Sabtu, 2 Jun 2012

Restoran 1 pagi

'Teh tarik ais kosong. Makan nasi lemak letak telur mata kerbau, ayam. Sambal lebih. Papadom sekali.' pesan Jo pada pelayan macha.

Jam 1 pagi lebih, Restoran Aboo Kassem.

'Minta nasi lemak 1 lagi, letak telur mata kerbau. Milo ais. Kebulurlah malam ni' pesan Jo, 15 minit kemudian.

'Dunhill 20 sekotak, nanti kira lah bayar nanti' pesan lagi Jo. 7.8 minit kemudian.

Siaran TV tiada yang menarik. Langsung tidak difahami menu siaran Astro kerana ketiadaan Astro dirumah kampung.

Berderau tiba tiba rasa Jo.

Dilihat 3 meja didepan beliau.

Meja pertama 2 orang uncle India, berbual sambil berasap asap mulut.2 gelas teh tarik dan sepinggan sisa roti canai.Tidak tahu apa dibualkan uncle India berdua,

Meja kedua 3 orang Amoi. Putih melepak. Rambut karat. Seluar pendek pada sejuk sejuk pagi buta. 3 gelas air jus berdasarkan bentuk gelas yang tirus gelembung. Jus= air harga mahal pada pemahaman Jo.

Meja ketiga seorang lelaki Melayu.Diatas meja sekotak Winston merah, helmet murah sebuah dan telefon Blackberry.Segelas teh tarik.Menepuk nepuk meja dengan jari telunjuk.

Jo semakin terasa berderau. Seram sejuk.

Uncle India berdua seronok berbual sambil menepuk nepuk meja. Masih saja butir bicara tidak difahami.

Amoi bertiga juga seronok berbual.Ketawa sambil menutup nutup mulut.Salah seorang membuka laptop sambil melayan kawan kawan berbual.Cong ceng cong ceng.

Lelaki Melayu kelihatan merenung Jo. Dikerutkan muka. Jari semakin laju mengetuk meja.

Rasa gerun Jo semakin bertambah.

'Oi, demo lamo tunggu ko?Gi. Meh kito gi.Maghiii' jeritan seorang rakan lelaki Melayu tadi diparking motor depan Restoran Aboo Kassem.

Jo berpeluh dingin. Tinggal 2 meja saja lagi berpenghuni.


Seram.



Kenapa?



Jo tertinggal wallet dibilik.

Sekupang pun tiada dipoket.Anggaran kasar pesanan beliau tadi dalam RM20 lebih.

Sedang sekarang tiada sesiapa dikenali direstoran ini untuk minta tolong bayar atau pinjamkan duit.


Seram kan kalau kita sendiri kena begini?




Tiada ulasan: