Beliau kami panggil Dek Da.
Sesuai dengan keperempuanan beliau sebagai seorang perempuan, membela kucing adalah kegemaran beliau.
Kita tahu kebanyakkan kolej hostel desa kediaman tidak membenarkan penghuninya membela binatang. Kita faham mungkin kerana isu kebersihan dan logistik atau kadangkala sebab 'cleaner' asrama bising bising.
Tapi benarkah begitu?
Dek Da selalu memberi kucing kucing yang berkeliaran berhampiran kolej hostel desa kediaman makanan yang pelbagai. Bila dibeli lauk makan akan disisihkan separuh bahagian ikan ayam daging untuk kucing kucing diperkatakan diatas.
Tambahan level bilik Dek Da diaras lantai, maka mudahlah kucing kucing datang berkerumun makan.
Maka kucing kucing telah mempunyai 'payung' untuk bekalan makanan mereka seterusnya meneruskan hidup sebagai kucing.
Dek Da juga faham untuk mengelakkan rakan rakan kolej hostel kediaman marah marah jika makanan, yang diberikan pada kucing, bersepah sepah-maka disediakan bekas plastik 2 tapak tangan lelaki dewasa.
Suatu masa Dek Da memberi lebihan KFC pada kucing kucing yang setia menunggu makanan pada bekas plastik diluar bilik. Penulis lupa original atau spicy, namun pada kucing tidaklah menjadi masalah kerana kucing sendiri alamiahnya tidak mampu makan di KFC ('pet not allowed'), maka apa yang diberi orang, kucing kucing akan makan dengan bersyukur. Hingga menjilat jilat bulu si kucing kekenyangan. Bagus betul kucing kucing jenis kucing kampung ini.
'Kucing Favorite Calories'
Kebiasaannya Dek Da akan membuang sisa sisa makanan kucing esok paginya sebelum ke kelas.
Jadi menikmatilah kucing kucing itu KFC hari itu.
Apa yang seramnya pengkisahan kali ini? Cerita pasal kucing kucing saja kah?
Penulis nak ceritalah sekarang. Belanjalah penulis makan KFC kalau anda pembaca yang berani (untuk baca sampai habis cerita ini).
Malam pun menjelang tiba sebagaimana aturan ditetapkan.
Sebagai pelajar, nokturnal atau aktif pada waktu malam, adalah ciri ciri tetap selain bergembira sakan menjelang kemewahan PTPTN.
Dek Da ligan menyiapkan tugasan malam itu. Suasana telah sunyi. Kawan sebilik tiada bersama malam itu.
Sambil mengedit edit WORD 2007, Dek Da menjeling buku perpustakaan. Mencari point point. Dilihat skrin laptop, dilihat Facebook sekali.
Terdengar tiba tiba bunyi sesuatu yang keras dipatah patahkan.
Dek Da tidak terfikir apa apa, kerana sambil membuat assignment sambil melihat notification FB.
Krupp krupp
Dek Da mula memberi reaksi kehairanan. Apa pula berbunyi itu?
Krupp krupp prakk prakk
Dek Da terasa seram bila beliau mendapati bunyi itu berada didepan pintu biliknya.
Prakk prakk
Krupp krupp
Kucing ke?Makan tulang ayam KFC tadi ke? tertanya tanya Dek Da dalam hati.
Prakk prakk.
HUGGGRRRRRRRHHH HUGRRRRRRHHH
Terdengar bunyi dengusan keras.
Terus Dek Da menerpa katil dan berkelubung selimut.
Esok siangnya, bekas plastik makanan kucing tidak tinggal apa apa sisa hatta tulang tulang ayam KFC apa apa pun.
p/s-mungkin jin datang menumpang makan sisa tulang agaknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan