada SMS masuk.

Betul.


'Handsome? Awak. Saya ada 4 mata tahu. Bukan luaran buat saya tegur Awak, bukan rupa buat saya nak berkawan dengan Awak. Janganlah berfikiran negatif sangat. Awak tak minat perempuan ke?'

Pedas SMS beliau.

'Tak. Saya lelaki. Mesti satu masa nak berkahwin dengan wanita. Maaflah. Saya selain terperanjat bila dapat SMS Awak, saya juga tak pasti Awak ni betul betul lelaki ke atau perempuan? Sebab saya ingat kawan kawan saya yang permainkan saya.' balas gua.

'Saya perempuanlah. Ada ke sesama lelaki berawak awak? Eiii. Geli.' balas SMS. 11 minit kemudian. Gua dah selesai makan.

'Entahlah. Saya tak pernah jadi gay untuk tahu ada atau tidak berawak awak tu. Jadi terus terang cakaplah- saya tak tahu nak cakap apa lagi lepas ni. Atau Awak nak saya tanya dah makan ke? Lauk apa? Beli kat mana? Sihat ke? Sarapan apa tadi? Asal mana? Dah ada pakwe?' gua balas SMS sambil gua menyelit nakal sikit. Gua lelaki kan?

'Alhamdulillah. Lauk ikan singgang dengan kacang panjang rebus. Beli di kafe. Alhamdulillah sihat. Sarapan pagi tadi biskut kering. Asal selatan. Nak cari bakal suami terus.' balas SMS beliau.





Dan itulah SMS terakhir daripada beliau. Tahun 2006 dulu. Sampai sekarang gua tak dapat lagi apa apa SMS. Gua ada juga SMS bertanya lepas itu. Tak ada reply apa apa. Gua telefon sesekali. Tak berangkat.

Sampai sekarang gua dihantui. Siapa dia? Mungkin dia dah bahagia dengan suami beliau. Kawan kawan sebaya gua ramai dah kahwin.



Gua masih macam dulu.




p/s-bukan cerita seram tapi tajuk telah menepati objektif penceritaan.



































Lais's stoly

Penulis mempunyai seorang adik sepupu favorite. Beza umur 5 tahun agaknya.

Beliau ini tahan lasak, kepala ligat dan agak 'slick' karakter. Kami panggil beliau Bella (Raisabella)atau Lais sempena nama beliau Mohd Rais. Lais? Beliau agak tidak handal menyebut huruf 'r' zaman kanak kanaknya dulu. Melekat terus nama Lais tadi.

Mak Usu a.k.a Emak Lais selalu terasa nak gugur jantung kerana Lais Bella ini.

Makanya suatu masa penulis bercuti di rumah Mak Usu di Kampung Jawa, Segamat. Cuti sekolah sebulan.

Suatu masa petang menghampiri senja dalam renyai hujan yang lebat sebelumnya.

Penulis dan Jo Beng (abang Lais) duduk diruang tamu. Melihat TV, membelek suratkhabar lama, membaca komik Pendekar Laut Pendekar Sakti dan melayan kucing kucing belaan keluarga Mak Usu.

Lais Bella pulang. Agak kuyup. Kami yang pangkat abang abang ini melihat saja. Kerana selain sudah kebiasaan mengenangkan perangai Lais ini tadi (yang biasa merayap ke hulu ke hilir di serata Kampung Jawa), kami juga menjangkakan Lais ini balik tukar baju basah saja. Dalam kurang 10 minit mesti lesap sekali lagi.

'Tadi kawan Lais kena kacau hantu.' terang Lais tanpa diminta.

Penulis mendengar saja tatkala Jo Beng mengatakan-'Elehhh...'

'Betul aaa. Kawan orang kena kacau hantu. Kitorang berteduh kat rumah kosong lorong @@@@@@. Tiba tiba ada kawan kena tepuk dari belakang. Tengok tengok tak ada siapa kat belakang' pertahan Lais.

'Elehhhh, kawan kawan kau lah tu menyakat' acuh tak acuh Jo Beng pada cakap adiknya itu.

'Eh tak adalah, Lais, Imi dengan Napi aja. Yang kena tu Imi. Kawan kawan lain duduk kat luar rumah. Kitorang aja kat dalam rumah kosong tu. Lari terus keluar.' jelas lagi Lais.

Lais lesap lagi kemudian.

Malam itu penulis mengikuti Jo Beng keluar. Lepak lepak dalam taman perumahan keluarga Mak Usu.

Budak budak taman kecoh dengan cerita yang sama diceritakan Lais tadi.

Penulis dan Jo Beng mendengar saja. Siap ada kata dengar suara mengilai ngilai. Memanggil manggil budak budak yang berteduh tadi.






Isnin, 23 April 2012

What is it?

Just a quick blog update.

Going to write this in English. Currently I realized my English deteriorated badly, that I have to skip few passages when reading something. Not a smart attitude for a post grad student. So, mind you.

We got a girl cousin that the same (or 1 year older?Huh my bad) age with my 'baby' sister (the last of 4 siblings). Always got confused when it come to say younger or older brother/sister.

The problem or should I said her (that girl cousin) problem is- she can easily see ghost or apparition or whatever paranormal things. 6th sense? Maybe.

One day, she stay in our house, the same room with my sister. I don't know much of any  girl's activity except 'masak masak' (what's that in English-playing kitchen?) or whatever significant for girls.

Actually this been told by my sister, after that particular cousin left the next day.

Mind you, in 20+ years we live in the house, and as far as I remember, we never met something spooky from eye to eye (I did but nothing too scary for my own definition), but that girl cousin just in one night saw something in the 1st bathroom of our house.

What is it that she saw?

A mist/smoke/cloud apparition that looks like end of a long tail of 'something' (remind me of Barney/Dragon). Not a very clear definition but that was what been told by my 'baby' sister. 

You demand for more words?

I until now did not know the exact answer clearly.

Good night.


Sabtu, 21 April 2012

Setan

Penulis suka cita berkongsi sebuah cerita yang jujurnya pada penulis kenampakkan agak kelakar namun jelas menunjukkan tipu daya syaitan yang sewajarnya kita layan sebagai musuh kita. Dalilnya-Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]

Mat Taib seorang pemuda yang rajin bekerja. Walaupun tidak berpendidikan tinggi dan sebatang kara cuma, namun keinginan untuk merubah hidupnya mengentalkan hati beliau bersungguh sungguh dalam menjadi hamba duit, in a good way.

Beliau masih bujang berumur 39 tahun. Siapalah tidak mahu berkahwin, cuma berkahwin saja tidak mahukan beliau. Teorinya ialah gadis ramai dikampung cumanya Mat Taib saja tidak berani.

Beliau juga maju ke depan bila tahu membuka komputer hasil tunjuk ajar budak budak ketagih DOTA dikampung mereka. Jadinya Mat Taib seorang yang sederhana dan juga peminat kumpulan Amuk (era Metal Jawa dan Din Taring).

Pada waktu siang beliau bekerja di perusahaan ternakanan ayam milik Li Kwan Jew dan malamnya beliau mengikut orang berniaga pasar malam. Berniaga goreng goreng ayam dan isi dalam ayam.

Kenderaan beliau hanyalah basikal warisan Almarhum Ayahnya, Mat Talib. Jadinya bila habis menolong berniaga dipasar malam maka berkayuhlah pulang Mat Taib.

Oleh kerana pasar malam berubah ubah tempat daripada malam ke malam, maka ada masanya Mat Taib cepat pulang ke rumah adakalanya tidur di mana mana masjid surau  (yang tidak berkunci pagar).

Suatu malam Mat Taib mengayuh pulang. Kayuhannya sedikit deras mengenangkan kesedapan tidur dengan badan kepenatan.

Kawasan bandar dilalui, kawasan taman perumahan dilalui,masuk ke jalan tanah, melalui kampung orang, melalui kebun getah, melalui sawit dan melalui estet Cinta Manis. Ada 5km agaknya lagi sebelum sampai ke gerbang kampung beliau.

Berdecit decit rantai basikal bila dikayuh kayuh laju Mat Taib.

Menghampiri beliau sebatang pokok besar. Dan sebagai orang yang tidak belajar perhutanan (Forestry) Mat Taib tidak begitu pasti jenisan pokok. Yang pasti besar dan menyeramkan.

Mat Taib menambahkan kelajuan pecutan lagi.

Terasa berat tiba tiba.

Mat Taib faham. Cuma tertanya tanya dimana pula 'hantu' menumpang itu duduk sebab basikal beliau tidak ada 'carrier' (tempat duduk belakang)?

Mat Taib mula berpeluh peluh akibat penambahan berat isipadu misteri tiba tiba menumpang tadi.

Menarik narik nafas beliau sambil tertanya tanya dan menyumpah nyumpah sedikit dalam hati.

Ditekadkan hati menoleh.





Langsuir.

Mempunyai sesungut seperti ikan keli. Tersengih sengih manja merenung Mat Taib.

Esoknya Mat Taib demam.

Cuma cerita belum berakhir.

Hampir seminggu barulah kebah. Mat Taib nekad tidak mahu melalui kawasan pokok besar tempat basikal beliau ditenggek Langsuir.

Suatu malam ketemu lagi Mat Taib dengan kawan baru tadi.

Demam 3 hari Mat Taib.

Mat Taib kemudian meminta majikan pasar malamnya menghantarnya pulang sementara Mat Taib berusaha mencari cara lain untuk pulang.

Cuma Langsuir tadi datang pula ke rumah Mat Taib. Berserah sajalah kemudiannya Mat Taib bila selalu bermimpi Langsuir tadi datang. Memperkenalkan dirinya bernama Kemala Devi. Mati dibunuh di kebun sawit yang pernah dilalui Mat Taib sebelumnya. Mati dianiaya suami sendiri.

Lama kelamaan Mat Taib menjadi lali. Berhenti beliau daripada bekerja menolong di pasar malam. Kadang kadang bila keluar memancing malam,  akan kenampakan kelibat Kemala Devi .

Tidak pula Mat Taib tahu kenapa makhluk tersebut mahu dekat dengan beliau. Beliau diam saja bila Kemala Devi menunjuk diri.

Disinilah penulis berbalik pada surah Al Fatir diatas (Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]



Suatu masa bermimpi Mat Taib, Kemala Devi mengatakan mahu berpindah jauh. Ke kawasana ppergunungan Himalaya kerana permintaan sami sami disana menjadikan Kemala Devi sebagai dewi pemujaan mereka disana.

Mat Taib seperti biasa tidak menjawab tidak bereaksi. Kecuali, dalam hati-

'Memang setan kau ni syaitan.'




Tidak dibenarkan membela haiwan

Cerita ini diceritakan seorang sepupu perempuan penulis yang pernah menuntut di sebuah IPTA di Pantai Timur.

Beliau kami panggil Dek Da.

Sesuai dengan keperempuanan beliau sebagai seorang perempuan, membela kucing adalah kegemaran beliau.

Kita tahu kebanyakkan kolej hostel desa kediaman tidak membenarkan penghuninya membela binatang. Kita faham mungkin kerana isu kebersihan dan logistik atau kadangkala sebab 'cleaner' asrama bising bising.

Tapi benarkah begitu?

Dek Da selalu memberi kucing kucing yang berkeliaran berhampiran kolej hostel desa kediaman makanan yang pelbagai. Bila dibeli lauk makan akan disisihkan separuh bahagian ikan ayam daging untuk kucing kucing diperkatakan diatas.

Tambahan level bilik Dek Da diaras lantai, maka mudahlah kucing kucing datang berkerumun makan.

Maka kucing kucing telah mempunyai 'payung' untuk bekalan makanan mereka seterusnya meneruskan hidup sebagai kucing.

Dek Da juga faham untuk mengelakkan rakan rakan kolej hostel kediaman marah marah jika makanan, yang diberikan pada kucing, bersepah sepah-maka disediakan bekas plastik 2 tapak tangan lelaki dewasa.

Suatu masa Dek Da memberi lebihan KFC pada kucing kucing yang setia menunggu makanan pada bekas plastik diluar bilik. Penulis lupa original atau spicy, namun pada kucing tidaklah menjadi masalah kerana kucing sendiri alamiahnya tidak mampu makan di KFC ('pet not allowed'), maka apa yang diberi orang, kucing kucing akan makan dengan bersyukur. Hingga menjilat jilat bulu si kucing kekenyangan. Bagus betul kucing kucing jenis kucing kampung ini.


 
'Kucing Favorite Calories'


Kebiasaannya Dek Da akan membuang sisa sisa makanan kucing esok paginya sebelum ke kelas.

Jadi menikmatilah kucing kucing itu KFC hari itu.

Apa yang seramnya pengkisahan kali ini? Cerita pasal kucing kucing saja kah?

Penulis nak ceritalah sekarang. Belanjalah penulis makan KFC kalau anda pembaca yang berani (untuk baca sampai habis cerita ini).

Malam pun menjelang tiba sebagaimana aturan ditetapkan.

Sebagai pelajar, nokturnal atau aktif pada waktu malam, adalah ciri ciri tetap selain bergembira sakan menjelang kemewahan PTPTN.

Dek Da ligan menyiapkan tugasan malam itu. Suasana telah sunyi. Kawan sebilik tiada bersama malam itu.

Sambil mengedit edit WORD 2007, Dek Da menjeling buku perpustakaan. Mencari point point. Dilihat skrin laptop, dilihat Facebook sekali.

Terdengar tiba tiba bunyi sesuatu yang keras dipatah patahkan.

Dek Da tidak terfikir apa apa, kerana sambil membuat assignment sambil melihat notification FB.

Krupp krupp

Dek Da mula memberi reaksi kehairanan. Apa pula berbunyi itu?

Krupp krupp prakk prakk

Dek Da terasa seram bila beliau mendapati bunyi itu berada didepan pintu biliknya.

Prakk prakk

Krupp krupp

Kucing ke?Makan tulang ayam KFC tadi ke? tertanya tanya Dek Da dalam hati.

Prakk prakk.

HUGGGRRRRRRRHHH HUGRRRRRRHHH

Terdengar bunyi dengusan keras.

Terus Dek Da menerpa katil dan berkelubung selimut.

Esok siangnya, bekas plastik makanan kucing tidak tinggal apa apa sisa hatta tulang tulang ayam KFC apa apa pun.


p/s-mungkin jin datang menumpang makan sisa tulang agaknya?




'Jinggo the cat'







Rabu, 11 April 2012

Bahang sejuk

Diambil daripada blog Dinbrasco.  

 

 

Aku dan Jembalang UUM

Ini pengalaman benar aku beberapa bulan lepas demi mencari rezeki, sesuap nasi untuk anak-anakku! Ianya berlaku di UUM. Dibangunan Akademik yang sewaktu itu dlm pembinaan.

Aku bekerja sendirian sudah beberapa minggu untuk menyiapkan pemasangan dan testing commisioning dua buah lift yang sangat canggih dibangunan tersebut, aku berulang alik dari Alor Setar ke UUM Sintok seawal 8pagi dan pulang kerumah pada malamnya paling awal pon jam 11 malam. Maklumlah aku tidak berpendidikan tinggi, so aku kena kerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Pada suatu hari hanya tinggal aku keseorangan ditapak pembinaan tersebut, dimana pekerja kontraks yang lain tidak lagi hadir disana kerana kerja-kerja mereka telah siap sehari sebelomnya. Aku tetap dengan kerja aku yang masih berbaki dan memerlukan beberapa hari lagi untuk 100% complete.

Lebih kurang setengah jam sebelom berkumandangnya azan Maghrib suatu kejadian aneh yg mengerikan telah berlaku. Ianya amat mengerikan!!!

Tengah-tengah syok aku dok pasang satu hall call button indicator ditingkat 4 Bangunan Akademik Blok B, aku merasa sangat sejuk dibahagian belakang badanku seolah-olah sebuah peti sejuk yang sangat besar berada dibelakangku.

"Celaka!! Apa 'geruh' aku hari nih?!! (aku berkata dlm hati tanpa memandang kebelakang)

Dengan spontan aku mengundur kebelakang tiga tapak sambil mencucuh sebatang 'Dunhill'. Aku terus menyedut nikotin tanpa banyak bergerak. 'Dunhill' aku sudah hampir separuh batang....dan aku membacakan Ayat Kursi, sambil menoleh kekanan. Dari hujung mata kanan aku cuba menduga apakah yang ada dibelakang aku, kerana aku yakin ada sesuatu....

"Ya Allah!!! Hari ni memang aku celaka!!" (aku bertempik tanpa suara)

Dari hujung mataku aku dapat melihat suatu kelibat....memang ada sesuatu dibelakangku. Namun begitu aku tak tahu apakah dia!

Aku bacakan lagi beberapa kali Ayat kursi sambil mencucuh 'Dunhill' yang kedua. Perasaan ingin tahu aku semakin kuat untuk melihat dengan lebih nyata apakah sebenarnya yang berada dibelakang aku.

Setelah 'Dunhill' yang kedua dah habis aku terus menoleh kebelakang!!!

"Celakalah kamu syaitannnnn!!!!!!!" (Aku bertempik dengan kuat tapi suaraku tak kedengaran)

Memang dengan jelas aku dapat melihat suatu lembaga yang berada tak sampai 3 kaki dibelakang aku! Merenung tepat kat aku. Aku mengalihkan kembali pandangan aku ketempat asal.

"Apakah geruh aku hari nih??!!!" (aku berkata dlm hati sambil mulut kembali terkumat kamit membacakan mentera kependekaran yang aku belajar)

"Dengan Ayat Kursi pon kau tak takut, ko nak apa setannnnn??"

Lebih kurang dua puluh minit berlalu dan lembaga tersebut masih lagi berada dan merenung tepat kat aku. Peluh jantan membasahi seluruh tubuh aku.

Aku tidaklah merasa takut sangat kerana sudah beberapa kali berdepan dengan makhluk halus, akan tetapi bukannya dari spesis ni, so aku agak gentar kerana aku tak tahu apakah kekuatan dan kelemahannya! Aku memang sudah mati akal...Ayat Kursi tak layan...mentera tak makan saman.
"Fitri ada kat Changlun!!" (tetiba baru aku teringatkan sub-contractor aku)

Dengan pantas aku call Fitri...

"Fitri!! Mai tolong aku sat, Aku terperangkap dlm lift blok B! Mai cepat sikit" (tanpa memberi salam aku terus berkata dengan nada yang sangat keras memohon bantuan ...aku tak ceritakan perkara yg sebenar dan terus letak)

Selepas itu aku terus menbaca beberapa lagi mentera...

Tak sampai 10 minit aku mendengar kereta Fitri dan beberapa detik kedengaran bunyi tapak kaki Fitri berlari-lari menaiki tangga ke tingkat 4...

Apabila bunyi tapak kai Fitri semakin dekat...aku terus mengalihkan pandangan kebelakang, kesejukan yang amat sangat tadi terus hilang bersama makhluk tadi....

"Haaa...awat Abang Din?" (Fitri terus bertanya dalam termengah-mengah)

Aku tengok muka Fitri sungguh pucat sekali....aku yakin Fitri dapat menduga yang sebenarnya aku berbohong pasal terperangkap dlm lift dan sesuatu yg lain telah berlaku terhadapku kerana tak pernah aku bercakap dengan kasar terhadapnya.

"Jom teman aku balik!!" (aku hanya berkata sepatah sehingga sampai di Alor Setar)
(korang nak tahu ke apakah makhluk yang berada kat belakang aku tuh????..............)

 Gambaran terdekat dengan kejadian diatas mengikut sumber