Jumaat, 27 April 2012

Dihantui

'Assalamualaikum Awak...'

SMS diterima pada suatu pagi. 2.46 pagi untuk kesasihan. Gua baru nak lelap.

Siapa pula ni? Tertanya gua dalam hati.

Bila gua berkawan dengan perempuan? Atau lebih tepat lagi gila apa perempuan suka gua? Gua dah lah tak ada harta, muka apatah lagi. Berat pun 120kg. Yang gua punya cumalah gitar elektrik gua aja. Itu pun 'China Fake'.

Ini mesti kawan kawan gua saja aja. Nak tipu gua. Hahaha.

Gua pun pernah guna cara SMS ni untuk tipu Jo Beng (sepupu tua gua). Gua menyamar seorang perempuan pelajar universiti yang aktif berpersatuan dan pelajar terbaik. Mahu tak leleh lelaki kalau dengar perempuan dengan latar belakang macam tu? Hahahahahaha.

Gua menyamar guna nama- Irma Aima. Entah macam mana boleh terkeluar nama macam tu.

Tapi gua tak sampai hati tipu Jo Beng lama lama. Sebab dia waktu tu praktikal dalam kapal limbungan. Takut dia frust bunuh diri pula terjun laut dalam. Hahahaha.


'Siapa ni ye?Silap nombor kan?Sila rujuk semula pada yang memberi Awak nombor saya ni. Awak perempuan, jadinya hati hati takut kena permain sesiapa aja. Saya taklah baik nak nasihat orang. Sesama Islam berpesan. Jangan terasa. Terima kasih' balas gua. Jam 2.50 pagi.

Waktu pagi.

Bersiap ke kelas. Gua solat Subuh OK? jangan ingat gua klise cerita cerita novel esei bangun pagi siap ke kelas sarapan dikafe beli topup.

Gua cuba jaga solat sebab dalam kubur itulah teman gua. Gitar kesayangan pun tinggal bila dah pindah alam baka.

Falsafah gua lu bagus mana pun lu tak solat lu tak ada makna apa apa depan Tuhan.

Pun gua masih tak lengkap lagi sebagai lelaki Muslim sejati. Ini menghantui gua. Gua tertanya tanya apa tujuan gua dijadikan untuk jalani hidup gua sekarang?

Gua faham firman Allah SWT tentang manusia dan jin dijadikan untuk beribadah kepada Nya. Cuma kalau dipermisi gua nak tahu spesifik gua diadakan dalam dunia ni. Contohnya lah kenapa kita dipilih Allah SWT sebagai Muslim bila dilahirkan? Mesti ada sebab. Atau lagi tepat mesti ada tanggungjawab diamanahkan Nya.

Tapi setakat ni tak tahu lagi jawapan. Revelasi masih gua cari. Revelasi? Gua terikut ikut bijak pandai yang tafsir terus BI ke BM dengan cara paling mudah. Informasi, motivasi,revisi, kata adjektif.

Gua capai telefon gua. Tak ada duit nak pakai telefon pintar. Gua pun tak lah pintar mana kalau setakat guna telefon SMS aja. 3G pun gua dah bertahun tak jumpa signal. Nak guna internet gua ada laptop, guna duit Emak Ayah tersayang tercinta ku doakan mereka kekal sihat panjang umur diberkati Allah SWT.


'Tak apa. Saya ikhlas nak berkawan dengan Awak.' tulis SMS dalam telefon gua.

Gua terasa sedih tiba tiba. Atau sebak? Entahlah. Gua tak belajar dalami perasaan.

'Awak ni siapa ye? Hati hatilah. Jangan senang senang nak berkawan dengan orang tak kenal. Zaman sekarang ni kita tahu kan macam mana? Dahlah. Saya terus terang cakap, saya tak handsome. Assalamualaikum.'

Gua beri kata penutup kunci mati terus.

 Sebab gua tahu wanita zaman sekarang penampilan wajah paling utama jadi pilihan. Memanglah bukan semua, tapi yang dalam surrounding gua majoriti macam tu. Tambah pula gua bukan kenal sangat. Kawan kawan 1 course pun gua tak kenal sangat. Bila buat kerja group baru lah bertegur. Siap kerja, pembentangan dan hantar- terus tak tegur lagi dah.

Sebab gua tahu dia orang tak ada masa untuk kawan dengan gua. Bagus juga. Gua tak berkenan lelaki perempuan berjoli diluar walaupun kawan kawan. Gua ortodoks sebab gua rock.

Tengaharinya, gua beli lauk di kedai Zai Naning dan terus balik bilik. Gua selesa makan dibilik. Boleh makan sambil baca baca internet. Politik ternyata seronok dibaca pada waktu makan tengahari. Muzik atau gitar sedap dibaca pada waktu makan tengah malam.

Sambil OTW ke bilik, gua dapat teka mesti ada SMS masuk.

Betul.


'Handsome? Awak. Saya ada 4 mata tahu. Bukan luaran buat saya tegur Awak, bukan rupa buat saya nak berkawan dengan Awak. Janganlah berfikiran negatif sangat. Awak tak minat perempuan ke?'

Pedas SMS beliau.

'Tak. Saya lelaki. Mesti satu masa nak berkahwin dengan wanita. Maaflah. Saya selain terperanjat bila dapat SMS Awak, saya juga tak pasti Awak ni betul betul lelaki ke atau perempuan? Sebab saya ingat kawan kawan saya yang permainkan saya.' balas gua.

'Saya perempuanlah. Ada ke sesama lelaki berawak awak? Eiii. Geli.' balas SMS. 11 minit kemudian. Gua dah selesai makan.

'Entahlah. Saya tak pernah jadi gay untuk tahu ada atau tidak berawak awak tu. Jadi terus terang cakaplah- saya tak tahu nak cakap apa lagi lepas ni. Atau Awak nak saya tanya dah makan ke? Lauk apa? Beli kat mana? Sihat ke? Sarapan apa tadi? Asal mana? Dah ada pakwe?' gua balas SMS sambil gua menyelit nakal sikit. Gua lelaki kan?

'Alhamdulillah. Lauk ikan singgang dengan kacang panjang rebus. Beli di kafe. Alhamdulillah sihat. Sarapan pagi tadi biskut kering. Asal selatan. Nak cari bakal suami terus.' balas SMS beliau.





Dan itulah SMS terakhir daripada beliau. Tahun 2006 dulu. Sampai sekarang gua tak dapat lagi apa apa SMS. Gua ada juga SMS bertanya lepas itu. Tak ada reply apa apa. Gua telefon sesekali. Tak berangkat.

Sampai sekarang gua dihantui. Siapa dia? Mungkin dia dah bahagia dengan suami beliau. Kawan kawan sebaya gua ramai dah kahwin.



Gua masih macam dulu.




p/s-bukan cerita seram tapi tajuk telah menepati objektif penceritaan.



































Tiada ulasan: