Ahad, 3 Jun 2012

Pelbagai

1-Pak An baru pulang dari tempat kerja. Memasuki perkarangan rumah dikampung. Lampu kenderaan tersuluh susuk seorang lelaki. Tegap sasa. Mungkin jiran sebelah (?) fikir Pak An.

Lelaki tadi menuju ke belakang rumah. Menuju kebun getah.

'Siapa tu?' tanya Pak An. Curiosity kill the cat.

Kerana tidak berjawab panggilan Pak An, maka mengejar Pak An ke kebun getah.


Hampir dekat, dilihat seluruh badan lelaki tadi berbulu tebal.



2-Suatu malam yang lain, Pak An menunggang motor. Melalui jalan bersebelahan kubur Cina. Seperti biasa, motor terasa berat tiba tiba.

Pak An meneruskan sedikit perjalanan sebelum berhenti berasap nikotin. Habis sebatang, hidupkan motor. Tidak pula terasa berat lagi.



3-Busu dan Pok Teh baru pulang dari Pekan Tangkak suatu malam menjelang pagi. Berdua pulang ke kampung. Ditengah jalan kelihatan seorang nenek bertongkat berjalan.

Pok Teh mahu menegur nenek bertongkat namun berdehem Busu menghalang.

Sampai dirumah Busu mengatakan logik tak logik tengah tengah malam buta perempuan tua berjalan bertongkat berseorangan?




4-Di Batu Pahat, sebuah cerita. Pesakit kencing manis nan seorang terpaksa diamputasi kakinya. Usai operasi kaki dibawa pulang untuk ditanam waris.

Malamnya kaki balik ke rumah. Berjalan diatas alang.



5-Seorang anak muda menunggang motor suatu malam. Bertembung sebuah Pajero. Mujur masih hidup biarpun kaki putus.

2 minggu kemudian kaki ditemui di Thailand. Diatas sebuah lori barang. Rupanya masa kemalangan kaki yang terputus terpelanting ke atas lori. Dijumpai cuma waktu pemandu berkemas kemas.


6- Di Indonesia, seorang pencuri barang dari kubur baru siap menggali semula sebuah kubur lama. Disapu sapu tanah dikawasan lahad. Jasad si mati tiada sudah. Hancur berdebu puluhan tahun dulu.

Ketemu gigi emas sebatang. Tersenyum pencuri.

'Pulangkan!!!!!!!! Pulangkan!!!!!!!!!!!'

Jeritan tiba tiba di udara.  Terbang susuk putih menjerit jerit mengilai.


7-Di Indonesia lagi, seorang jurnalis berkunjung ke sebuah kawasan pedalaman yang dihuni satu suku kaum.

Melihat lihat kawasan perkuburan unik, yang mana mayat tidak ditanam. Cuma diletak dibawah binaan atap dedaun. Tidak berbau busuk malahan wangi semerbak.

Jurnalis entah kenapa, mengemas ngemas tulang tulang yang bersepahan. Ketemu cincin emas. Dibiarkan saja.

Pulang ke hotel kesampukan pula.


8-Kembali ke Malaysia kita. Sebuah keluarga baru kematian ahli. Seorang tua. Dalam esak tangis itu, tiba tiba naik ke atas rumah sekumpulan 'makhluk' Allah. Membacakan Yasin untuk  yang meninggal.

Keluarga tergamam kaku tidak dapat bergerak. Habis bacaan Yasin, kumpulan tadi turun dan hilang. Barulah keluarga si mati dapat bergerak semula.


9- Pak Andak dan keluarga tinggal di Felda Lok Heng. Dibelakang rumah ada kawasan sedikit berbukit kecil.

Pak Andak membuat reban ayam diatas bukit kecil. Mengemas ngemas Pak Andak suatu hari. Mencangkul cangkul.

Malamnya bermimpi. Datang 'penghuni' bukit kecil. Menegur Pak Andak. Tanyanya sampai hati terbalikkan rumah 'penghuni' bukit kecil tadi.

Pak Andak terjaga dan teringat satu busut diatas bukit kecil tadi. Disitu juga Pak Andak mencangkul cangkul sedikit. Dalam mimpi tadi Pak Andak juga terlihat sebuah kereta hitam. Mungkin milik 'penghuni' tadi.


10-Satu cerita lama, tahun 60 an 70 an dahulu. Atuk (meninggal tahun 2010, Al Fatihah) pulang dari Bandar Pontian. Berbasikal melalui jalan tanah merah muat seorang pulang ke rumah.

Mengayuh ngayuh terasa basikal ditarik sesuatu dari belakang. Umpama mengayuh atas angin.

Atuk berkayuh sedikit laju kerana faham sedang disakat.

Hahahahahaha

Haaaahahahahaha

Hahhahahahahaha

Terdengar tawa ramai tiba tiba. Tidak pula kelihatan sesiapa.

Atuk kemudian mengatakan begini- 'Kalau dah tahu aku nak lalu sini, kenapa tak ketepi?'




Tiada ulasan: